THIS BLOG WAS CREATED ALONG THE JOURNEY TOWARDS MY BETTER LIFE AS I AM STRUGGLING THE VERY BEST OF ME AS A MOM OF TWO ADORABLE KIDS, ZIQRI (5YO) & ZARA (3YO), A LOYAL WIFE THAT ALWAYS WANNA BE BY MY HUBBY'S SIDE, Mr. ZAM (Mr. TEACHER) AND CURRENTLY WORKING ON MY ONLINE GRAPHICS DESIGN JOB on @m.designworks (instagram)

LET'S BE MY NEW FRIENDS AND SHARE YOUR OPINION WITH ME
ツ NICE TO MEET U TOO!

Thursday 6 August 2015

Tips membeli-belah dalam talian (online shopping tips)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Harini aku ada kesempatan sikit untuk tulis satu entry yang mungkin berguna buat kebanyakkan dari kalian. Mungkin ramai jugak yg dah biasa beli barang secara atas talian, online shopping katanye..Ada yang membeli terus dari laman WEB yg telah disediakan oleh peniaga2 tertentu atau pun tak kurang juga yang membeli dari peniaga yg melalui FACEBOOK mahupun INSTAGRAM mereka sendiri dek kerana membeli tu semudah tekan2 aje.  

Namun seringkali aku mendengar komen dari rakan2 yg membeli tentang kekecewaan mereka terhadap barangan yg mereka beli secara online. Well, ada kala kekecewaan tu sebenarnya bermula dari kesilapan pembeli sendiri yg kurang peka terhadap perkhidmatan atau barangan yg ditawarkan peniaga. Selaku PEMBELI dan juga PENGUSAHA online, meh sini aku bagi garis panduan buat kalian.

NO 1: PASTIKAN ANDA TAHU APA YANG ANDA BELI

Ok, dia sebenarnya macam ni la..kalau anda nak beli pakaian, pastikan anda betul2 selidik dari segi ukuran, size, jenis kain dan segala jenis details yg berkaitan. UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI tu maknanya anda ada la spare pita pengukur supaya anda dapat ukur pakaian tu sesuai ke tidak dengan susuk tubuh anda. Kebiasaannya penjual memang ada mempamerkan segala tok nenek details pasal pakaian tu sebab peniaga bukan tau pun nak recommend anda pakai size apa sebab dia pun tak nampak anda kan..So, sendiri mau ingat ye. Kalau dari segi material atau jenis kain tu anda kenalah memang tau jenis kain tu macam mana, maksudnya anda pernah tengok di kedai kain atau pernah tengok dan rasa sendiri kain tu macam mana rupanya. 

Ada dikalangan kawan2 aku yg memang taknak beli online sebab dia nak rasa jenis kain dan cuba sendiri baju di fitting room, that is fine sebab dia rajin nak habiskan duit minyak, tol dan masa ke shopping mall atau butik tersebut. Actually klu kita dah biasa dan expert beli barang kat mall, tak jadi masalah masa kita beli online tu sebab kita boleh check details kat every items and make the right decision. Pada aku, so far masa membeli terutama kalau dari butik jenama terkemuka, Inshaallah la produk yang ditawarkan tu berkualiti. Sama jugak la kalau beli barang lain termasuklah kasut, handbag, perfume and etc, anda boleh tanya sebanyak mana soalan pun kpd penjual utk memastikan anda jelas dengan produk tersebut. Tapi jgn la pulak tanya soalan 'klishe' yg terang2 penjual dah tulis kat produk tu ye..buat malu diri sendiri ada la :P

NO 2: BANDINGKAN HARGA DENGAN ONLINE SHOP LAIN

Sebelum aku terlupa baik aku ingatkan korang supaya ambil sedikit masa utk survey beberapa online shop yang ada memandangkan sekarang ni memang banyak sangat la online shop tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan yg menawarkan barangan yg sama atau pun hampir sama. Ada baiknya anda buat tinjuauan ke segenap online shop lain yg ada sama jugalah konsepnya macam bila kita beli belah di shopping mall jugak la..kan kita masuk beberapa buah butik/ kedai atau kesemua yang ada utk pastikan kita dapat barangan yg betul ditawarkan dengan harga dan design yg paling kita suka, tak gitu?




















NO 3: PASTIKAN BERAPA LAMA MASA DI AMBIL UNTUK PRODUK SAMPAI KEPADA ANDA

Yang ni pentingnya aku nak cakap pada para pembeli online sekalian untuk tidak membeli sesuatu yg 'URGENT' sebab kemungkinan berlaku kelewatan dlm tempoh penghantaran. Kelewatan ni selalunya disebabkan oleh procedure di pihak pengeposan tak kira la sama ada POS LAJU atau syarikat courier service yg lain. Yang ada jaminan sampai ESOK tu tertakluk pada terma dan syarat. Setahu aku yang sampai ESOK tu esok hari bekerja jika anda pos sebelum pukul 11-12 tengah hari (bergantung pada pos office tu la) dan jika pejabat pos anda tu berada di pusat pos laju dan tempat tinggal anda (tempat anda tulis alamat) tu berada di kawasan BANDAR UTAMA. Koman2 pun 1-3 hari BEKERJA jugak la masa sebenarnya. Peringatan penting buat anda ialah tanya kepada penjual sama ada barang yg ingin dibeli berstatus 'READY STOCK' atau 'PRE-ORDER'. Kebiasannya peniaga pun ada tulis pada produk tu status produk. Mungkin anda hanya perlu check bila dia akan pos dan minta diberi TRACKING NO selepas pengeposan.

NO 4: PASTIKAN ANDA TERIMA BUNGKUSAN ANDA PADA MASA YANG SEPATUTNYA

Mestilah kita yg kena standby untuk terima barang pos pada waktu yg sepatutnya dan kita jugaklah yg kena pastikan kita check dlm tracking no parcel tu sebab selepas pengeposan berlaku, penjual tidak punya sebarang tanggungjawab terhadap barang yg kita beli. Ada juga baru2 ni aku dengar kes kecurian oleh pihak pos tapi yg tu sekadar kes terpencil. Cuma apa yg kita perlu tahu, jika berlaku kecuaian di pihak pos, kita tak boleh minta ganti rugi dari peniaga sebab bukan salah peniaga ye.. Dan juga ada pembeli yg malas nak check tracking no atau collect sendiri bungkusan yg dibeli. Bila terjadi kes mcm ni, biasanya barang akan dipos balik kpd pengirim iaitu penjual. Dan dlm kes ni, pbeli kena la bayar balik kos pengeposan semula sebab kecuaian sendiri yg malas tu..

NO 5: ADAB SEKADAR MENGHORMATI SERVIS PENIAGA, MAKLUMKANLAH KEPADA PENIAGA TENTANG BARANG YANG SUDAH KITA TERIMA

Sekadar menyatakan kpd peniaga bahawa kita sudah menerima parcel tu, maklumkanlah semula kpd peniaga dan klu kita amat berpuas hati dgn barang yg diterima, mungkin boleh kongsi kpd peniaga. Bukan masa nak komplain je nk msg berjela marah2, bila time suka senyap sunyi aje ye..setidak-tidaknya klu ada sebarang komen pun, gunakanlah bahasa yg sebaik mungkin. Jika benar barang yg kita beli bermasaalah, berkat budi bahasa kita, peniaga pun akan buat pertukaran atau bayar ganti rugi.

Alhamdulillah setakat pengalaman aku menjual dan membeli secara online ni, masalah tu tak banyak berbanding manfaat yg kita dapat. Sekarang ni ada pulak service PERSONAL SHOPPER tu yg bagusnya, sebab aku bleh order apa saja yg aku nak dr butik2 terkemuka kt area KL, Bangi & Shah Alam sambil baring2 atas katil je somewhere at Sarawak ni ha. Wuhuhu..mcm kayo sgt je bunyinya. Window2 online shopping je la. Cuci2 mata..Nanti kalau ada masa aku ceritakan la pulak pasal jenama2 online terutama yg NURSING FRIENDLY & WUDHU' FRIENDLY lg tau. Yang penting harga mampu milik oleh kita2 yg biasa2 ni je, bukan yg tahap artis je bleh beli tu la..Banyak pe yg lawa2 & branded tapi mampu milik. Ada yg nak tau pasal PERSONAL SHOPPER jugak ke? Nanti la aku story mory skit kot ada yg belum tau. Yg dah tahu tu shoo..shoo..g main jauh2! ;)

No comments:

Post a Comment