THIS BLOG WAS CREATED ALONG THE JOURNEY TOWARDS MY BETTER LIFE AS I AM STRUGGLING THE VERY BEST OF ME AS A MOM OF TWO ADORABLE KIDS, ZIQRI (5YO) & ZARA (3YO), A LOYAL WIFE THAT ALWAYS WANNA BE BY MY HUBBY'S SIDE, Mr. ZAM (Mr. TEACHER) AND CURRENTLY WORKING ON MY ONLINE GRAPHICS DESIGN JOB on @m.designworks (instagram)

LET'S BE MY NEW FRIENDS AND SHARE YOUR OPINION WITH ME
ツ NICE TO MEET U TOO!

Friday 28 August 2015

HOW TO STYLE A DENIM VEST with a hijab #STYLEbyMIDZ

First time ever in my life
I'll try to write my entry about my passion towards fashion that hopefully will inspire some of u to dress up well soon. So basically my style which I've called #STYLEbyMIDZ in my instagram account @hamidahyussof was about street style fashion which ever i think the most comfortable outfit for me to look great and be more confident on my daily outdoor activities with my family and friends.
Usually I don't look up so much on brands or latest local or international trends but I'll try to style up some pieces of items that I've found which look interesting to me to create my own identity. 

My first signature fashion items that I wanna share today is DENIM VEST. So let see the whole picture of me wearing this denim vest within this two years. Without so much talking, u can just identify how I've been using the same color of my shawl and skirt to balance the color scheme on the first and second look on the top of this photo collage.



 While the third and fourth look at the bottom I'm wearing the black shirt with black skirt together with my metal gold belt (left) while on the right, just my maxi dress in navy blue compliment with the same fuschia color bag paired with the boots.

So simple isn't it?

What do u think?
(forgive my not-so-clear image but at least the style were clearly there)

c u soon in my next post, stay tuned! :)

Wednesday 26 August 2015

RESIPI PAPRIK PALING SIMPLE DAN MUDAH

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Siang tadi aku macam kelam kabut sikit nak masak sebab banyak kerja printing yang nak diuruskan. So aku ingat nak masak satu lauk je yang ALL IN ONE jugak yang ada daging+sayur terus senang jimat sikit masa aku kat dapur. Aku ni nama je suri rumah tapi aku suka jimatkan masa kat dapur supaya aku boleh buat kerja2 yang lain jugak. So aku percaya kalian juga perlukan jenis resipi yang ringkas dan mudah macam ni dan yang penting bahan dia tak payah ko nak pegi supermarket membelek2 nama pelik2 tu lah. 

Basically aku create sendiri resipi ni ikut citarasa dan pada aku PAPRIK ni sebenarnya adalah TOMYAM VERSI PEKAT je..sebab bahan dia boleh kata sama dan cuba korang hayati bahan2 macam dalam gambar kat bawah ni

CADANGAN HIDANGAN 2 ORANG DEWASA

BAHAN-BAHAN UTAMA:
  • perencah kiub tomyam (separuh)
  • perencah kiub pati ayam (separuh)
  • sedikit sos cili dan sos tomato
  • bawang merah, bawang besar, bawang putih dan serai untuk ditumis
  • minyak untuk menumis

BAHAN-BAHAN CADANGAN:
  • daging atau ayam lebih kurang 5 kotak mancis secara keseluruhan
  • (boleh campur dengan sotong dan udang juga ikut jumlah hidangan)
  • tomato (BAHAN WAJIB!)
  • sayur baby khailan
  • lobak merah setengah batang
  • baby corn 3-4 batang
  • (boleh juga campur cendawan, celery dan  apa2 lagi yang biasa letak dalam tomyam ikut selera masing)
  • setengah cawan air atau secukupnya
  • daun limau purut (yang ni aku malas nak beli pulak, hehe..)
  • daun ketumbar sebagai penambah aroma

CARA-CARA MEMASAK:

Tumis bawang merah, bawang putih, bawang besar dan serai dengan sedikit minyak hingga naik bau, lepas tu masukkan ayam dan tumis kering seketika. Masukkan pula sayur keras seperti lobak merah dan baby corn dan kacau seketika. Masukkan pula air dan didihkan sayur2 tadi hingga empuk. Kemudian masukkan kiub tomyam dan kiub pati ayam, sedikit sos cili dan sos tomato beserta sayur-sayuran lain kecuali tomato. Kacau dan masakkan secukupnya kemudian apabila kuah hampir kering barulah masukkan tomato, daun limau purut dan daun ketumbar dan kacau seketika sebelum menutup api. 

Ha, senang je kan resipi ni. TAK PERLU GARAM DAN GULA SEBAB DAH BANYAK SANGAT PAKAI BAHAN PERASA TAU! So terpulang la kalau korang masih suka yang jenis berkuah boleh masukkan air lebih sikit macam dalam gambar yang aku sediakan ni.

\/ \/ \/ \/ \/


SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA BERGUNA BUAT KALIAN :)

Tuesday 25 August 2015

STOP JUDGING ME!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

FIRST OF ALL,
THIS IS THE MOST IMPOSSIBLE THINGS THAT WE EVER ASK FROM OTHERS WHEN WE ARE READY TO EXPOSED OURSELVES TO ONLINE SOCIAL NETWORKS,
WHO'S AGREE?

Tidak ada seorang insan pun di atas muka bumi ini yang suka mendengar kritikan apatah lagi dewasa ini fenomena 'KEYBOARD WARRIOR' yang ternyata berleluasa di kalangan masyarakat kita. Betul kita tidak boleh halang orang dari sebarang tanggapan negatif yang mereka ingin lemparkan dengan alasan kita lebih mengetahui apa yang kita lakukan dan bukan mereka. Tapi kita perlu lebih bijak memilih had-had yang sesuai untuk kita perkatakan di khalayak ramai. Aku sedar perkara-perkara buruk boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Orang boleh menilai kita berdasarkan apa sahaja kerana mereka hanya melihat apa yang mereka ingin lihat menyedapkan mata mereka dan mereka hanya ingin baca apa yang mereka ingin baca menyedapkan hati mereka dan begitu juga dengan kita.

  Sebab penulisan ni pun bukan suatu yang mudah sebenarnya tatkala kita ingin meluah apa yang kita rasa, dalam pada masa yang sama kita juga perlu fikir apakah kemungkinan apa yang pembaca pula akan fikir.  Jadi aku akan cuba sedaya upaya untuk menulis dengan sebaik mungkin supaya apa yang ingin sampaikan diperjelas dengan baik. Akan tetapi aku sedar bahawa aku ini khilaf dari untuk tidak melakukan sebarang perkara yang menyentuh hati sesiapa sahaja. Setiap kali kita perlu cuba dan cuba tetapi kita tidak boleh menafikan sebarang kemungkinan kerana cara pemikiran setiap orang itu berbeza bergantung pada sudut pandangan mana mereka berada. So everyone have to be a risk taker but what we can try is to minimized it as much as we can. 

It is good to hear that there's a people around us who willing to give us an advise and try to correct our mistakes and we will hope for a positive critics towards us but we couldn't expect more than what we show. 



Yup, it is impossible to ask people from stop judging us or just ask ourselves do we stop judging others?
PLEASE DO NOT HESITATE TO LEAVE ANY COMMENTS IN MY POST COZ IF I DO ANY MISTAKES, THERE'S A ROOM FOR ME TO IMPROVE SOON :)

THANKS READERS:)

notes: Sedikit-sebanyak masih rasa gentar untuk meneruskan penulisan kerana teramat takut benar melukakan hati sesiapa dengan TIDAK SENGAJA. Tapi sekurang-kurangnya kita mencuba, dengan izinNya semua akan kembali baik seadanya..

Sunday 23 August 2015

OBSES HANDBAG!!!

OK la, actually ni tajuk dalam WANITA HARI INI minggu lepas punya, saja pinjam tajuk dia. Sapa sini tengok angkat tangan skit? Apa, tak sempat tengok sebab tengah masak? Biasa la tu aku pun bukan dapat tengok tiap-tiap hari. Kalau sempat tekan remote control TV3 sampai pkul 12 tengah hari tu nanti sempat la jugak dengar-dengar dari dapur or bilik tengah tidurkan Zara. Tapi berbalik pada topik kita tadi, aku memang nak cakap skit je berkenaan aku dan handbag. 

Nak dijadikan cerita aku memang dok tengah mencari-cari la satu handbag baru just untuk pakai hari-hari sebab handbag lama ni macam dah scratch kena apa ntah. (alasan cukup relevant x?). Biasanya aku prefer beg yang besar boleh sumbat macam2 especially barang keperluan anak2 la untuk daily usage dan sesuai untuk travel jauh-jauh skit. Hurm..affordable range aku untuk untuk pakai heavy duty punya beg tu setakat 200 je cukup la. Sebab nanti tak payah nak jaga2 sangat la bendanya. Faham2 je la kalau yang dah biasa travel dengan anak2 kecik ni mesti tau punya kan apa situasinya nanti. Hehe.. So dalam seminggu dua ni aku dok scroll2 instagram online shop jual handbag yang medium range brand ni, antaranya MNG, ZARA, Charles & Keith, H&M tu semua kalau beli memang ada la yang sesuai. Pastu sebab banyak sangat pilihan tu yang aku dok terbelek2 mana yang sesuai. Cuma dia berstatus PRE-ORDER tu maknanya dalam masa 2-3 minggu lepas confirmed payment baru dapat. Kalau boleh aku taknak la beli yang nak kene tunggu lama jugak ni sebab macam urgent jugak nak pakai. 

Memang purposely aku nak beli bag baru untuk travel MERDEKA HOLIDAY ni jugak pun. Beg2 yang aku ada dulu ni lebih sesuai untuk pakai kejap2 macam gi office dlu la sebab nmpk lbh formal. So kali ni aku memang nak beli satu handbag yang lebih ALL IN ONE gitu..Tengah2 aku dok usya2 bag mana nak beli, whatsApp burung bersiul tu dtg dari my sis BFF tu la, anta notification promo beg sofina 3 yg Vivy Yusuf punya design tu kat sometime.com.my  akan restock lagi. 


ARGH!!!! serius tak bleh tahan nak gi tengok sebab beg tu pun memang lawa dan yang paling penting ada ciri2 ALL IN ONE yang aku mention tadi. Gila kau tak beli dah semua ciri2 ada pastu harga pun AFFORDABLE. Tapi masa tu macam tertahan jugak nafsu membeli ni sebab konon nak try la 'berjimat-cermat' katenye.. Yang ya nya aku tau yang masa beberapa kali diaorang release bag tu before this memang dah berebut orang membeli sampai 5 jam lepas relesed dia dah sold out la katanya. Siang hari tu aku try la buat 'donno' je konon taknak terpengaruh sangat dengan promosi. Tiba2 malam tu sampai tak boleh tidur la aku dibuatnya sebab dok fikir dia punya statement tu katanya kali ni LAST RESTOCK FOR THIS DESIGN. Aisyh, tak boleh jadi ni...aku bingkas bangun bukak PC terus online and register kat website dia tu  


dan inilah hasilnya 
\/ \/ \/ \/ \/


Basically takde la obses mana kan..setakat beli satu handbag baru setahun sekali je. Sebab takde nak gi mana2 nak pakai bergaya mana sangat. Ikut nafsu memang la semua pun nak beli. Tapi pada aku, lebih memenuhi keperluan berbanding kehendak dan keperluan setiap orang tu berbeza. Mungkin kehendak aku tu kalau untuk kalian yang banyak aktiviti luar lebih kepada keperluan, then go for it coz we all deserve the best :) Pada aku tajuk OBSES HANDBAG ni lebih kepada orang2 sepeti Kak Mah je la, OUPSSS.. haha.. (u know who) 

Again i'll mention,"Belilah sebanyak mana jika perlu, tiada kesalahan di situ dan jika ada satu sepanjang tahun pun tidak menjadi masalah..."

I'll buy more soon if I need it too

Sedikit last year punya cite yang tak berapa nak best, beli satu handbag dah la status PRE-ORDER dari US lepas tu tunggu punya lama janji  2-3 minggu sampai 2-3 bulan. Dah sampai salah beg pulak tu..Lepas tu order balik and finally selamat sampai before hari Raya Puasa tahun lepas. Tup2 online shop tu dah tutup account dah lepas tu. Mujur ada rezeki aku dapat jugak beg yang betul walaupun lambat. Berbaloi jugak penantian. So this Longchamp Neo pun aku highly recommended utk mak2 orang sebab material dia sangat ringan and the best part is die boleh dibasuh kalau kotor skit2. Online price masa tu 600+ sebab 1st releaseed kot and now aku jumpa ada yang jual 500+ je bleh dapat.

Friday 21 August 2015

my BFF

Dia ni muda setahun dari aku. Dari kecil lagi kitaorang memang membesar dan berkongsi apa saja bersama. Bila ke mana2 kami akan dikata kembar sebab pakai baju yang sama dan raut wajah dan size badan hampir sama. Tapi kitaorang jadi mula renggang time kitaorang start masuk zaman remaja. Masa tu masing-masing tengah dok mencari identiti diri. Biasa la kan zaman remaja.. Time tu aku ni lebih 'cool', suka buat hal sendiri, dok rumah main games kat PC and baca gempaq dan segala jenis komik dan tonton anime gundam. Konon macam nak jadi tomboy, terpengaruh dengan filem 'Laila Isabella' yang Nasya Aziz dengan Rosyam Nor berlakon tu. Budak lahir tahun 80an je yang ingat rasanya. Dia pulak lebih 'hot', suka ikut trend semasa, suka bersosial dengan rakan sebaya, baca majalah hiburan, dengar lagu OAG dan tonton 'Eiffel I'm in love'. Pada saat dan ketika tu hubungan kitaorang agak dingin. Bukan nak kata gaduh, tapi masing-masing sekadar bawa haluan sendiri.

Saat masuk alam universiti la kitaorang mula berhubung balik sebab time tu kitaorang banyak memerlukan bantuan sesama sendiri dan aku pun pada masa tu dah mula merubah sedikit demi sedikit personaliti 'tomboy wannabe' aku tu. Tapi dia masih dengan personaliti yang sama, mudah mesra, pandai sesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Dialah yang jadi pendengar setia pada cerita-cerita aku. Tak semua yang aku kata dia akan angguk, dan tak semua aku buat dia akan suka. Mana tak suka dia cakap, mana tak betul dia ajarkan.

Setiap hari aku berharap hubungan kami sebaik ini. Sehingga saat dan tika ini ada je benda aku mesti report kat dia. Macam satu therapy bila dapat borak dengan dia even dia tak sempat nak reply. Aku tau dia memang sangat sibuk dengan kehidupan seharian dan adakala aku pun gitu. Tapi aku rasa ada lebih baiknya aku cerita dengan orang yang betul2 faham aku luar dalam dari aku upload status merapu di sosial media. (Sebab masa aku jarang berhubung dengan dia dulu memang sosial media jadi sasaran utama sebab kita cuba nak kongsi sesuatu dan mencari pendengar atau penyokong, betul tak?). Tapi sekarang dia pulak jadi editor aku, personal advisor pun ye..



Kali ni aku sekadar nak kongsi dia ni la BFF aku. My only sister (kiri). Semoga Allah SWT pelihara dia dan orang2 yang dia sayang sentiasa. Amin..


Tuesday 18 August 2015

puisi : ORANG

Apa dilihat bahagianya orang
Hati tertutup, mulut terlopong

Apa dihirau katanya orang
Pekak terdengar, betah tak timbul

Apa dicari pujanya orang
Puji terbayar, hayat dijual

Apa dikeji dosanya orang
Diamal sama, beza tak tentu

Apa didamba kasihnya orang
Bakhil tak beri, mengharap meratap

Apa dibingung fikirnya orang
Benar tak tegak, salah dinafi

Apa dipersoal perilakunya orang
Mencemar suci, bersih kotornya pasti

Dalam kita ada orang
Dalam orang ada kita
Yang beza peristiwa
Yang sama perilaku

*cubaan pertama kali aku menulis #puisidaridalamkotak

ME?


Aku ni serabut orang nye..sebab aku suka buat banyak benda dalam satu-satu masa. Aku memang tak boleh nak duduk diam sebab aku selalu memikirkan alangkah rugi nya masa-masa yang ada kalau setakat duduk-duduk sambil baring. Masa yang paling lama aku guna untuk phone tengok fb or ig pun masa tengah baring sambil tidurkan Zara. Last-last aku main candy crush je untuk elakkan memikirkan benda-benda yang tak mampu nak dibuat, haha! Tapi jauh disudut hati aku suka sangat untuk nak update entry blog berkenaan perkara-perkara yang aku suka ni. Hurm, masa masih belum mengizinkan untuk aku mencurahkan sebanyak nukilan yang bertakung macam nak tertumpah dari kotak pemikiran aku ni. Namun aku cuba jugalah untuk menjayakannya sedikit demi sedikit. Sebab aku tak berapa suka update blog dengan guna smartphone je, rasa kurang selesa untuk menaik dan mengedit segala bagai. Lagipun sebarang artwork yg aku buat semuanya menggunakan PC la for sure..

Ok, simply said korang bleh intai instagram photo icon yang ada kat sebelah kanan blog aku ni. MACAM-MACAM ADA! Itulah diri aku, aktiviti harian aku mengabdikan foto-foto berkaitan perkara-perkara yang aku suka. Benda-benda yang aku suka ni sebenarnya berasaskan satu fundamental asas iaitu .. DESIGN! Yup, aku suka semua benda yang berkaitan design. Sebab tu asalnya cita-cita aku ARKITEK, belajar dalam bidang INDUSTRIAL DESIGN, lepas graduate terus kerja sebagai INTERIOR DESIGN dan pernah cuba untuk menjadi CIKGU PENDIDIKAN SENI. Ada juga cubaan untuk jadi FESYEN DESIGNER tapi belum ada lubang peluang yang sesuai dan kini aktiviti tetap setiap hari ialah GRAPHIC DESIGNER untuk bisnes printing kecil-kecilan aku. Semua korang bleh intai kat instagram aku dan korang bleh tengok sendiri betapa serabutnya hidup aku. Jom kita jadi virtual friend dan share mana-mana minat bersama-sama. Aku suka untuk berkongsi apa yang aku minat dan aku harap ada yang sudi jadi rakan seperjuangan atas dasar mencari kepuasan diri dalam minat yang kita ada dan mana tahu minat kita ni akan menguntungkan kita di masa-masa akan datang, who knows?

https://instagram.com/hamidahyussof/

Thursday 13 August 2015

Salam Jumaat :)


I don't know why but these few days I've been too emotional when I heard about something that sounds like they are playing and making fun of our religious issue. No doubt that there's a few different opinion even in our daily practice when we r talking about 'Syariah' coz we rely on Al-Quran, Al-Hadith and Mazhab. I do admit dt I need to learn more about every single things dt related to our religion. Islam is not just about perfomed a Solah, fasting on Ramadhan and going for Haj and Umrah at Makkah but it is a lifestyle. When we r holding strong with Islamic way of living, I believed that we'll have a great future in this world or hereafter. One thing about me is that I feel so depressed when there's someone who try to put me down when I'm doing something that is highly encourage in Islam way. In fact I'm still not so strong person in term of knowledge and everythings..I'm still a learner. Maybe I need to find more strength towards all the knowledge so dt no matter what others were saying, I'll still hold on the strongest believed and practice d right way of living. Inshaallah..

Tuesday 11 August 2015

CINTA, bukan sekadar ungkapan "I LOVE YOU" + "I LOVE YOU TOO"

Sedikit sebanyak kisah cinta aku yang diperkukuhkan dengan ikatan perkahwinan yang kini sudah melepasi 5 tahun lamanya. Aku dan suami selamat diijabkabulkan pada 06.06.2010 pada usiaku seawal 23 tahun. Pada ketika itu kiranya aku merupakan orang pertama yang mendirikan rumah tangga dikalangan rakan-rakan yang graduate sama batch dengan aku di UTM dulu. Seiingat aku, aku jarang membicarakan atau meluahkan terlalu banyak kisah cinta di laman sosial. Paling tidak pun aku hanya memuat naik sebuah album bulan madu kami di langkawi yang biasa-biasa saja.. Apatah lagi suami pula memang jenis yang sangat pendiam dan memang tidak langsung memuat naik sebarang kisah hidupnya di mana-mana laman sosialnya sendiri.
 
Jika pasangan kita jenis yang peramah, suka bersosial dan suka bercerita tentang kehidupan sehariannya sesama rakan-rakan, maka tidak hairanlah jika dia juga gemar mewarwarkan kisah cintanya di mana-mana sahaja. Bukanlah menjadi satu kesalahan pada aku untuk sesiapa sahaja melakukannya asalkan tidak mengaibkan diri sendiri mahupun pasangan. Namun jika pasangan kita ini jenis yang pendiam, kurang bercakap dan pemalu, sudah tentu sukar untuk kita mendengar ungkapan-ungkapan manis seperti yang kita lihat dari pasangan yang jenis peramah ni tadi. Macam mana nak tahu pasangan yang jenis pendiam ni sayangkan kita? Mungkin anda patut baca KISAH KEDUA di bawah ni dulu. Melihat pasangan-pasangan muda hari ini yang rancak mewarwarkan kisah cinta, terdetik hati untuk menyampaikan secebis kisah cinta pasangan yang usia perkahwinan mereka mungkin melebihi 20 tahun lamanya. Dua kisah cinta berbeza namun aku boleh menghayati begitu indah perasaan cinta mereka walaupun masing-masing dah masuk kategori warga emas dah pun..kedua-dua kisah ni pernah aku ceritakan pada suamiku agar kami sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik seiring usia perkahwinan.

KISAH PERTAMA: (SILA BAYANGKAN PASANGAN BERUSIA 50AN YE...)

Sepasang suami isteri Melayu orang sini satu tempat kerja di sekolah husband. Suaminya bekerja di bidang pentadbiran dan isterinya pula guru di sekolah tersebut. Mereka dianggap seperti ibu dan ayah angkat oleh kami keluarga guru-guru dari semenanjung, sebagai tempat menumpang kasih dan sering kami berkunjung ke rumah mereka kerana mereka sering mengadakan majlis makan-makan dan doa selamat. Baru-baru ni di salah sebuah majlis rumah terbuka guru lain, aku duduk disebelah 'MAK' (gelaran kami buat guru senior tersebut) dan suaminya pula sedang berbual dengan ibu kepada tuan rumah yang sudah tentu jauh lebih berusia dari mereka. 'AYAH' (gelaran buat suaminya tu) seorang yang sangat peramah pada ketika ditanya kepada beliau, "mana isterimu?" lantas beliau dengan spontan menyahut lalu menunjuk ke arah isterinya itu, "Tu, yang paling CANTIK dalam ramai-ramai ni. Itulah isteri saya!" Sederap kata-kata itu ketelinga ku apatah lagi isterinya duduk disebelah aku je. "Ya Allah" hatiku berbisik, "Sweet nya la kalau suami aku yang cakap macam tu padaku sekarang ni.." Betapa isterinya sudah tentu merupakan isteri yang sangat baik sehinggakan dia memuji isterinya seolah-olah mereka macam masih bercinta zaman remaja-remaja gitu ;)


KISAH KEDUA: (SILA BAYANGKAN PASANGAN BERUSIA 50AN ATAU 60AN YE...)

Kisah ni pun yang sentiasa terbayang-bayang di minda aku walaupun babak-babak yang berlaku hanya sepantas beberapa saat je. Pada bulan puasa baru-baru ni jugak, kami berkunjung ke 'bandar sebelah' untuk beli belah persiapan hari raya. Suami aku parking kereta depan sebuah pasaraya mini untuk ke bank yang berada di sebelahnya dan kami anak-beranak tunggu di dalam kereta. Tatkala aku sedang menunggu, lalu didepan kereta kami sebuah van sewa (van sewa merupakan pengangkutan awam utama di sini) yang menurunkan sepasang warga emas Melayu. Pada mulanya si suami turun dahulu, dan kebiasaannya si suami yang kalau dah berusia lanjut ni aku tengok terus jalan je masuk pasaraya bawak diri sendiri. Namun setelah si suami ni tadi turun, beliau terus menoleh kebelakang dan menunggu sambil melihat isterinya turun. Tak perlu berpegang atau berpimpin tangan pun, namun pandangan mata dan bahasa gerak tubuh antara mereka ni cukup menyatakan bahawa mereka saling mengambil berat antara satu sama lain. Setelah si isteri tadi selamat turun, baru mereka sama-sama jalan beriringan masuk ke pasaraya tersebut. Berbeza dengan kisah pertama tadi, kisah kedua ni agak sukar difahami jika tidak dihayati dengan mata hati di mana kuatnya hubungan cinta mereka dapat aku rasakan hingga mereka sudah terbiasa dengan cara mengambil berat sesama sendiri untuk menunjukkan cinta tanpa perlu banyak bicara.

TERPULANGLAH JENIS CINTA YANG MANA KITA INGIN LAKARKAN, YANG PENTING BIARLAH IANYA CINTA KERANA ALLAH SWT YANG PASTINYA BAWA KEBAHAGIAAN PADA ALAM PERKAHWINAN KITA, BUKAN SAJA UNTUK SEBULAN DUA TAPI HINGGA HUJUNG NYAWA, INSHAALLAH..

Friday 7 August 2015

TOP 3 MOST AFFORDABLE NURSING FRIENDLY MUSLIMAH WEAR

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Semakin hari semakin rancak nampaknya aku ber'blog' ni. Hurm, niat aku sekadar nak kongknfo2 menarik yg aku tahu bersama kalian dan juga berkongsi pandangan dlm sesetengah perkara. Mcm satu terapi minda bila cakap pasal benda2 menarik dan dapat bagi sumber inspirasi pada pembaca (wlupun sekadar ada sorang dua atau setidak2 nya dibaca oleh diri sendiri pun dah cukup memberi kepuasan)

Kali ni aku nak ceritakan sikit lah pasal perkara yg aku usulkan semalam iaitu pasal fesyen ibu menyusu ni. Mungkin ramai juga dikalangan peniaga yg mengatakan bahawa mereka menawarkan fesyen yg sesuai utk ibu menyusu atau lebih stailo di sebut 'NURSING FRIENDLY' ni. Akan tetapi pada aku bukan semua yg menawarkan produk yg mempunyai rekabentuk menarik dan paling penting seiring dgn tuntutan menutup aurat ni terutama dari penggunaan kain (material) mahupun potongan. Basically style yg plg sesuai utk kegunaan lebih formal tu mestilah berpotongan jubah atau dress longgar. Satu brand yg aku sendiri dah cuba pertama kalinya pada HARI RAYA AIDILFITRI kali ni ialah dari butik JUBAHSOUQ yg punya beberapa cawangan di KL & Selangor. 






















Jika nak diikutkan kiranya banyak lagi butik2 yg menawarkan pakaian ibu menyusu ni yg memang cantik dan berkualiti tinggi. Akan tetapi yg aku nak tekankan kat sini ialah tiga butik pilihan aku ni menawarkan HARGA YANG PALING MAMPU MILIK yang mampi dimiliki sesiapa sahaja jika punyai keinginan. Jadi tiada lagi alasan ibu2 menyusu atau suri rumah utk tidak tampil menarik & sopan tatkala menyuskan bayi!

Berikut merupakan info mengenai tiga terbaik jenama ibu menyusu dengan harga mampu milik yg aku review secara sukarela tanpa ada sebarang tajaan ye..Ni atas dasar utk membantu kalian yg masih belum menemui pakaian yg sesuai selaku ibu menyusu or so called BF MOM.

BUTIK NO 1 : JUBAHSOUQ

website: 

instagram:  
boutique : KL, Shah Alam, Bangi







BUTIK NO 2 :CALAQISYA

website: www.calaqisya.com

instagram: https://instagram.com/calaqisya/

boutique: Shah Alam, Bangi, Johor Bharu, Ipoh





















BUTIK NO 3 :BELLAAMMARA

website: www.bellaammara.com

instagram: https://instagram.com/bellaammara/

boutique: Shah Alam





















OK..so basically korang just click saja link ke website atau instagram diaorang tu utk tahu lebih lanjut tentang details setiap item dan belek sendiri gambar yg lebih jelas. Imej ni aku sediakan berdasarkan apa yg mereka upload kat instagram setakat ni. So aku harap entry kali betul2 dapat bantu kalian jugak ye wahai ibu2 menyusu atau anak dara renda pun boleh yo nak pakai eh..takdo masalah nyo den kobar. Buat masa ni aku hanya boleh bg feedback mengenai jenama JUBAHSOUQ yg aku dah try ni memang terbaik terutama sekali bukan saja dari material tapi dari segi cutting & ukuran dia memang sesuai utk badan kecik macam aku ni. Size XS dia tu memang mcm purposely tailored to my body la.. How petite I am? 35kg wt 153cm height!

Lepas ni kalian pun boleh kongsi feedback dgn aku klu sudi mengenai jenama lain yg MAMPU MILIK ye..thanks for reading :)

Thursday 6 August 2015

Tips membeli-belah dalam talian (online shopping tips)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Harini aku ada kesempatan sikit untuk tulis satu entry yang mungkin berguna buat kebanyakkan dari kalian. Mungkin ramai jugak yg dah biasa beli barang secara atas talian, online shopping katanye..Ada yang membeli terus dari laman WEB yg telah disediakan oleh peniaga2 tertentu atau pun tak kurang juga yang membeli dari peniaga yg melalui FACEBOOK mahupun INSTAGRAM mereka sendiri dek kerana membeli tu semudah tekan2 aje.  

Namun seringkali aku mendengar komen dari rakan2 yg membeli tentang kekecewaan mereka terhadap barangan yg mereka beli secara online. Well, ada kala kekecewaan tu sebenarnya bermula dari kesilapan pembeli sendiri yg kurang peka terhadap perkhidmatan atau barangan yg ditawarkan peniaga. Selaku PEMBELI dan juga PENGUSAHA online, meh sini aku bagi garis panduan buat kalian.

NO 1: PASTIKAN ANDA TAHU APA YANG ANDA BELI

Ok, dia sebenarnya macam ni la..kalau anda nak beli pakaian, pastikan anda betul2 selidik dari segi ukuran, size, jenis kain dan segala jenis details yg berkaitan. UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI tu maknanya anda ada la spare pita pengukur supaya anda dapat ukur pakaian tu sesuai ke tidak dengan susuk tubuh anda. Kebiasaannya penjual memang ada mempamerkan segala tok nenek details pasal pakaian tu sebab peniaga bukan tau pun nak recommend anda pakai size apa sebab dia pun tak nampak anda kan..So, sendiri mau ingat ye. Kalau dari segi material atau jenis kain tu anda kenalah memang tau jenis kain tu macam mana, maksudnya anda pernah tengok di kedai kain atau pernah tengok dan rasa sendiri kain tu macam mana rupanya. 

Ada dikalangan kawan2 aku yg memang taknak beli online sebab dia nak rasa jenis kain dan cuba sendiri baju di fitting room, that is fine sebab dia rajin nak habiskan duit minyak, tol dan masa ke shopping mall atau butik tersebut. Actually klu kita dah biasa dan expert beli barang kat mall, tak jadi masalah masa kita beli online tu sebab kita boleh check details kat every items and make the right decision. Pada aku, so far masa membeli terutama kalau dari butik jenama terkemuka, Inshaallah la produk yang ditawarkan tu berkualiti. Sama jugak la kalau beli barang lain termasuklah kasut, handbag, perfume and etc, anda boleh tanya sebanyak mana soalan pun kpd penjual utk memastikan anda jelas dengan produk tersebut. Tapi jgn la pulak tanya soalan 'klishe' yg terang2 penjual dah tulis kat produk tu ye..buat malu diri sendiri ada la :P

NO 2: BANDINGKAN HARGA DENGAN ONLINE SHOP LAIN

Sebelum aku terlupa baik aku ingatkan korang supaya ambil sedikit masa utk survey beberapa online shop yang ada memandangkan sekarang ni memang banyak sangat la online shop tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan yg menawarkan barangan yg sama atau pun hampir sama. Ada baiknya anda buat tinjuauan ke segenap online shop lain yg ada sama jugalah konsepnya macam bila kita beli belah di shopping mall jugak la..kan kita masuk beberapa buah butik/ kedai atau kesemua yang ada utk pastikan kita dapat barangan yg betul ditawarkan dengan harga dan design yg paling kita suka, tak gitu?




















NO 3: PASTIKAN BERAPA LAMA MASA DI AMBIL UNTUK PRODUK SAMPAI KEPADA ANDA

Yang ni pentingnya aku nak cakap pada para pembeli online sekalian untuk tidak membeli sesuatu yg 'URGENT' sebab kemungkinan berlaku kelewatan dlm tempoh penghantaran. Kelewatan ni selalunya disebabkan oleh procedure di pihak pengeposan tak kira la sama ada POS LAJU atau syarikat courier service yg lain. Yang ada jaminan sampai ESOK tu tertakluk pada terma dan syarat. Setahu aku yang sampai ESOK tu esok hari bekerja jika anda pos sebelum pukul 11-12 tengah hari (bergantung pada pos office tu la) dan jika pejabat pos anda tu berada di pusat pos laju dan tempat tinggal anda (tempat anda tulis alamat) tu berada di kawasan BANDAR UTAMA. Koman2 pun 1-3 hari BEKERJA jugak la masa sebenarnya. Peringatan penting buat anda ialah tanya kepada penjual sama ada barang yg ingin dibeli berstatus 'READY STOCK' atau 'PRE-ORDER'. Kebiasannya peniaga pun ada tulis pada produk tu status produk. Mungkin anda hanya perlu check bila dia akan pos dan minta diberi TRACKING NO selepas pengeposan.

NO 4: PASTIKAN ANDA TERIMA BUNGKUSAN ANDA PADA MASA YANG SEPATUTNYA

Mestilah kita yg kena standby untuk terima barang pos pada waktu yg sepatutnya dan kita jugaklah yg kena pastikan kita check dlm tracking no parcel tu sebab selepas pengeposan berlaku, penjual tidak punya sebarang tanggungjawab terhadap barang yg kita beli. Ada juga baru2 ni aku dengar kes kecurian oleh pihak pos tapi yg tu sekadar kes terpencil. Cuma apa yg kita perlu tahu, jika berlaku kecuaian di pihak pos, kita tak boleh minta ganti rugi dari peniaga sebab bukan salah peniaga ye.. Dan juga ada pembeli yg malas nak check tracking no atau collect sendiri bungkusan yg dibeli. Bila terjadi kes mcm ni, biasanya barang akan dipos balik kpd pengirim iaitu penjual. Dan dlm kes ni, pbeli kena la bayar balik kos pengeposan semula sebab kecuaian sendiri yg malas tu..

NO 5: ADAB SEKADAR MENGHORMATI SERVIS PENIAGA, MAKLUMKANLAH KEPADA PENIAGA TENTANG BARANG YANG SUDAH KITA TERIMA

Sekadar menyatakan kpd peniaga bahawa kita sudah menerima parcel tu, maklumkanlah semula kpd peniaga dan klu kita amat berpuas hati dgn barang yg diterima, mungkin boleh kongsi kpd peniaga. Bukan masa nak komplain je nk msg berjela marah2, bila time suka senyap sunyi aje ye..setidak-tidaknya klu ada sebarang komen pun, gunakanlah bahasa yg sebaik mungkin. Jika benar barang yg kita beli bermasaalah, berkat budi bahasa kita, peniaga pun akan buat pertukaran atau bayar ganti rugi.

Alhamdulillah setakat pengalaman aku menjual dan membeli secara online ni, masalah tu tak banyak berbanding manfaat yg kita dapat. Sekarang ni ada pulak service PERSONAL SHOPPER tu yg bagusnya, sebab aku bleh order apa saja yg aku nak dr butik2 terkemuka kt area KL, Bangi & Shah Alam sambil baring2 atas katil je somewhere at Sarawak ni ha. Wuhuhu..mcm kayo sgt je bunyinya. Window2 online shopping je la. Cuci2 mata..Nanti kalau ada masa aku ceritakan la pulak pasal jenama2 online terutama yg NURSING FRIENDLY & WUDHU' FRIENDLY lg tau. Yang penting harga mampu milik oleh kita2 yg biasa2 ni je, bukan yg tahap artis je bleh beli tu la..Banyak pe yg lawa2 & branded tapi mampu milik. Ada yg nak tau pasal PERSONAL SHOPPER jugak ke? Nanti la aku story mory skit kot ada yg belum tau. Yg dah tahu tu shoo..shoo..g main jauh2! ;)

Tuesday 4 August 2015

Ceritera Aidilfitri 2015, 1436 HIJRAH (part II)

Hari Raya Kedua:
Harini just nak sambung skit je dari cerita semalam. Masuk hari raya kedua, kami beraya pulak di rumah family sebelah ayah. Diaorang dah kumpulkan seberapa ramai ahli keluarga yg boleh untuk buat perjumpaan keluarga. Bagus betul aku tengok ahli keluarga sebelah ayah ni siap ada persatuan keluarga yg diberi nama Al-Thoibah bersempena nama arwah atuk, Taib. (Erk, tak ingat plak bin nya) Tujuan diaorang berkumpul tu untuk mengususulkan isu salah seorang sepupu aku tu yang baru bergelar ibu tunggal dan berada dalam kesempitan hidup. Bila masa2 susah macam tu, keluargalah yg memang sepatutnya orang2 terawal yg tolong sebelum nak merayu ke pusat zakat dan sebagainya. Tahukah kalian sebelum kita nak menderma atau nak bersedekah kpd orang luar, kita sepatutnya cari dulu dlm kalangan ahli keluarga kita ada tak yg betul2 dlm kesempitan?

Terus terang aku bercerita, ahli keluarga kami ni memanglah asalnya dari keluarga yg susah di kampung (typical kn? Orang dulu2 memang la kebanyakkannya hidup susah ye tak?) Pun begitu pada hari ini kebanyakkannya sudah berjaya dan anak cucu juga memang golongan terpelajar dan punya kehidupan yg lebih stabil. Cuma ada sorang dua je yg ada ketika diuji dgn pelbagai ujian macam sakit, kematian atau mcm2 lagilah ujiannya. Ujian ni sebenarnya bukan ujian dia sorang (sepupu) tapi ujian buat waris atau wali yg bertanggungjawab ke atasnya. Memandangkan ayah dia dah meninggal dan kehilangan suami, kini bapa2 saudara (salah seorangnya ialah ayahku) perlu menjalankan tanggungjawab mereka membantu anak sedaranya ini. Sebenarnya persatuan keluarga kami ni dah lama bertemu untuk pelbagai perkara dah bermula dari majlis perkahwinan aku lagi (5 tahun yg lalu) atau mungkin sebelum tu aku tak berapa pasti sebab belum melibatkan diri. Merekalah yg menjadi tulang belakang masa majlis perkahwinan aku tak lupa juga ahli keluarga sebelah mak aku. Erm, nanti la klu ada masa aku cerita sikit pasal majlis yg tak seberapa tu ye..peram lama2 lagi sedap mcm jeruk, hehe..)

Ziqri & Zara with Atuk & Opah




















Hari Raya Ketiga:
OK, masuk raya ketiga kami dah kene gerak ke kampung suami pulak di Palong, Negeri Sembilan. Hurm, baru je cucu2 nak bermesra dgn atuk dan opah, dah nak kene gerak. Tapi sebelum tu kene turunkan my sis kat rumah dia di Puchong la sebab sepanjang cuti perayaan tu kami pinjam salah sebuah kereta dia. Syukur perjalanan lancar tapi penatnya hanya Allah SWT yg tahu. Memang jauh jugak la travel dari pintu ke pintu tu makan masa 6-7 jam jugak la..Sampai je kat sana cuma kakak sulung suami je yg tinggal sebab yg lain2 dah mula bergerak.

Hari Raya Keempat:
Setelah bermalam kat situ, esoknya kami terus bergerak ke rumah kakak suami yg lain plak di Seri Kembangan dan disitulah kami berkumpul balik mana yg ada. Cuma dua org adik ipar aku yg baru menimang anak sulung tu tak ketemu sebab masing2 dah beraya di rumah mertua diaorang plak..Adik beradik suami ada 8 orang dan semuanya telah selamat mendirikan rumah tangga dan punyai zuriat masing.

Hari Raya Kelima:
Dan keesokkan harinya kami dihantar oleh kakak & abang ipar suami ke KLIA utk kembali pulang ke Sarawak. Kiranya selesai sudah ceritera aidilfitri aku kali ni. Segala penat lelah dan persiapan kami pulang beraya berbaloi apabila dpt menatap wajah2 orang tersayang dan bertemu mesra dgn saudara mara yg lama tak berjumpa.

Tapi walaupun lama kami tak berjumpa, pada pertemuan kami kali ini, aku terasa begitu dekat dan macam baru semalam aku jumpa mak, ayah, adik-beradikku dan adik-beradik suami. Guess what? Because we've meet almost every single day actually...in WHATSAPP!!! Yup, that's what communication & technology for inst' it?! Even a small village or probably rural area here got the NET, thank God!

Monday 3 August 2015

Ceritera Aidilfitri 2015, 1436 HIJRAH

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Lama nye nak tunggu sampai aku ada masa terluang nak update story pasal sambutan hari raya ni (budget mcm ade org tggu entry aku je, hahaha..) Tapi mungkin suatu hari nanti anak cucu aku je yg baca pun takpelah ye tak? Inshaallah..sebut yg baik2 belaka ye..Memamndangkan arini aku sempat siapkan order client cepat skit, so ade masa lg before anak2 bangun dr tidur di pagi yg sgt indah ni, meh aku ceritakan sikit kisahnya..

Hari Raya Pertama:
Sambutan sederhana je kt umah mak ayah aku kt Perak tu sebab kami hanya ada tiga adik beradik je. Aku balik dgn adik perempuan dan anak dia yg umur setahun coz husband dia tak dapat cuti raya tahun ni. Berkhidmat utk keamanan negara. So makanan biasa memang tak banyak pilihan sebab klu masak banyak2 pun nanti tak habis, membazir pulak. Biasanya benda paling basic yg wajib ada dah tentulah laksa, lemang & rendang dan kuih raya yg plg sedap air tangan mak ialah kuih semperit, biskut cornflakes & biskut arab. Aku pula hanya bawa balik kek lapis sarawak utk mak. Pagi tu my husband bawak ziqri ke masjid sembahyang raya & aku dan zara bersiap di rumah je. Lepas semua balik masjid, biasa la aktiviti bersalam-salaman dan bermaaf-maafan dlm family lepas tu kita sarapan la apa menu yg ada kat atas meja tu. Tapi jgn makan banyak2 tau, nanti lepas ni nak gi makan umah orang lain plak, wahaha!


My lovely family : Hari Raya Pertama



















 
Selepas habis sesi bergambar sakan dgn my sis kat depan umah sendiri, kitaorang terus gerak ke rumah opah sebelah mak, sebab opah & atuk sebelah ayah memang dah lama meninggal dunia sejak mak ngn ayah aku kawin lagi. So memang setiap tahun kami beraya di rumah opah sebelah mak yang duduk kampung selang dua tiga kampung dari rumah kami je. Dalam 5 kilometer camtu je rumahnya. Even mak dan ayah aku ni orang sekampung jugak pun. Ayah orang hulu, mak pulak orang hilir. Biasa la tu kan orang kampung dulu2 kawin sekampung aja..Bila raya memang tak payah nak kompromi nak balik kampung mana satu ye tak?

Satu perkara yg paling aku takkan lupa pada ketika kami berkumpul utk bergambar bersama opah, makcik2 dan sepupu2 yg lain ialah kata2 opah, "Moh semua bergambo dgn Pah. Tahun ni last dah Pah ada dlm gambar.." (dialek Perak) Tersentap mindaku mendengar kata2 spontan tu. Semoga Allah SWT sentiasa beri perlindungan & kesejahteraan pada Opah tak kira dimana berada. Amin..


Olive green hijab - my opah, Pink hijab on d right - my mum



















 
Habis kami pusing sebelah pagi beberapa rumah saudara mara sebelah mak yg ada sebelum solat Jumaat. Satu ketika tiba di rumah sepupu mak utk berjumpa opah saudara, Pah Ma (kakak kepada opah kami) yg sedang terlantar sakit di rumah salah seorang anak nya iaitu sepupu mak ni. Majoriti sepupu mak dari keluarga Pah Ma ni ialah golongan pendidik atau lebih tepat lagi GURU termasuklah rumah yg kami singgah ni. Suami isteri guru dan rumahnya Mashaallah tersergam indah dalam kampung tu sebuah banglo sederhana tapi cukup selesa utk keluarga mereka. Boleh dikatakan kesemua sepupu mak yg bergelar guru tu pernah mengajar kami ketika zaman persekolah dulu. Mana tak nya semua mengajar di daerah tu je..Sudah tentu kami kenal rapat, cuma masa je menentukan pertemuan kami setelah sekian lama tak berjumpa. Berkat hari Raya Aidilfitri yg mulia, kami kembali menjalin Sillatulrahim.. 

Sempat kami 3 beradik ni bergambar kat umah Cikgu Mat Isa


 
















Pun begitu satu reaksi yg hingga kini sukar utk aku lupakan bila mana dalam perbualan kami ada yg bertanya padaku, "Midah dok kat mana? kerja apa sekarang?" Soalan yg plg susah aku nak jwb sebab aku sendiri sedang mengusahan sesuatu lebih dr sekadar menjawab soalan cepu cemas tu. Setelah aku jawab, "Dok kat Sarawak, suri rumah je la.." dan reaksi mereka is like, "WHAT?!!!"

Jika kalian juga punya ekspresi yg sama bg jawapan aku tadi, bleh baca kat link ni utk details

SURI RUMAH TANGGA SEPENUH MASA PILIHAN TERBAIK (BUAT MASA INI !)  

...to be continue