THIS BLOG WAS CREATED ALONG THE JOURNEY TOWARDS MY BETTER LIFE AS I AM STRUGGLING THE VERY BEST OF ME AS A MOM OF TWO ADORABLE KIDS, ZIQRI (5YO) & ZARA (3YO), A LOYAL WIFE THAT ALWAYS WANNA BE BY MY HUBBY'S SIDE, Mr. ZAM (Mr. TEACHER) AND CURRENTLY WORKING ON MY ONLINE GRAPHICS DESIGN JOB on @m.designworks (instagram)

LET'S BE MY NEW FRIENDS AND SHARE YOUR OPINION WITH ME
ツ NICE TO MEET U TOO!

Tuesday 11 August 2015

CINTA, bukan sekadar ungkapan "I LOVE YOU" + "I LOVE YOU TOO"

Sedikit sebanyak kisah cinta aku yang diperkukuhkan dengan ikatan perkahwinan yang kini sudah melepasi 5 tahun lamanya. Aku dan suami selamat diijabkabulkan pada 06.06.2010 pada usiaku seawal 23 tahun. Pada ketika itu kiranya aku merupakan orang pertama yang mendirikan rumah tangga dikalangan rakan-rakan yang graduate sama batch dengan aku di UTM dulu. Seiingat aku, aku jarang membicarakan atau meluahkan terlalu banyak kisah cinta di laman sosial. Paling tidak pun aku hanya memuat naik sebuah album bulan madu kami di langkawi yang biasa-biasa saja.. Apatah lagi suami pula memang jenis yang sangat pendiam dan memang tidak langsung memuat naik sebarang kisah hidupnya di mana-mana laman sosialnya sendiri.
 
Jika pasangan kita jenis yang peramah, suka bersosial dan suka bercerita tentang kehidupan sehariannya sesama rakan-rakan, maka tidak hairanlah jika dia juga gemar mewarwarkan kisah cintanya di mana-mana sahaja. Bukanlah menjadi satu kesalahan pada aku untuk sesiapa sahaja melakukannya asalkan tidak mengaibkan diri sendiri mahupun pasangan. Namun jika pasangan kita ini jenis yang pendiam, kurang bercakap dan pemalu, sudah tentu sukar untuk kita mendengar ungkapan-ungkapan manis seperti yang kita lihat dari pasangan yang jenis peramah ni tadi. Macam mana nak tahu pasangan yang jenis pendiam ni sayangkan kita? Mungkin anda patut baca KISAH KEDUA di bawah ni dulu. Melihat pasangan-pasangan muda hari ini yang rancak mewarwarkan kisah cinta, terdetik hati untuk menyampaikan secebis kisah cinta pasangan yang usia perkahwinan mereka mungkin melebihi 20 tahun lamanya. Dua kisah cinta berbeza namun aku boleh menghayati begitu indah perasaan cinta mereka walaupun masing-masing dah masuk kategori warga emas dah pun..kedua-dua kisah ni pernah aku ceritakan pada suamiku agar kami sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik seiring usia perkahwinan.

KISAH PERTAMA: (SILA BAYANGKAN PASANGAN BERUSIA 50AN YE...)

Sepasang suami isteri Melayu orang sini satu tempat kerja di sekolah husband. Suaminya bekerja di bidang pentadbiran dan isterinya pula guru di sekolah tersebut. Mereka dianggap seperti ibu dan ayah angkat oleh kami keluarga guru-guru dari semenanjung, sebagai tempat menumpang kasih dan sering kami berkunjung ke rumah mereka kerana mereka sering mengadakan majlis makan-makan dan doa selamat. Baru-baru ni di salah sebuah majlis rumah terbuka guru lain, aku duduk disebelah 'MAK' (gelaran kami buat guru senior tersebut) dan suaminya pula sedang berbual dengan ibu kepada tuan rumah yang sudah tentu jauh lebih berusia dari mereka. 'AYAH' (gelaran buat suaminya tu) seorang yang sangat peramah pada ketika ditanya kepada beliau, "mana isterimu?" lantas beliau dengan spontan menyahut lalu menunjuk ke arah isterinya itu, "Tu, yang paling CANTIK dalam ramai-ramai ni. Itulah isteri saya!" Sederap kata-kata itu ketelinga ku apatah lagi isterinya duduk disebelah aku je. "Ya Allah" hatiku berbisik, "Sweet nya la kalau suami aku yang cakap macam tu padaku sekarang ni.." Betapa isterinya sudah tentu merupakan isteri yang sangat baik sehinggakan dia memuji isterinya seolah-olah mereka macam masih bercinta zaman remaja-remaja gitu ;)


KISAH KEDUA: (SILA BAYANGKAN PASANGAN BERUSIA 50AN ATAU 60AN YE...)

Kisah ni pun yang sentiasa terbayang-bayang di minda aku walaupun babak-babak yang berlaku hanya sepantas beberapa saat je. Pada bulan puasa baru-baru ni jugak, kami berkunjung ke 'bandar sebelah' untuk beli belah persiapan hari raya. Suami aku parking kereta depan sebuah pasaraya mini untuk ke bank yang berada di sebelahnya dan kami anak-beranak tunggu di dalam kereta. Tatkala aku sedang menunggu, lalu didepan kereta kami sebuah van sewa (van sewa merupakan pengangkutan awam utama di sini) yang menurunkan sepasang warga emas Melayu. Pada mulanya si suami turun dahulu, dan kebiasaannya si suami yang kalau dah berusia lanjut ni aku tengok terus jalan je masuk pasaraya bawak diri sendiri. Namun setelah si suami ni tadi turun, beliau terus menoleh kebelakang dan menunggu sambil melihat isterinya turun. Tak perlu berpegang atau berpimpin tangan pun, namun pandangan mata dan bahasa gerak tubuh antara mereka ni cukup menyatakan bahawa mereka saling mengambil berat antara satu sama lain. Setelah si isteri tadi selamat turun, baru mereka sama-sama jalan beriringan masuk ke pasaraya tersebut. Berbeza dengan kisah pertama tadi, kisah kedua ni agak sukar difahami jika tidak dihayati dengan mata hati di mana kuatnya hubungan cinta mereka dapat aku rasakan hingga mereka sudah terbiasa dengan cara mengambil berat sesama sendiri untuk menunjukkan cinta tanpa perlu banyak bicara.

TERPULANGLAH JENIS CINTA YANG MANA KITA INGIN LAKARKAN, YANG PENTING BIARLAH IANYA CINTA KERANA ALLAH SWT YANG PASTINYA BAWA KEBAHAGIAAN PADA ALAM PERKAHWINAN KITA, BUKAN SAJA UNTUK SEBULAN DUA TAPI HINGGA HUJUNG NYAWA, INSHAALLAH..

1 comment:

  1. Catatan entry ni buat sy bminat nk komen.. kt sbg mnusia dberi akal utk fikir mne baik mana buruk. Bgitu juga dgn cinta dan pkahwinan. Yg penting keredhaan allah. Insyaallah.

    P/s salam ukhuwah dr sy, nanie

    ReplyDelete