THIS BLOG WAS CREATED ALONG THE JOURNEY TOWARDS MY BETTER LIFE AS I AM STRUGGLING THE VERY BEST OF ME AS A MOM OF TWO ADORABLE KIDS, ZIQRI (5YO) & ZARA (3YO), A LOYAL WIFE THAT ALWAYS WANNA BE BY MY HUBBY'S SIDE, Mr. ZAM (Mr. TEACHER) AND CURRENTLY WORKING ON MY ONLINE GRAPHICS DESIGN JOB on @m.designworks (instagram)

LET'S BE MY NEW FRIENDS AND SHARE YOUR OPINION WITH ME
ツ NICE TO MEET U TOO!

Monday 5 September 2016

PENGALAMAN BERPINDAH RANDAH

Assalamualaikum dear readers!

Lama sangat dah aku tak jenguk blog ni. Kadang ada rasa macam nak shut down tapi memandangkan aku fikirkan balik tujuan asal penulisan blog ni sebab aku nak bagi perkongsian kisah & ilmu bermanfaat sepanjang hayat, jadi aku teruskan jugak tanpa memikirkan, "Sape2 je la yang tengah baca sekarang ni ?????" [monolog]

Topic ni berkaitan sangat la dengan apa yang tengah aku dok serabut perut memikirkan sekarang ni which is,

"Pindah mana pulak lepas ni?????"

Sekadar buat pengetahuan korang aku sekarang tinggal kat bumi borneo disebabkan ikut hubby yang transfer kerja kat sini as a secondary school PSV teacher. Aku pulak sekarang ni sangat sibuk dengan servis graphics design secara online yang semakin membangun. Alhamdulillah..berbalik kepada cerita asal, tempat tinggal kami sekarang ni adalah rumah ke 3 yang kami sewa sejak berkahwin. Mula2 kitaorang menyewa kat Springhill, Port Dickson lepas kawin sebab masa tu hubby dah mula mengajar kat sekolah menengah somewhere nearby Sepang & aku pulak start to become an interior designer at Seremban town. So rumah ni kira tengah2 la dari destinasi kami ke tempat kerja. Then lepas setahun tinggal kat Seremban, hubby pulak kene terminate dari jadi guru sandaran sebab tengah tunggu tawaran untuk sambung study to become a qualified teacher as required by Kementerian Pelajaran, kitaorg mula berpindah ke Seremban supaya lebih dekat dengan tempat kerja aku.

Pada masa tu tak banyak barang rumah yang ada untuk diangkut. Ada barang2 elektrik yang asas sangat macam peti ais, mesin basuh, kitchen kabinet yang kecik tu dengan satu katil steelframe n barang penting yang aku dok angkut kehulu kehilir dari zaman study ialah PC. Yes aku tak pernah pakai laptop sbb utk design work macam sakit ati je klu guna laptop yang kecik tu nak petik siput2 kat keypad tu pastu nak kene tekap muka baru nampak artwork kat screen yang kecik tu. Sanggup aku mengangkut PC yang zaman dulu agak berat semua barangnye berbanding yang ade sekarang ni. Actually 1st pindah kalau dengan PC gedabak ni dari sebelum kahwin pun dah 2,3 kali jugak kisahnya dari UTM skudai, then pindah ke seri kembangan, lepas tu mont kiara tumpang rumah mak sedara kejap masa kerja kat solaris, last skali PD rumah bujang masa aku jadi cikgu sandaran kejap lepas tu baru rumah dah kahwin kat PD tu. Kisah tukar kerja pun banyak jugak nanti la aku story mory. Memang banyak kisah pindah randah aku sebab tu aku rasa nak kongsi jugak dengan korang pengalaman ni cuma walaupun banyak barang yang bawak masa bujang takde la sampai kena angkut dengan lori.

Mujur kebetulan ada kawan kami yang meniaga ada lori kecik putih kotak tu tolong angkutkan barang muat la satu trip je pindah barang masa PD ke Seremban tu. Memang letih mengemas dengan barang sikit tu pun sebab nak pack and unpack tu rumit kerjanya. Masa kat Seremban tu antara masa yang aku ingat dah boleh settle down dah boleh fikir untuk next move to own a house la sebab lokasi pun cantik, kerja aku dah ok walaupun hubby tengah sambung study, secara financial kitaorang agak stabil masa tu. Cuma faktor tempat kerja hubby la yang jadi penentu untuk kitaorang sahkan. Berpindah ke Sarawak ni adalah satu benda yang tak pernah langsung terlintas dalam kepala otak kitaorang sebab pada kebiasaannya bila guru yang tengah berkursus macam hubby tu jika berstatus sudah berkahwin akan dapat kelonggaran untuk posting tempat kerja berdekatan dengan pasangan. Kalau tak pun pindah mana2 negeri berhampiran pun memang best la dah negeri jiran Melaka n Selangor dua2 bandar, takde masalah la pada aku untuk apply kerja tempat baru that's kind of beautiful easy future i've imagine at that time.

Tiba2 pada tahun tu semua guru tak kira la yang bujang mahupun yang dah berkahwin kena posting ke seluruh negeri Sabah & Sarawak untuk mengisi kekosongan yang jawatan guru kritikal kat sini dimana hubby salah seorang dari yang terlibat dengan program khas pengisian tu. Aku ingat lagi masa hubby nak tunjuk keputusan posting tu kat aku, dia punya nervous tu macam masa nak salam bakal bapak mertua menggigil tangan dia. Aku pulak bila tengok reaksi dia masa tu, aku dah bersedia supaya tak menambah huru hara keputusan tu so aku buat reaksi selamba je la like, "Yeay, boleh naik kapal terbang!" 3 buah boieng MAS lebih kurang 900+ orang guru dihantar ke sini termasuk hubby dua minggu selepas surat tawaran tu keluar. Aku pada awalnya memang tak la terus buat keputusan serta merta untuk terus pindah as korang boleh baca kisah lanjut dekat link ni macam mana aku cuba survived untuk tinggal berasingan dengan hubby
cabaran PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh)

Setelah kitaorang sepakat untuk aku ikut pindah ke Sarawak ni demi nak saling menjaga antara satu sama lain, so ni kisah berpindah yang paling mencabar sekali dalam hidup kitaorang sebab barang yang nak diangkut ni bukan senang boleh sumbat dalam satu trip perjalanan lori macam sebelum ni. Kena asingkan barang sama ada yang boleh bawa pindah, simpan di tempat lain atau buang terus. Hurm, bukan senang kisah pindah kali ni sebab melibatkan banyak keputusan yang nak buat dekat barang2 rumah kami yang dah ada setakat tu. Tapi mujur kewarasan aku selama menyewa, aku tahan diri dari membeli perkakas rumah yang fancy2 and pakai je la ala kadar sebab expected kalau pindah lagi lepas tu taklah leceh nak packing walaupun jiwa interior designer ni meronta2 la nak setup rumah lawa2. Idea & peruntukan ada tapi tak kena tempat pun baik jangan spend coz nanti membazir tak bertempat namanya kan..

Antara barang yang utama yang kitaorang bawak pindah ke sini ialah kereta yang kitaorang pakai sekarang ni. Dah merata kereta kami ni travel dari JB masa hubby ikut family aku datang konvo, then guna kereta yang sama la lepas kahwin berhoneymoon kat langkawi turun kat jeti kuala perlis masa tu and tiba-tiba our 1 and only car for both of us dah tiba kat bumi borneo ni n tempat paling jauh dia dah travel so far ialah tip of bornoe masa last year punya KONVOI MERDEKA 2015
Kos nak angkut kereta dengan kapal laut dari pelabuhan klang ke pelabuhan tanjung lipat, Kota Kinabalu tu kalau tak silap aku almost 2k jugak la but then tu option terbaik yang kitaorang ada untuk pindah. Lagipun masa angkut kereta tu boleh sumbat seberapa banyak barang muat penuh dalam kereta untuk bawak pindah sekali. Masa tu yang boleh masuk pun cuma barang2 kecik dan ringan sikit macam baju, cadar, langsir, dan toys budak ni je. So barang lain yang besar2 kitaorang pindahkan dengan lori dari rumah seremban ke kampung hubby kat Palong. Until now barang semua dah jadi wakaf kat kampung tu better than terbiar tunggu tuan dia balik kan..and satu lagi dulu hubby guna motor aku dan aku guna kereta dia untuk pergi kerja. Aku sayang jugak motor shocking pink tu sebab tu ayah aku yang belikan masa aku kat UTM guna sampai zaman aku kerja kat serdang and solaris dulu. Ingat nak bawak jugak datang sekali or simpan dulu kat kampung tapi kebetulan ada cikgu kat sini yang nak pindah ke sana ajak buat pertukaran motor suka sama suka, maka sukacita nya kitaorang pun guna la kemudahan yang ada tu untuk teruskan hidup. Just leave the sentimental value behind coz we need real life people!

Panjang lebar cerita aku kali ni, dah compile berapa tahun punya cerita ni aku sebarkan sekali gus kali ni coz tak pandai nak buat versi drama bersiri. Kang design ke mana, rumah ke mana sibuk nak mengarang je kerja. But then tu la kesimpulannya aku boleh cakap dari kisah pindah randah ni cabaran dia yang pertama adalah dari segi pengangkutan barang tu. Letih tak terhingga nak packing and unpack barang exspecially kalau tengah ada anak kecik lagi 'tolong' kemas sekali. Kalau kita yang jenis menyewa dan belum ada penempatan tetap tu cuba la kawal diri dari membeli terlalu banyak barang rumah yang kurang penting dan cari option yang sesuai supaya kita tak perlu keluar belanja tak berpatutan sementara nak dapat penempatan tetap. Contoh aku boleh bagi macam gerobok baju tu pakai je dulu yang jenis kanvas tu tak kira berapa banyak baju pun boleh muat kat dalam. Kat sini pun aku ada satu bilik khas untuk simpan baju and barang harian je dalam satu bilik and semua aku pakai rak DIY yang kalau pindah lagi lepas ni, aku boleh leraikan semua and campak kat tempah pembuangan sampah gitu.


Yang sedikit merunsingkan aku barang besar macam peti ais and mesin basuh, set meja makan dan katil ni la sayang jugak mungkin kena tinggal macam tu je kalau kena pindah. Nak preloved untung la kalau ada yang nak beli tapi orang nak beli tu bukan senang la pulak nak angkut nanti. We'll c how la nanti tapi satu perkara yang aku dah tak risau lepas ni bila hubby posting ke mana-mana pun aku boleh berkerjaya as long as tempat tu ada talian internet and tempat yang pekan kecik gini pun sekarang dah ada kemudahan internet so I guess anywhere to the next moving places ada la jugak internet kan..i hope so!

Sama ada hubby dapat pindah ke tak lepas ni boleh tunggu next entry sebab resultnya Inshaallah will revealed by Raya Haji gitu. So pada aku apa-apa keputusan yang bakal tiba, both also have a new challange for us to move on life.

Tapi ini kisah pindah bukan sebarang pindah, ini pindah merentas laut china selatan oo..






Tuesday 28 June 2016

WARNA! bukan sekadar merah, hijau, biru, kuning, hitam & putih

Assalamualaikum wbr semua. Hari nak cerita sikit je pasal WARNA. Mungkin sekali imbas jika korang nampak je gambar ni korang akan fikir,

"Buat apa nak menyusahkan diri belajar pasal banyak2 warna ni? Guna je la merah biru hijau kan senang."

Jawapan die senang je, aku bagi contoh kat pilihan warna ni. Biru dan hijau.






Cuba korang tengok la warna biru dengan hijau tu ada berapa banyak? Pasal warna ni aku rasa sesiapa yang minat fashion mungkin lebih familiar dengan kebanyakkan nama2 dia. Tapi back to basic untuk yang belum familiar lagi la, let say korang nak beli satu baju yang tergantung kat rak yang tinggi tu ada semua barisan warna hijau dan biru yang ada ni lepas tu takde la pulak tag kat baju tu untuk indicate warna dia yang korang boleh nampak, so korang nak mintak tolong boutique assistant amekkan nanti korang nak cakap macam mana? Ha..takkan nak cakap,

"Boleh tak tolong saya ambilkan baju yang warna biru gelap, tapi tak gelap sangat tak cair sangat, yang kehijau-hijauan tu."

Ha, tak ke juling bijik mata orang yang dengar arahan tu? Takpun nak guna cara orang educated sangat.

"Boleh tak tolong saya ambilkan baju yang pada ketinggian 2400mm dari paras lantai, koordinat (3, 5) menghadap pintu masuk baju yang ke 15 dari kiri menghadap matahari terbenam"
Pun boleh...memang la tak salah cara camtu tapi mungkin menyebabkan assistant boutique tu ambil masa setahun dua lagi kot nak mentelaah balik apa yang korang nyatakan tersebut. Actually nama untuk warna ni bukan sekadar guna untuk ke boutique je, banyak lagi kegunaan die yang korang akan discover once korang dah mula kenal warna-warna ni nanti. So tak rugi pun kalau korang ade pengetahuan lebih sikit dari basic ni. Biasa kita pun boleh guna istilah bahasa Melayu jugak untuk indicate sesuatu warna, tak ada masalah as long as masa korang nak berkomunikasi tu memudahkan kedua-dua pihak faham apa yang sedang dibincangkan.








Actually kalau korang search mana2 kat google pun bleh dapat benda ni, tapi yang ni aku bagi lebih mesra untuk masyarakat Malaysia sendiri la. Aku buat ni khas untuk bantu pelanggan2 nanti pilih warna untuk design yang aku buat. Tapi aku ringkaskan dah colour palette ni sebab yang lebih details lagi aku akan uruskan sendiri ikut kesesuian. Dah beli baju raya ke belum? Ace cerita warna ape kome beli?

Moga ilmu ni sedikit sebanyak bantu anda di masa2 akan datang, Wassalam..

Monday 13 June 2016

Masalah kulit sensitif

Assalamualaikum wbr..

Dah lebih seminggu kita berpuasa, baru hari ni aku ada kesempatan untuk kembali mencoret sedikit kisah. Kalau entry lepas aku ada bagitahu yang aku nak cerita sikit pasal sesuatu yang 'istimewa' tapi memandangkan tarikhnya dah pun lepas dan pada hari tersebut aku tersangat la busy di alam nyata, maka aku decide untuk tangguhkan la story tu. Lagipun ada yang lebih penting patut aku tulis hari ni yang mungkin membantu korang jika korang punyai masalah yang sama.

So, here we go! Sapa sini ada masalah kulit sensitif? Ada banyak jenis masalah kulit sensitif ni & terlebih dahulu aku sarankan korang refer dengan doktor pakar untuk ketahui lebih lanjut tentang masalah yang sebenar setelah korang baca sedikit pengalaman dari aku sendiri ye.. Macam bayi pun ada macam2 jenis masalah kulit sensitif, tapi ni orang dewasa punya version plak da

Aku start kesan aku ada masalah kulit sensitif ni sejak aku mengandungkan Zara, my 2nd child. Masa tu rasa gatal2 kat bahagian betis dan sikit pada bahagian lengan sampai aku asyik tergaru2 sampai terluka. Dah beberapa minggu aku rasa macam tu sampai tak boleh tidur malam, aku pun terus la pergi refer pada doktor sebab dah tak tahan sangat. Masa tu ada satu klinik doktor perempuan dekat je ngan office aku. Doktor am je, bukan pakar kulit pun tapi aku memang biasa consult ngan dia. So waktu lunch je aku terus singgah klinik tu and bagi doktor check. Mula2 aku ingatkan gatal2 ni disebabkan alahan pada seafood yang memang aku dah ada sejak resdung tu dari zaman remaja lagi. Cuma resdung ni aku rasa gatal2 mata, telinga dan hidung je yang paling ketara. Tapi ni bukan cerita alergik seafood, rupa2nya doktor kata aku ada masalah kulit yang sangat kering. Sebab tu pada waktu malam lepas seharian kulit aku dah sangat kering dari dalam menyebabkan aku rasa gatal pada permukaan kulit. Hairan jugak macam mana kulit aku boleh kering sebab aku ni memang jenis kuat minum air? Doktor kata mungkin perubahan hormon selepas aku melahirkan anak dan mengandung tu menyebabkan kulit aku jadi macam tu..

So cara penyelesaiannya doktor sarankan aku pakai product mandian bayi yang ada tulis HYPOALLERGENIC maksudnya bahan yang digunakan tu sesuai untuk kulit yang allergic la dan kalau mandian tak cukup membantu, kena pakai losyen je sentiasa..Adoi, aku ni kalau nak ikutkan tak kisah pun nak mandi pakai sabun ape, asal ada bau & buih sikit dah la. Losyen lagi la tak berapa nak rajin pakai pun. Tak cukup masa weih, banyak lagi benda nak dibuat dari menyental losyen je keghoje. Lagi murah, lagi cepat, lagi jimat, lagi bagus. Tapi apa nak buat, kena la usaha bila masalah dah timbul. Nak taknak terpaksa la aku pakai jugak sabun mandian bayi. Ziqri pun masa tu kat rumah dah pakai sabun seketul biasa tu dah kalau tak silap aku, tu yang aku kena pulak beli lagi sebotol yang besar untuk try. Tapi takpe la lama-kelamaan aku memang share je sabun mandi ngan anak2. Jenama yang kitaorang paling suka pakai yang paling typical la, Johnson Baby. Alhamdulillah saranan doktor tu mendatangkan kesan positif pada kulit aku. Masalah gatal2 dah hilang selagi aku guna mandian Johnson Baby ni. Kalau travel tertinggal je Johnson Baby, abis la gatal balik kulit aku sepanjang travel : (


zara ngan set kongsi kitaorang dari dia baby

Tapi kebelakangan aku dah start jemu dengan Johnson Baby tu sebab bau dia bau baby. Aku teringin la jugak nak pakai yang bau2 matang sikit kan..hehe..So aku pun memberanikan diri bershopping di Watsons (je) and cari option yang sesuai untuk replace. Aku terjumpa la rangkaian product Watsons sendiri yang 1st aku sangat tertarik dengan packaging design dia. Pun boleh..Then aku baca setiap satu apa kegunaan dia dan ingredients dia untuk pastikan aku beli produk yang sesuai. Pastu aku tertarik dengan features yang di highlight kan ni..



dan Alhamdulillah jugak yang ni serasi dengan kulit aku. Dalam series Naturals by Watsons tu aku pilih Argan Oil yang warna dark chocolate untuk Shower Gel dengan Body Scrub memang best la bau dia seperti yang aku bayangkan. Tapi lepas dah habis satu set tu, aku mengada-ngada la pulak nak cuba yang lain konon nak try and error la..Cuba pulak Marula Oil yang warna cream tu ternyata memang tak berapa sesuai ngan kulit kering aku ni. Nampak gayanya lepas ni guna je la Argan Oil sampai ke sudah. Kalau korang nak lebih faham lagi boleh la refer pic yang kat bawah ni apa produk yang aku mentioned tadi. Yang shampoo tu boleh abaikan dulu sebab aku belum dapat solution yang sesuai dengan masalah rambut gugur. Lain kali aku cerita pulak kalau dah berjaya ye..Inshaallah..


last month + this month

Sekali lagi aku nak ingatkan, korang mungkin kena refer dengan doktor atau pakar untuk ketahui lebih lanjut tentang masalah yang sebenar setelah korang baca sedikit pengalaman dari aku sendiri ye. Sebab lambakan produk di pasaran tu Inshaallah ada yang sesuai dan dapat menyelesaikan masalah kita dengan izin-Nya..Amin..Yang penting usaha, doa dan tawakkal..k, bye!

Monday 23 May 2016

It's almost MID YEAR!

Assalamualaikum dear readers!

How do you feel about how times flies on ur day, weeks, month or years? For me it's kinda fast at certain point. Sekarang ni dah masuk bulan 5 dan aku paling excited pasal bulan MEI ni sebab banyak perkara berlaku sepanjang MEI hingga JUNE setiap tahun. Disebabkan hubby ialah guru sekolah, so of course la we were looking forward for midterm break, school holiday! Yeay! dan aku pulak Working At Home Mom (WAHM) dah tentu la tak payah nak apply cuti dengan sesiapa ye tak..

Ai..banyak sangat nak share ni. Start from apa yang dah lepas such as teachers day, lepas tu ada jugak mothers day memang buat kehidupan seharian lebih meriah kebelakangan ni dengan perkara yang lain dari kebiasaan. Selalunya aku akan sediakan poster to wish others untuk ig & fb post business aku tu tapi entah kenapa tahun ni aku tak teringat pulak nak buat coz sibuk dengan aktiviti luar talian. Just a simple wish to my mum and don't really celebrate myself as a mum coz everyday pun I think I've celebrate too many things and I should feel blessed on whatever I have. Me, my mum n my sis always keep in touch via whatsApp walaupun masing2 berjauhan dan ada kala serba kekurangan, tapi kita memang sentiasa cuba berikan yang terbaik untuk keluarga .. dan .. semakin aku meningkat usia, semakin aku sedar yang keluarga kita takkan pernah menyisihkan kita tak kira betapa susahnya keaadaan kita pada ketika itu. Yang ni our last photo we've took together on my last school break at new ikea cheras.



Move to next things which will happen around the corner. So this week we are counting days to this coming school holiday. Kalau tahun lepas aku pun tak berapa ingat apa yang berlaku maybe sebab kitaorang tak ke mana-mana tapi tahun ni agak special sikit memandangkan cuti sekolah ni hampir kepada ketibaan bulan penuh barakah kita sebagai umat islam iaitu Ramadan Al-Mubarak. Last year on my blog post, aku dah mula buat persiapan untuk hari raya seawal sebulan sebelum tiba bulan puasa sebab taknak penuhkan kepala lagi with all that crazy shopping stuff within bulan puasa so that we can keep focusing on our ibadah as we supposed to. So sekarang ni pun aku tengah dalam progres mengumpul item untuk persediaan hari raya and hopefully this coming holiday short trip aku dapat penuhkan misi mencari kelengkapan hari raya untuk anak-anak dan hubby coz I guess my stuffs already complete.

When talk about on9 shopping like what I did last year, yup that's gonna be my plan B if I couldn't get anything I like soon but then I just hope it's not ganna happen coz some online shopping will take more cost due to shipping fee. Imagine if you buy like 5 items from 5 different on9 shop and take note I'm living in sarawak now. Bazir jugak shipping fee kat situ kan? And for me, I don't really need head-to-toe new stuff anyway coz I'm not a super famous celebrity who when you wear a pair of new good looking heels on the 2nd or several times and people will get noticed and said, "Hey, isn't that the heels that she's been wearing on the last month? Uww, she might get less job recently.." HAHA, just kidding!


And the last things ni aku bagi teaser je dulu sebab kalau ikutkan hati memang sekarang jugak nak cerita pasal event ni. This one will be on June and all I ever hope is that things will ran out smooth as I planned. Oh ye sebelum terlupa, aku pun tengah dalam keadaan nervous menunggu keputusan permohonan hubby untuk bertukar balik ke Semenanjung within this school holiday too coz it's gonna change our life 360 degree it we happened to move out before bulan puasa. Even though I don't really put my 100% hope on moving out even that's been our biggest dream ever coz this might not a suitable time to move out too if you could imagine or totally understood how moving out house really mean. + we have to ship out our cars, motorcycle and everythings. Not just a road-road tranportation only, pheuw! Apa2 keputusan aku serah pada ketentuan Allah SWT kerana aku percaya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambanya.

So stay tuned for the update on THAT DAY soon or the moving out story in case the story gonna exist in reality .. Thanks for reading and Jazakallahu khairan Kathira ..




Thursday 12 May 2016

BERSALAH? balasan?

Setuju atau pun tidak, setiap apa yg kita buat sama ada baik atau pun jahat pasti akan diberikan balasan.

Situasi 1:

Seorang customers datang kepada akak pada mulanya nak buat tempahan. Dalam masa yang sama ada minta pertolongan akak untuk sesuatu yang di luar dari bidang perniagaan yang akak jalankan melibatkan pihak ketiga. Pada mulanya akak cuba untuk bantu tapi dalam masa yg sama akak juga perlu jaga privacy pihak ketiga. Maka untuk mengelakkan sebarang masalah timbul, akak cuba untuk mengundur diri setelah pertolongan akak tak dapat diteruskan dek kerana pihak ketiga enggan bekerjasama. Tapi customers ni masih hubungi akak untuk tujuan yang sama walaupun akak dah nyatakan pertolongan akak sekadar yg termampu. Akak jadi bingung, rasa agak terancam lalu akak putuskan segala talian agar dapat mengelakkan masalah mendatang. Adakah perbuatan ini jahat? Pada akak jika akak teruskan pertolongan yg akak tak mampu, itu jauh lebih memburukkan keadaan bukan? Jadi kata-kata terakhir sebelum menamatkan talian adalah tanda meminta maaf atas ketidakmampuan. Tidak sedikit pun ada rasa ingin berbuat perkara jahat kepada sesiapa yg terlibat dlm situasi ini. Tidak sedikit pun. Namun akak masih rasa BERSALAH kerana telah menghampakan seseorang.

Situasi 2:

Akak pula yg jadi customers. Kali ni nak order barang yg statusnya juga kurang pasti samaada ianya pasti ADA atau TIADA. Keliru kan? Tapi setelah bertanya panjang lebar maka akak difahamkan oleh penjual, maka akak pun bersetuju untuk meneruskan order dan berserah sama ada akak akan dapat item tersebut setelah akak keluarkan bayaran kepada pihak beliau nanti. Namun penjual tersebut tidak mahu menerima order akak dek kerana sikap akak yg seolah-olah menunjukkan ketidakpastian atau kurang memberi kepercayaan kepada servis beliau pada mulanya. Hakikat sebenar setelah berunding maka akak memang dah boleh terima penjelasan beliau dan memutuskan untuk teruskan order sebab akak memang nak sangat mendapatkan item tersebut. Beliau juga memutuskan talian dengan perkataan maaf dan akak juga meminta maaf dek mungkin telah membuang masanya sehingga dia begitu tidak mahu terus berurusan lagi. Tidak sedikit pun akak marah pada peniaga tersebut kerana tiada apa yg jahat diperlakukan pada akak. Tidak sedikit pun. Cuma SEDIH. Sedih yg teramat sangat kerana ditolak dan rasa BERSALAH kerana mungkin telah mendatangkan perasaan kurang senang kepada beliau walaupun setelah meminta maaf. Masihkah BERSALAH?

Perbuatan yg sama akak pernah lakukan dalam keadaan tidak berniat jahat seolah terbalas dengan cara yang sama. Setuju? Bukankah akak sepatutnya lebih mudah menerima situasi ini kerana akak pernah berada dalam situasi yang sama dengan peniaga tersebut? Ye betul akak tidak akan ingin menyalahkan mana-mana pihak. Cuma persaan BERSALAH teramat sangat ini sering hadir dalam diri akak.

Bukan senang nak hadapi pelbagai situasi pelanggan. Buat kita muhasabah diri kita, kita juga akan jadi pelanggan kepada orang lain, maka nak kena tanamkan rasa sabar yang teramat sangat sama ada nak menjual atau membeli. Pengajaran paling besar akak pelajari hari ini sebagai pelanggan pula adalah jangan membeli sesuatu dalam keadaan yang terburu-buru kerana kita mungkin akan menyebabkan penjual kurang senang dengan kita seterusnya tidak mahu melayan kita. Sebagai peniaga pula memang kena bersedia dengan kedatangan pelanggan dalam pelbagai keadaan dan cuba sedaya upaya untuk bantu mereka sekadar yang termampu. Kerana rezeki itu bukan terletak pada kita manusia, rezeki itu datang dari Allah SWT. Terkadang kita memang suka cakap sesama sendiri bab rezeki tapi ada masa kita sendiri pun tak boleh nak hadam benda ni, [PENIAGA >< PENJUAL]

Terima kasih kalian kerana semua yg terlibat dalam hidup aku ini hadir walaupun dalam keadaan yg aku perlu harungi dengan banyak perasaan BERSALAH, GUSAR, KELIRU, SEDIH dan KECEWA banyak mengajarku erti kehidupan. Moga segala kemaafan membantu kita meneruskan segala urusan dgn lebih baik. Inshaallah..

MAAF! ITU SAJA YANG KU MAHU..

Thursday 28 April 2016

DESIGN RELATED INDUSTRIES AND JOBS OPPORTUNITY IN MALAYSIA

DESIGN JOB OFFERED BY OUR LOCAL (MALAYSIA) INDUSTRIES:

BUILDING & CONSTRUCTION
- ARCHITECT
- LANDSCAPE DESIGNER
- INTERIOR DESIGNER

MANUFACTURING
- AUTOMOTIVE DESIGNER
- FURNITURE DESIGNER
- PRODUCT DESIGNER

MARKETING & ADVERTISING, FILM & MEDIA
- GRAPHICS DESIGNER
- ANIMATION DESIGNER/ ANIMATOR
- 3D DESIGNER (VISUALIZER)
- WEB DESIGNER
- SET DESIGNER
- ART DIRECTOR

FASHION & LIFESTYLE
- FASHION DESIGNER
- ACCESSORIES DESIGNER
- WEDDING & EVENT DESIGNER

EDUCATION
- TEACHERS/TUTORS IN ANY DESIGN RELATED FIELD
- LECTURERS IN ANY DESIGN RELATED FIELD


So these are just the basic information about all of the design industries that we have in Malaysia that may required more educated and experienced human resource to improve and develop our future. Weather we realized it or not, all of these creative people are very important in each and every industries to complete the whole process. That's why since I've quit my fulll time career, I still can survive in 1 or more industries stated above by just working online. Alhamdulillah.. and I would like to encourage our society to see that there's a huge opportunity on our creative generations and always encourage them to involve in these career because if they are doing it right, you don't need to worry about how much they'll earn, trust us parents! Please let me know if you need more information or you may just type any related positions and industries that you wanna know on the internet and u'll have your answer. Till we meet again!

Monday 25 April 2016

CITA-CITA SAYA

Mum & kids conversation

Ziqri: bila abang besar nanti, abang nak jadi polis.
Mama: kalau macam tu kena rajin pergi sekolah, belajar rajin2 baru boleh jadi polis.
Ziqri: bila mama besar mama nak jadi apa?
Mama : mama nak jadi boss.
Ziqri: oo..
.
Lepas tu ziqri tanya adik & adik tak dapat la nak jawab sebab belum sampai dalam tahap pemikiran adik lagi bab 'bila besar' ni. Mama pelik kenapa ayah tak pulak ditanya.


Mama: Kenapa abang tak tanya ayah nak jadi apa?
Ziqri: Eh..ayah kan dah besar.. Kan ayah dah jadi apa2.

Moral of d story?

***
Yang tertaip di atas adalah merupakan status terbaru Kak Midz di mukabuku dan post terbaru di IG berdasarkan realiti kehidupan seorang emak beranak dua. Hari ni akak nak buat cerpen budak sekolah rendah yang bertajuk 'Cita-cita Saya'.

CITA-CITA SAYA

CITA-CITA 1:

Hurm..actually tak pandai nak tulis formal sangat, so kita santai2 je la ye adik2. Mungkin ada di kalangan korang yang dah pun tercapai cita-citanya tu, alhamdulillah..Tapi bagi akak sendiri, kalau nak diikutkan dari kecil lagi cita-cita tu sentiasa la berubah ikut keadaan semasa even sampai sekarang ni pun cita-cita tu masih lagi ada selagi ianya belum tercapai. Bukan sebab akak sengaja taknak capai, tapi sebab akak ada lebih dari satu cita2 sebenarnya tanpa disedari, mungkin sebab tu la ada cita-cita yg terpaksa ditangguhkan demi yang lain. Buat korang yang ada follow akak dari awal tu mesti dah sedia maklum yang akak sekarang ni buat small tiny little graphics works from home je. So in status WAHM or Working At Home Mum. Nak faham lebih jelas korang klik sini Working At Home Mum definition.

Berbalik pada topik tadi, cita-cita saya. So cita2 akak yang paling jelas sejak akak sekolah menengah lagi ialah nak jadi Arkitek. Mungkin budak2 yang dari dunia design takkan rasa perkara ni satu perkara yang mustahil sebab sekarang pun akak masih lagi berada dalam dunia design which is graphics design. Mula tercetusnya minat akak masa tu zaman sekolah menengah akak nampak rancangan dokumentari pasal architecture dan akak nampak benda yang paling menarik minat akak ialah drawing dia. Sebab akak dari kecik memang sangat minat melukis and everything towards art. Masa SPM akak aliran sains tulen (Fizik, Kimia, Bio and so on) tapi akak ambil subjek Pendidikan Seni sebagai tambahan & alhamdulillah dpt A2 walaupun tak pernah masuk kelas seni sepanjang form 4 dan form 5. Cuma beli buku, study teori dan jumpa guru pendidikan seni seminggu sekali untuk follow up artwork je. Tapi sayangnya takde orang yang guide akak sejak dari awal. Sepatutnya kalau kita nak jadi arkitek, kita lebih elok masuk aliran teknikal masa form 4 dan ambil subjek lukisan kejuruteraan dan rekabentuk. Dt's d right basic d right way of doing it! No one told me & I don't know what to do on dt time..

Akak dah dapat pun offer untuk lanjutkan pelajaran diploma in architecture di UiTM lepas SPM tu tapi guess what, masa tu yang akak tau if result kita OK, then kita sambung ke matrikulasi setahun je dah habis compared to 3-4 years for diploma, so dt matriculation lebih cpt bleh ambik degree and kerja. Padahal if akak masuk je dulu diploma tu mungkin permulaan yang cukup bagus buat akak untuk terus capai cita-cita akak. Tapi tu la..naif sangat masa tu. Everybody else is like, "I want degree, I want to work as soon as possible with a higher pay coz i have DEGREE!" Then I was like.."Let's follow other people's suggestion too, let's enter matriculation together and then continue to degree level."

Hurm..then I don't know what I've studied in matrics, all the subjects is very toughs like nothing to do with architecture and whatsoever, pastu result kua pun like so-so only lo.. Actually not the matriculation yang susah la..It's just not the right things for me to do. Orang lain amek OK je la like u olls doktors, enggineers and more. Even my some other friends and my sister were doing right from study until dh kerja skg ni Cuma untuk benda teknikal macam yang akak minat ni probably not really the right way of doing it. I know la d basics in physics, chemical & advanced maths tu semua ada apply dalam architecture jugak. But just the basic je la, no need to study like a nerds and end of the day after we came out from college or uni, our boss or project manager will scold us at a first place and say, "Throw away ur certs la!" coz it's not just about the certifications, diploma, degree, master, phd or even more. It's about whether we can do it right in our carrier or not.

Masa nak isi borang UPU after matrik tu akak pun tengok balik dari 8 pilihan yang akak pernah isi tu semuanya yang asalnya course architecture & landscape pun ada dari universiti yang berbeza & dah la pilihan susunan ikut keutamaan tu akak letak yang awal U yang paling dekat dengan rumah, bukan akak tengok U yang mana lebih bagus dari segi prestasi ke..punya la akak ni takut sangat nak berjauhan dengan mak ayah. Matrik pun dekat je, setiap minggu balik rumah. Then akak sedar la result akak masa tu tak melayakkan akak masuk course architecture sebab result nyawa-nyawa ikan jugak untuk sambung degree  so akak betulkan balik pilihan yang ke lapan which is last sekali course yang akak tak pernah dengar pun seumur hidup akak sebelum ni, INDUSTRIAL DESIGN atau REKABENTUK INDUSTRI sebab course ni je syarat kelayakkan dia agak rendah dan kemungkinan dapat la jugak amek degree. Masa tu akak tengok2 la jugak apa subjek yang dia tawarkan so akak nampak ada drawing, rekabentuk and something to do with designs. So akak pun, "hentam sajalah!" Mana tau pilihan terakhir yang diubah tu la destinasi akak yang manjadikan akak seorang graduan sekarang, alhamdulillah..Tapi kita ni kadang diuji dengan benda yang paling kita taknak, contoh macam akak dihantar ke UTM, Skudai tu ya Allah jauhnye dihujung dunia akak rasa. Perak-JB 8 hours traveling with buses or cars. Pheuww!

Basically kursus industrial design ni dia agak general, di mana graduan dia boleh pilih sama ada nak masuk bidang2 rekabentuk berkaitan automotif (proton, perodua, etc), or products (panasonic, brother, canon), furniture (not really sure local furniture manufacture) dan banyak lagi la yang berkaitan dengan industri. Kalau universiti awam zaman tu course ni kurang popular, tapi kalau private college mcm Limkokwing or Tailors tu mmg dh lama ada. Cuma kebelakangan ni aku dengar banyak U awam pun dah mula tawarkan course ni mungkin sebab diaorang baru nampak kepentingan jurusan ni dalam industri tempatan. Semua orang tertarik dengan benda/produk yang cantik, tapi tahukah anda yang mencantikkan produk tu ialah namanya 'DESIGNER' dan nak hasilkan benda cantik ni bukan senang sebab kena ada banyak knowledge berkaitan supaya produk yang dihasilkan tu bukan sekadar cantik, malah cantik dan berfungsi dengan baik.

Ada jugak graduan kitaorang yang terjun ke bidang engineering dari bawah sebab kat UTM dulu kitorang bernaung bawah Fakulti Kejuruteraan Mekaninal memandangkan sijil kitaorang ada Bachelors in (Science) in Industrial Design. So their title is Design Engineer. Marah oo membe tak sebut perkataan Enggineer kat tilte dia, haha! Cuma akak je la kurang berminat nak masuk sektor industri tu walaupun gaji yang ditawarkan for sure la like..bling! bling! Akak ni mungkin kira kategori anak seni kepala batu sikit, cannot go la benda yang tak minat hanya sebab high paid. (Padahal dulu akak cakap nak cepat ada degree sebab nak high paid, apakah?) Sebab tu akak buat sekarang dapat ala kadar pun yang penting akak rasa kepuasan berkarya tu. Chewwah! Loya tak tekak korang? Eh nak jugak la lama-kelamaan increase the profit, sapa la kata benda tu tak penting langsung kan..we'll c..

Masa LI (latihan industri/latihan praktikal) lagi akak dah pilih company buat furniture untuk cuba-cuba menyelit dalam industri furniture la konon masa tu. Tapi akak tengok diaorang ni actually kebanyakkan bukan la 100% original design sendiri, kebanyakkannya hanya import dari luar negara and pasang2 je kat factory. Lepas tu akak rasa macam, where can I show my design skills? Kalau asyik buat drawing autoCAD benda dah ada, tu macam draftman je. Kerja memang la senang tapi akak tak rase 'FEEL' tu. Lepas dah dapat serba sedikit asas masa buat basic furniture layout yang masa tu memang fokus kat office furniture and workstation je, akak pun memberanikan diri lepas grad je terus apply kerja dalam bidang Interior Design dan cubaan berjaya. Alhamdulillah jugak dari lepas tamat study je akak tak pernah menganggur dan terus masuk kerja dalam bidang yang sangat 'kena' dengan jiwa akak. So lebih kurang macam sama jugak jenis pekerjaan Interior Design ni dengan Architect. Architect sume jangan marah ye sebab akak tak kata benda ni sama 100%, yang sama tu dari segi design work which is architect will design the exterior and construction design of the whole building while Interior Design will handle the internal part, how to enhance the interior so that it will looks good and functioning as well too. For sure la architect punya skop macam lagi berat berbabanding interior but both actually sangat penting untuk sesebuah projects dalam part rekabentuk la. Ada lagi team lain yang terlibat tapi kalau akak nak listkan semua memang dah keluar topik pulak nanti dik.

So Interior Design ialah kerjaya terakhir akak sebelum akak capai cita-cita kedua akak pulak. 5 tahun tau akak berada dalam industri, bukan senang nak lupa macam tu je..sob3! Cuba teka apa cita-cita kedua akak yang cetusan ideanya masa zaman sekolah menengah jugak? Inshallah nanti akak sambung lagi cerita pasal cita-cita 2 yang datang setelah cita-cita 1 berada di zaman kegemilangan ni kalau akak rasa perlu sebab ada banyak lagi cita-cita sebenar dalam realiti kehidupan yang kita capai atau pun tidak dan ada sebab dan hikmah disebalik apa yang telah tertulis dalam hidup kita ni. Kita sekadar merancang dan berusaha sekuat yang boleh, atau kadang kala kita mungkin tak cukup berusaha dan di setiap jalan yang ditunjukkan pada kita tu adalah sebaik-baik petunjuk dari Allah SWT, teruskanlah tanpa berhenti berdoa dan bertawakkal. Ada kala kita perlu lihat sedikit kebelakang untuk menyambung langkah yang lebih baik kehadapan.

Bleh klik link ni untuk tengok artwork interior design akak yang tinggal kenang kenangan tu ye adik-adik http://mvirtualdesign.blogspot.my/

CITA-CITA 2: 

Akan bersambung..








Tuesday 19 April 2016

tips ASAS penjagaan kecantikan mampu milik

Assalamualaikum..
 
Hari ni akak nak share la sikit pasal penjagaan kecantikan yang SANGAT ASAS. Actually kalau nak berhias ni ala kadar tu memang tak salah. Dah jadi lumrah kan kita ni kaum hawa memang suka mencantikkan diri. Untuk keterangan bab hukum tu korang boleh rujuk link ni, Nota Ringkas Tentang Dandanan (Tabarruj) oleh Ustazah Fatimah Syarha

Akak sendiri pun secara keseluruhan amat menitik beratkan soal penjagaan kecantikan ni walaupun dalam keadaan di mana akak ni bukan perlu berbelanja terlalu besar semata-mata untuk kecantikan. Akak percaya korang semua pun kadang-kadang ada yang bukan sengaja tak nak spend duit kat barang kecantikan, tapi korang pun ada banyak lagi perkara penting lain yang nak kena diutamakan. Akak faham..akak pun macam tu jugak, bukan semua hasil pendapatan tu kita nak spend kat makeup and dresses je betul tak?

So kali ni akak nak share tips yang mungkin membantu korang yang baru2 lagi nak kumpul barang kecantikan. Yang dah expert tu gi main jauh2, haha..Yg ni BASIC je hokey!


Macam yang korang nampak dalam gambar tu CONTOH yang sesuai la dengan kulit akak. Bukan akak nak promote sebarang brand untuk suh korang beli, tapi sekadar nak tunjuk contoh apa jenis produk yang akak guna. So yang paling kebanyakkan orang guna ialah pencuci muka atau facial wash and akak rasa tak perlu terangkan apa2 la kot sebab semua orang pun kebanyakkan dah familiar dgn dia. Yang jarang sikit orang nak pakai ialah facial scrub. Yang ni sangat penting untuk buang sel2 kulit mati yang kebiasaannya lebih banyak effect dia pada wanita2 dah mula mengalami perubahan kulit akibat usia semakin meningkat macam akak ni la. Lepas beranak anak sulung (umur 24) kulit muka maintain lagi, tapi masuk anak no 2, tanda2 penuaan tu dah lebih ketara. So akak pilih gel penggelupasan Safi Balqis yang biru putih tu yang sgt sesuai dgn kulit mixed (cpt berminyak + cpt kering) macam akak ni. Pakai seminggu sekali pun dah cukup, bukan tiap2 hari so that maknanya: kita pakai dalam tempoh masa berjarak + tak perlu beli selalu = JIMAT.

Yang untuk mata panda tu pun masalah start timbul lepas akak lahirkan anak, so yang eye contour gel safi rania gold ni pun effective jugak kalau guna secara konsisten. Yang ni memang kena rajin kalau boleh2 tiap2 hari kena pakai. Then akak memang pengguna setia night cream Natasya ( yg oren tu) tu since zaman uni lagi sebab yang tu pun senang, masa b4 tidur, apply nipis je, bangun esok pagi terus muka jadi fresh. Untuk kulit muka akak kesan dia seawal 3 hari then lepas tu boleh selang 2-3 hari sekali baru pakai or seminggu sekali. Korang nampak bekas dia kecik, tapi dia pekat dan untuk akak guna 3-4 bulan baru habis, seriously .Tapi yang ni akak warning siap2 bukan semua kulit muka boleh pakai tau! So korang bebas untuk pilih night cream yang sesuai dgn jenis kulit masing. Sekali lagi diulang, ikut jenis kulit muka masing2!



Ok, yang Mary Kay products dua ketul tu akak baru cuba dalam seminggu dua..Yg Putih tu satin lip mask, fungsi die masa macam scrub untuk buang sel kulit mati, tapi dia untuk buang sel kulit mati khas untuk bibir. So nanti bila bibir dah fresh, kebanyakkan masa tak perlu lagi nak tonyoh gincu tebal2 nak cover bibir hitam or pucat tu betul tak? Akak memang elergic jugak dengan kebanyakkan lipstic dalam market, akak cuma boleh pakai yang jenis ada lipbalm je baru bibir tak kering menggelupas. So that kalau boleh dalam keadaan tak ber'makeup' pun nak jugak la bibir tu sentiasa nampak fresh. Yang hitam tu pun sama very basic makeup yang akak baru try which is CC cream.

Ni semua gara-gara join Mary Kay basic beauty & makeup class tu la. Tak pasal2 akak dah jumpa produk yang sangat sesuai dan bagus untuk kegunaan akak. Haish..Before ni memang susah la sangat akak nak jumpa CC cream, BB cream or face powder yang sangat blend dengan kulit muka akak ni. Almaklumlah kulit sawo matang (gelap i know..). Taknak la tepek bedak yang meyebabkan situasi, "Eiy, muka je putih! Tangan hitam!". Tapi nak tunggu tangan tu putih jugak memang takde la dalam impian hidup akak. Haha..love my skin tone just d way they r. Cuma nak atasi balik masalah kulit kusam, pucat, warna kulit tak sekata and usahakan untuk dapat balik kulit muka yang easy maintanance macam zaman before kawin dulu tu.



Barang kecantikan ni bukan kita beli terus semua dalam satu masa. Contoh macam hujung bulan ni ko gaji, dengan confident nye ko cucuk duit terus ko shopping semua barang yang akak kata asas ni dik kerana akak kata barang2 ni semua mampu milik pastu ko kata akak tipu, total cost die dah separuh duit gaji ko termasuk shif hujung minggu. Bukan gitu ye adik2! Yang ni ko beli skit-sikit, sebulan satu barang sebab semua ni bukan ko akan habiskan dalam masa sebulan. Ni total penjagaan kecantikan yang bertahan 3-6 bulan secara keseruhan. So memang kos dia mampu milik untuk yang tau cara bijak nak manage. Tapi untuk yang dah high profession & berpendapatan besar tu borong lebih dari ni pun terpulang la pada korang. Sekali lagi diulang, ni untuk BEGINNER LEVEL je..

So last sekali yang ni penjagaan dari dalam. Sangat penting untuk ambil apa2 beauty supplement memandangkan kita ni malas la pulak nak makan ulam bagai, nak makan sayur banyak-banyak or makan buah yang dari negara empat musim tu kan..So ni short cut la untuk nak maintain keremajaan kulit, tapi takde la sampai lepas 24 jam consumed dah nampak kesan. Ni usaha kita la masing-masing apa yang kita nak achieved. After all dia bergantung la pada pendapat, pendapatan dan kesesuian invidu. Yang akak share sekadar dari pengalaman akak sendiri je. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Dah macam tulis essay nak jawab SPM pulak akak rasa. Da!!!

Wassalam..

Note: Cuba teka berapa umur akak kalau korang sempat jenguk gambar IG akak

Tuesday 12 April 2016

resepi sambal ikan bilis hitam PALING CEPAT DAN MUDAH

Assalamualaikum wbr..

Konsep aku kalau resipi ni memang nak yang ringkas dan mudah je. Tapi kesedapan tu la keutamaannya. Macam aku sendiri tekak memang kurang berminat dengan kuah-kuah gulai, aku lebih suka yang kering-kering garing tapi kuat rasa dia macam sambal hitam ni. So kali ni aku nak share SAMBAL IKAN BILIS HITAM RESEPI MAK.

Kali pertama aku makan masa balik kampung cuti sekolah bulan 12 aritu. Kisahnya masa mak aku masak tu memang aku tak sempat nak menuntut ilmu la resepi baru dia ni. So masa aku nak buat kat sini senyap-senyap konon taknak la tanya kat mak, try la google cari resepi. Umangaih resepi masing-masing sampai 3 jam beb! Dengan peralatan nak masak tu ada pulak yang lain macam skit aku tengok, memang tak la kalau si 'rajin' masak macam aku ni nak cuba..So aku pun angkat handphone call je mak and terus dapat resepi ni dari mak. Tak kisah la resepi ni asal dari mana sekalipun, yang penting dia SEDAP & RINGKAS hokey! Jom cuba..moga bermanfaat buat kalian


BAHAN-BAHAN (SAMA SEPERTI GAMBAR DI ATAS)

belimbing buluh
ikan bilis
bawang merah
cili merah/ cili api (ikut selera kepedasan masing-masing)
kicap
gula
garam

CARA-CARA MEMASAK

1. potong belimbing buluh memanjang, asingkan bahagian tengah (pulur & biji) . Ambil bahagian isi sahaja dan masakkan di dalam kuali tidak melekat sehingga warna keperang-perangan dan belimbing menjadi lembut dan boleh dipenyek-penyekkan. Asingkan..

2. potong bawang merah nipis-nipis dan tumis seperti menyediakan bawang goreng untuk penambah rasa masakan dan asingkan. Kalau nak senang boleh beli bawang goreng ready made juga

3. goreng separuh ikan bilis hingga garing dan asingkan.

4. separuh ikan bilis lagi ditumbuk mentah bersama cili dan terus ditumis dalam minyak baru. Setelah ikan bilis dan cili garing, masukkan pula ikan bilis yang telah digoreng tadi. Kalau nak mudah boleh abaikan proses ikan bilis goreng separuh, terus tumbuk semua ikan bilis bersama cili separuh hancur dan terus ditumis. Bergantung pada selera masing-masing. Gunakan api perlahan dan kemudian tambahkan kicap, gula dan garam secukup rasa.

5. akhir sekali satukan kesemua bahan tadi, belimbing dan bawang goreng dalam kuali dan kacau rata kemudian tutup api setelah semua sebati.

So cara dia ni ringkas, tapi ada la beberapa peringkat nak siapkan. Yang penting tak ada la sampai 3 jam nak duduk kat dapur tu ye u olls! Bila tiap kali aku ngadu ngan mak aku teringin nak makan itu ini, mesti mak tanya aku, "ubat makan ada missed tak?" Ubat orang pompuan..huhu..

Wednesday 30 March 2016

business tips : TUTUP ATAU TERUSKAN ?

Perniagaan online, ramai yang dah cuba atau ingin mencuba. Tips ini khas buat anda yang baru lagi memulakan perniagaan dalam tempoh setahun percubaan. Panduan yang bakal saya berikan ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar jatuh bangun saya dalam memulakan beberapa jenis perniagaan secara kecil-kecilan. We are talking about the SMALL business here people! Keep that in mind OK..

Ramai dikalangan kita yang sudah pun memulakan perniagaan online dan sudah cuba pelbagai cara dalam 'tips asas memulakan perniagaan' yang anda boleh dapati di mana-mana sahaja jika anda membuat carian internet. Jika anda mencuba satu-persatu dari kaedah yang diberikan atau mendengar nasihat dan panduan dari pakar perniagaan, anda sepatutnya dapat melihat peningkatan perniagaan anda dari masa ke semasa.

Namun setelah tempoh setahun mencuba atau lebih, anda dapati perniagaan anda tidak mendapat hasil yang diinginkan sebaliknya ada yang hanya balik modal atau lebih teruk lagi sentiasa menanggung kerugian. Bagaimana kita ingin buat keputusan sama ada perniagaan kita ini harus diteruskan atau sebaliknya.



Berikut merupakan beberapa perkara yang anda perlu ambil tahu sekiranya ingin membuat keputusan untuk meneruskan perniagaan yang sama atau mencuba perniagaan dalam bidang atau produk yang lain.

PRODUK/PERKHIDMATAN YANG BERKEMBANG:

Adakah produk atau servis yang anda tawarkan menunjukkan peningkatan?

Sebagai contoh paling mudah, ramai wanita gemar menjalankan perniagaan berasaskan fesyen. Perhatikan sama ada anda mengikuti trend semasa dan menghasilkan atau menjual produk yang paling unik di pasaran yang mendahului industri (trend setter). Jika anda gagal maka anda perlu terlebih dahulu mendapatkan kemahiran dalam bidang yang anda usahakan seperti fesyen, anda perlu cari seberapa banyak ilmu yang perlu dalam bidang tersebut agar anda dapat menjadi pendahulu dalam industri atau setidak tidaknya mengikut aliran fesyen semasa. Dalam kes ini, sementara anda ingin mendalami ilmu tersebut, maka perniagaan anda terpaksa ditangguhkan untuk mengelakkan lebih banyak kerugian sekiranya anda meneruskan perniagaan tanpa persediaan pengetahuan yang sewajarnya. Ingat tempoh yang saya cadangkan tadi, SATU KE DUA TAHUN PERCUBAAN.

Jika anda telah pun mencuba pelbagai cara berkenaan produk dan servis anda, maka anda perlu pertimbangkan faktor seterusnya di bawah.

KAEDAH PEMASARAN:

Adakah kaedah pemasaran anda mudah dan berkesan?

Untuk tempoh percubaan setahun dalam perniagaan kecil-kecilan, sebolehnya kita tidak perlu mengeluarkan modal yang tidak wajar untuk memasarkan produk kita. Mana tidaknya di internet sahaja banyak kaedah PEMASARAN PERCUMA yang diajar oleh sifu-sifu tersohor saya seperti Dr Irfan Khairi & Dr Azizan Osman atau mana-mana carian internet yang anda perolehi. Jika anda gagal memasarkan produk anda dengan pelbagai medium percuma seperti yang disyorkan, ada kemungkinan produk yang anda pilih merupakan produk yang tidak sesuai dengan kaedah pemasaran biasa dan memerlukan masa dan kos lebih tinggi untuk diterima ramai. Anda berhak memilih sama ada ingin mengambil risiko untuk mengeluarkan sejumlah besar kos untuk produk tersebut, meneruskan pemasaran yang sama dan menunggu masa, atau berpindah pada bidang perniagaan lain yang merlukan kos lebih rendah dan masa lebih wajar.

Perhatikan keberkesanan respon pelanggan dari setiap kaedah pemasaran. Jika ramai yang bertanyakan produk anda tapi masih tidak membeli, jangan putus asa kerana respon itu menunjukkan pemasaran anda sampai kepada mereka. Cuma masa yang diambil untuk mereka membuat keputusan bergantung pada tahap layanan anda terhadap pelanggan dan bagaimana anda meyakinkan mereka terhadap kebaikkan produk anda untuk dibeli oleh pelanggan berbanding produk dari peniaga lain.

PELANGGAN TETAP:

Adakah perniagaan anda sudah mempunyai pelanggan tetap?

Jika jawapan anda tidak maka ada kemungkinan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan itu kurang berpotensi. Ada kala minat yang mendalam sahaja dalam bidang yang kita usahakan tidak cukup jika kita tidak punyai cukup pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tersebut. Maka adalah lebih baik jika anda mencari sesuatu yang anda betul-betul punyai kemahiran atau mampu mendapat kemahiran dalam masa yang lebih pendek berbanding apa yang anda sedang usahakan.

Jika anda sentiasa punyai pelanggan tetap walaupun keuntungan yang dihasilkan masih belum memuaskan hati anda, jangan bimbang kerana itu menunjukkan bahawa anda sedang berada di jalan yang betul dalam perniagaan dan perkhidmatan anda. Pelanggan tetap bererti pelanggan yang telah membeli produk anda dan kembali membeli dari anda produk yang lain kerana mereka berpuas hati dengan produk dan servis yang anda tawarkan. Maka apa yang anda perlu lakukan ialah pastikan kualiti produk dan servis anda sentiasa di tahap yang baik dan ada peningkatan.

PELANGGAN MEMPERKENALKAN KEPADA PELANGGAN LAIN:

Adakah anda punya pelanggan baru (recommended customers) yang diperolehi dari pelanggan lama?

Jika pelanggan anda memperkenalkan produk atau servis anda kepada rakan-rakannya, itu bermakna perniagaan anda sedang menunjukkan peningkatan yang amat positif. Namun jika perkara ini tidak pernah berlaku dalam pernigaan anda, maka anda perlu kembali kepada asas peningkatan servis dan produk anda sama ada anda mahu dan mampu tingkatkan atau sebaliknya dalam tempoh SATU KE DUA TAHUN.


Perkadaran TEMPOH SATU KE DUA TAHUN adalah tempoh yang paling wajar untuk peniaga kecil kecilan perhatikan kerana dalam perniagaan, apa yang ingin kita lihat adalah peningkatan dari segi produk atau perkhidmatan serta peningkatan hasil yang kita perolehi, bukannya hanya menanggung kerugian. 

Jadi ini sahaja yang saya sempat kongsikan pada hari ini, Inshaallah saya akan kongsi lagi perkara-perkara yang membantu anda peniaga-peniaga kecil meningkatkan perniagaan bersama-sama saya.

ALWAYS REMEMBER THIS
DREAM BIG, START SMALL! 
while u start dreaming, learn and work it!

Thursday 17 March 2016

Holiday March 2016

Tujuan holiday ni menuju satu tujuan yang semata-mata nak cari handphone baru hubby je..LOL! Aku ni masa mula2 before start cuti tu semangat la dok fikir2 apa yang nak di shopping kan..sekali dah sampai je 1 Borneo Mall tu aku dah jadi cam blurr apa yang nak dibeli sebenarnya. Last2 aku masuk H&M beli baju budak berdua je, konon nak bli handbag tapi tak jadi nak beli. Sebabnya aku dok usya on9 shop yang jual authentic H&M, Zara, MNG, Charles & Keith semua tu jual lagi murah oo..watpe nak beli yang mahal kalau dapat jimat macam 50 hengget per item if beli on9 je kan. Macam baju anak2 tu aku lagi suka shopping kat butik sebab nak tengok size & material jugak. Kalau barang sendiri aku tak cerewet sangat beli on9 je.

Berbalik pada topik hubby nak cari handphone baru, hubby memang  dah survey la jugak phone yang sesuai dengan budget dia tu. Ada juga aku recommend dia beli dengan package maxis sebab dulu aku beli package memang berbaloi.Tup2 masa kat dalam mall tu terjumpa jugak maxis centre. Kau tau MAXIS bagi handphone FREE je bila ko sign package dia!!! Gila ko FREE, memang FREE la! Masa kitaorang on9 tengok kat website macam tak caya jugak, lepas tu tanya2 kat orang maxis tu baru la percaya. Yang ni promo untuk pelanggan setia MAXIS je tau. Untuk yang korang memang pakai MAXIS sekarang ni dan ada la jenis smartphone yang free tu termasuk la yang hubby sambar ni. Benda free tak boleh la untuk yang cerewet sangat hokey, ni sambar je apa yang ada.Untuk maklumat lanjut korang zoom in skit pic pamplet yang aku tangkap gambarkan ni dan untuk segala tok nenek maklumat lagi korang gi website ni (klik je) => MAXIS




Ada juga pilihan smartphone yang korang datang kat MAXIS CENTRE tu tak payah bawak satu sen pun untuk bayar, korang angkat phone balik bergaya seperti baru lepas dapat bonus penggal pertama pekerjaan dan menyambar satu Iphone 6. Tapi yang tu harga phone kena bayar installment setiap bulan beserta bil bulanan korang. Pada aku price dia antara yang paling murah la boleh dapat sebab last time aku beli phone pun dengan package maxis memang lagi murah dari market price. Tapi zaman aku beli dulu takde lagi style installment macam yang sekarang ni. Aish..tetibe aku rasa nak kena beli phone baru..hubby dah dapat phone FREE, boleh agaknya aku sambar budget asal dia nak beli phone cash tu untuk aku kot, warharhar!!! Astarghfirullahalazim...


Tuesday 8 March 2016

Masa itu EMAS!

Peribahasa Melayu ke ni?

Benda ni berkaitan dengan apa yang terjadi dalam hidup aku beberapa hari lalu dan hari ni. Sebab tu ada nya aku hari ni tengah menulis blog dan bukan buat kerja-kerja printing macam biasa. Nak tau dah kenapa dengan akak arini dik?

***

Kalau masa itu emas, maknanya ada orang boleh beli masa betul tak? Kalau kita ni banyak harta, banyak wang, kita pun boleh beli emas seberapa banyak yang kita nak betul tak? Pada aku masa tu bukan emas, dia jauh lebih bernilai dari emas sampai nilai dia kita tak boleh nak letak. Sebab kalau kita letak nilai pada masa tu, bermakna kita bagi peluang pada diri kita untuk cuba membeli.



Sering terjadi pada akak perkara ni dan dia jadi lagi baru-baru ni di mana ada datang client yang buat order last minute. Contohnya beliau tanya hari ni, dengan design tak siap lagi lepas tu beliau mintak item tu sampai pada beliau esok hari. Untuk memudahkan tu beliau mintak untuk datang ambil sendiri order yang dah siap untuk percepatkan lagi proses dan ada yang sanggup buat bayaran lebih tinggi untuk dapatkan servis segera atau 'urgent order' ni sampai pada masa yang beliau harapkan. Kalau boleh akak memang nak bantu setiap client dapatkan apa yang di hajatkan tanpa mengenakan bayaran lebih pun dik..tapi akak tak boleh nak melambatkan masa yang Allah SWT dah bagi pada kita setiap hari. Prosedur yang akak guna pakai ni tetap sama untuk semua client berdasarkan tempoh masa yang sewajarnya. Akak memang tak pernah sengaja buat kerja lambat-lambat sebab lagi lambat akak siap, lagi lambat order baru akan masuk maka lagi kurang la profit akak dan sebaliknya.

***

Dan pagi ni pulak, mesin akak ada teknikal problem. Akak cuba nak godek2 tengok apa yang boleh dibuat. Adeh..memang tak berjaya nak betulkan sendiri dik. Kena anta jugak kat uncle pakai singlet ala pagoda, seluar pendek ala zaman komunis untuk servis balik mesin ni yang biasa bukak kedai pukul 9 pagi japgi. Sepatutnya akak buat kerja start lepas Ziqri & hubby pergi sekolah dari pukul 7 tadi tapi awal2 lagi mesin pulak dah tak boleh nak pakai. Apa kaitannya dengan masa dan emas? Kaitannya kalau masa tu boleh dibeli, sekarang jugak akak akan gunakan teknik client tadi kepada uncle tu dan call uncle tu pagi2 ni untuk kejutkan dia dan bagitau, "Uncle, boleh tak bukak kedai awal sikit dan tolong betulkan printer I sebab saya nak guna cepat ni uncle. I bayar U double." Korang agak2 apa uncle tu jawab? Tu pun kalau dia jawab telefon dia la.. Korang agak uncle tu tak ada urusan lain ke yang diuruskan. Kalau betul dia memang tak buat apa2 pagi2 tu, baik dia gi bukak kedai pukul 7 je tiap2 hari betul tak? Dia pun ada penggunaan masa dia jugak untuk pastikan hidup dia berjalan dengan baik sama macam kita aturkan untuk hidup masing-masing jugak. Masa tak boleh dijual beli dik..melainkan ada orang yang memang kerja dia berkaitan kerja-kerja 'on call'. Memang dia dah standby setiap hari dalam hidup dia untuk dibayar bekerja pada ketika ada orang panggil dia. Tu lain cerita aa!

***

So pada akak, marilah kita sama2 hormati masa yang kita ada dan juga masa orang lain di sekeliling kita. Dek kerana kita terlalu membiasakan diri dengan 'MASA ITU EMAS' maka setiap kali berlaku sesuatu, kita ingat duit kita boleh bantu kita selesaikan semua perkara. MAAF masa itu bukan emas, dia jauh lebih bernilai yang tidak akan mampu kita beli dengan apa sekalipun. Buktinya masa-masa yang dah kita bazirkan takkan dapat kita putar balik dengan hanya memutarkan jam emas sekalipun.

Monday 7 March 2016

TIPS DEKO RUMAH IDAMAN ANDA - dari pereka dalaman berpengalaman lebih 5 tahun

Apa kata aku tulis tentang perkara yang aku betul2 ada kemahiran. YES, y not interior design?! It is my skill & knowledge and I don't want to just forget it after I've quit my fulltime job. I'm still have passion on it and looking forward to do something with it in my future, Inshaallah..

Ok la macam ni, aku tulis dalam bahasa Melayu khas untuk pembaca-pembaca Malaysia dan kawasan serantau supaya korang lebih mudah faham ilmu ni. Cuma kadang2 tu aku memang tak boleh elak dari guna bahasa Inggeris sebab perkataan atau term tu lebih familiar dalam sebutan English right?

DREAM HOUSE INTERIOR DESIGN DECORATION TIPS (TIPS DEKO RUMAH IDAMAN)

Ada beberapa tips atau langkah yang anda kena ambil tahu sebelum memutuskan untuk membeli sesuatu untuk rumah idaman anda. So aku akan kongsikan satu persatu dalam setiap entry yang akan datang. Tips pertama yang paling utama yang akan kita bincangkan di sini ialah ..

# 1: KENAL PASTI GAYA REKAAN KEGEMARAN ANDA (identify your design style)

Yang ni memang asas. Kebanyakkan dari kita memang dah sedia ada minat tertentu dalam sesetengah gaya. Cuma selalunya ramai yang memang tidak tahu apa nama GAYA atau STYLE tersebut. Selalunya kebanyakkan orang suka guna istilah 'MODERN' tapi gaya yang dia minat tu langsung tak moden disebabkan bukan semua orang tahu nak bezakan apa itu modern style dan style yang lain.

Sebagai contoh client datang, "Ms, I nak design Modern..ada wood panelling yang ada beading2 tu kat wall, lepas tu furniture semua nak yang kerawang, warna pulak nak merah, brown.." Sebenarnya apa yang diterangkan oleh client ni lebih kepada element Inggeris atau pun traditional. Memang kebiasaan la ramai dikalangan kita yang guna perkataan moden untuk describe style masing2 tapi bukan semua maksudkan perkara yang betul. Nak tahu gaya moden yang anda fikirkan tu betul ke tak? Nanti akak terangkan pada u ollz ye! Akak tahu kebanyakkan majalah tempatan atau laman web yang bercerita pasal interior design and decorations ni bukanlah pakar dalam bidang ni. Mereka tulis hanya untuk tujuan commercial semata-mata menyebabkan ramai pembaca keliru dengan fakta sebenar.
So jika anda nak dapatkan hasil yang terbaik dalam dekorasi rumah idaman anda, jom back to basic dengan kenal pasti gaya kegemaran anda bersama-sama!

Ada berpuluh-puluh atau mungkin beratus pecahan gaya yang sangat spesific seperti list berikut :
American Colonial Arabian, Art Deco, Art Nouveau, Arts and Craft, Chinese, English Country, French, French Country, Gothic, Indian, Industrial, Japanese, Medieval, Minimalist, Modern, Moroccan, Rustic, Scandinavian Country, Scandinavian Modern, Shabby Chic, Shaker, Southwestern, Spanish, Traditional, Tuscan, Victorian, Vintage, Zen..dan lain-lain

Style yang banyak2 ni akak sekadar tulis je untuk buka sikit minda korang tentang betapa luasnya gaya rekaan dalaman yang ada. Tapi korang jangan pening kepala...Interior designer yang dah study 4-5 tahun pun belum tentu dapat apply semua spesific style tu dengan baik. Jom akak bantu korang ringkaskan apa gaya kegemaran yang ada khusus untuk masyarakat Malaysia.

5 GAYA DEKO PALING BANYAK DIGEMARI RAKYAT MALAYSIA:
5 MALAYSIAN MOST FAVOURITE INTERIOR DECORATION STYLE:
1: Pastel Vintage (Shabby Chic)
2: Resort style ( Balinese )
3: Traditional ( English/ French Country )
4: Modern minimalist
5: Loft style (Industrial Style)

Paling senang korang refer je gambar rujukan tu dan baca penerangan ringkas tentang elemen berkaitan.

STYLE #1: PASTEL VINTAGE ( SHABBY CHIC )


Akak gerenti ramai golongan wanita yang girly2 akan tergila-gilakan gaya ni betul tak? Antara element ketara dalam gaya ni dah tentu la penggunaan warna pastel. Element dekorasi lebih detail pada kelengkapan macam perabut berukir, lampu chendelier berjurai atau berdiomand, cermin atau sebarang hiasan dinding pun berhias. Element yang sangat feminine, lembut dan warna asas ialah putih atau cream. Perkataan yang lebih synonim untuk gaya ni adalah 'Princes Style'. Paling sesuai untuk bilik tidur anak gadis atau butik2 dan kedai2 berkaitan wanita.

STYLE #2: RESORT STYLE ( BALINESE  )


Gaya ni mula popular di Malaysia ni awal 90-an dulu sebab pada ketika tu gaya ni dianggap gaya yang agak moden. Element penting ialah alam semula jadi seperti kayu, batu dan air. Gaya ni masih lagi sesuai untuk kita terutamanya pada ruang landscape rumah. Colour scheme pun lebih gelap dengan penggunaan dark walnut sebagai antara element penting dalam ruang. Untuk bilik tidur juga ramai yang masih mengadaptasi gaya bali ke bentuk lebih moden sebab elemen semula jadi ni mencipta suasana yang nyaman dan selesa sepertimana yang kebanyakkan hotel atau resort di Malaysia ni ada. Sebab tu dia lebih dikenali dengan nama resort style di kalangan masyarakat Malaysia.


STYLE #3: TRADITIONAL ( ENGLISH/ FRENCH COUNTRY )


Kalau anda nampak bunga-bunga terutama ros, lepas tu perabot solid wood, dinding ada beading (wood panelling yang ada border2 frame tu) dan kebanyakkan perabot kayu berukir, gaya ni ialah gaya traditional. Selalunya golongan mak-mak atau makcik makcik kita yang mungkin berumur 50-an lebih sukakan gaya ni. Sebabnya kebanyakkan kedai perabot atau kontraktor binaan pada awal 90an ke awal 2000 memang banyak menggunakan material dan finishing macam ni. Jadi ada kontraktor binaan dan penjual perabot tempatan yang kurang peka dengan perubahan material moden masih menawarkan rekabentuk traditional dan mungkin ada sesetengahnya menggunakannya sebab faktor kos yang lebih berpatutan. Untuk berjimat boleh juga, yang penting perlu pandai pilih sesuai dengan minat masing-masing supaya gaya tidak nampak terlalu serabut. Jika kena dengan gaya, apa pun yang diguna akan nampak exclusive dalam ruang yang kita cipta.

STYLE #4: MODERN MINIMALIST


Modern minimalist bermaksud gaya paling nampak ringkas, lebih praktikal dan semua berfungsi dengan baik. Element penting dia hanya gunakan warna asas hitam dan putih dan sedikit suntikan warna ketiga agak nampak lebih selesa. Penggunaan ruang dan konsep binaan tu lebih diutamakan. Kebanyakkan golongan muda atau bandar lebih meminati gaya ni. Jarang untuk jumpa kedai perobot yang jual perabot sesuai dengan gaya ni dan selalunya kena tempah dengan kontraktor binaan atau cari interior design consultant untuk customed made ikut kesesuaian ruang yang ada. Gaya ni nampak sangat simple dan mungkin sekali pandang ada yang berpendapat, "Kosong je..macam takde pape". Tapi setelah lama di perhatikan, baru mula nampak setiap satu ruang ada keunikkan tersendiri. Untuk hasilkan sesuatu yang simple tu memang mudah. Tapi untuk buat SIMPLE & CANTIK tu tidak semudah yang disangka.. Dan untuk pengetahuan anda sekalian, gaya modern yang paling ringkas ni la adalah gaya paling pecah kepala seseorang interior designer nak hasilkan. Untuk menghasilkan sesuatu yang ringkas tu jauh lebih susah dan memerlukan kemahiran lebih tinggi dari menghasilkan gaya yang penuh sesak. Untuk designer yang sudah berpengalaman, mereka akan berjaya hasilkan gaya ini untuk anda. At the end of the day, what we'll have is not just simple but it is, "SIMPLE & NICE".

STYLE #5: LOFT STYLE ( INDUSTRIAL STYLE )


Selalu tak korang gi makan kat kafe2 urban lepas tu nampak style macam ni? Nampak kedai macam tak siap, simen tak plaster, takde plaster ceiling, piping terkeluar atau wiring lampu berjurai-jurai, banyak besi2 buruk dan kayu2 buruk tapi UNIK dan cantik.. Gaya ni antara yang sangat HOT kat Malaysia sekarang ni. Ada satu cafe or butik buat je, abis semua cafe n butik nak ikut. Haha.. loft style ni pun agak popular dikalangan pengusaha resort sekarang ni sebab dia memang lain dari yang lain dan mungkin ada yang lebih jimat sebab guna barang terpakai macam kontena, kayu terpakai atau perabut terpakai.. Gaya ni pun mungkin nampak macam kedekut sebab banyak benda macam tak siap, tapi hakikatnya gaya ni juga memerlukan kemahiran yang tinggi untuk dihasilkan dengan baik. Kalau untuk rumah tu mungkin tak berapa sesuai digunakan sepenuhnya tapi 50% gaya loft style ni boleh disuntik ke dalam rekaan dalaman rumah untuk bahagian-bahagian tertentu. Yang penting element kayu-kayu semula jadi, struktur besi, dan barangan yang macam rustic/vintage tu melengkapkan gaya loft ni.


So macam mana setakat ni? Dah faham tak asas-asas yang akak terangkan tadi secara ringkas? Sekurang-kurangnya mungkin anda dah jumpa perkataan yang sesuai untuk melambangkan gaya anda, lepas ni anda google search type je perkataan tu dan keluar la segala maklumat dan gambar yang berkaitan..Lepas ni apa lagi yang korang nak tahu tentang DEKO RUMAH IDAMAN ye?

Saturday 5 March 2016

TIPS KHUSYUK SOLAT

Baru2 ni aku tengok satu rancangan kat ASTRO OASIS channel 106 tajuk dia 'ALWAYS A TRAVELLER' hosted by Mizz Nina. Dah dua episod aku tengok tapi tak pasti la episod baru atau yang lama. Tapi ada satu persoalan yang baru bermain dalam fikiran aku tentang 'khusyuk solat' sejak akhir2 ni Alhamdulillah terjawab dengan jelas dalam rancangan tu. Tips ni aku translate dan ringkaskan dalam bahasa melayu buat panduan kita bersama. Moga bermanfaat buat anda juga!


Kalau rasa korang nak lebih maklumat, boleh la tengok sendiri di youtube yang aku attachkan ni ye...
Lagi banyak info selain dari tips khusyuk solat ni ada dalam rancangan tu. Aku ni sekadar seorang insan yang masih belajar...Salah silap mohon teguran kalian ye...


Wednesday 2 March 2016

surprise!!!

Alhamdulillah aku masih lg diberi kesempatan utk meneruskan hidup sehingga hari ni. Semalam 2 mac 2016 hari jadi aku yg ke dua puluh ________ (fill in the blank with the correct answer). Haha..

Aku still tak boleh nak lupa last year hubby surprise me with an ice cream cake. Tahun ni dari bulan febuari lagi aku saja buat rilek buat donno, buat2 sibuk, ngan keje and buat2 tak pandang kalender pun sebab aku taknak la berharap sangat yg hubby akan buat surprise lg. Aku mungkin ok je if hubby tak igt pun coz ada dia di sisi pun dah satu rahmat yg aku ada and aku sangat hargai. Memandangkan tahun lepas aku ada tanya kenapa tak tulis apa2 macam nama ke kata atas kek (dah dapat kek, lagi banyak songeh wife dia ni), so tahun ni aku dapat la tahun lepas punya request, maknanya dia alert dengan permintaan tahun lepas. Hehe..

02.03.2015

02.03.2016

Apa2 pun aku sangat bersyukur hubby ada di sisi walaupun aku masih teringatkan fulltime carrier yang aku tinggalkan sebab nak ikut hubby pindah tempat kerja. Dah nama pun 'baby' mana bleh kena tinggal betul tak..? 

Untuk umur yang belum cecah 30 tahun ni, aku bersyukur dengan setiap apa yang aku ada sebabnya aku ni jenis yang kurang nak merancang sangat, jenis yg 'go with the flow' je. Mungkin sebab tu kot dok asyik pindah randah sana sini. Haha..Last time aku punya target nak kahwin and kalau boleh lahirkan anak pertama by age of 25th. Tapi aku dah kahwin umur 23 and dapat Ziqri (my 1st kids) pada umur 24  dan Zara pulak by the age of 26. Pastu aku target pulak nak ada perniagaan sendiri pada umur 30 and guess what, now I'm already having my own business since I've quit my full time carrier and I'm not yet 30. Quite impressive didn't it? Bila aku tulis ni baru la aku sedar yang aku dah ada segala yang aku impikan. Alhamdulillah..so lepas ni apa yang aku perlu buat ialah make sure aku betul2 menghargai apa yang aku dah ada and buat sebaik mungkin untuk apa yang aku dah mulakan ni. 

"Jaga baik-baik..."

N i hope next year my birthday akan celebrate somewhere kat semenanjung la..coz i heard semua guru2 semenanjung akan di benarkan pindah balik secara berperingkat. Inshaallah jika di panjangkan umur & di murah rezeki. Inshaallah ada masa lagi, lepas ni aku cerita pasal kisah pindah randah kitaorang dari mula2 kahwin sampai sekarang dah rumah ke tiga kitaorang tinggal di sebabkan faktor kerja.

c u soon fellas..love u all!