THIS BLOG WAS CREATED ALONG THE JOURNEY TOWARDS MY BETTER LIFE AS I AM STRUGGLING THE VERY BEST OF ME AS A MOM OF TWO ADORABLE KIDS, ZIQRI (5YO) & ZARA (3YO), A LOYAL WIFE THAT ALWAYS WANNA BE BY MY HUBBY'S SIDE, Mr. ZAM (Mr. TEACHER) AND CURRENTLY WORKING ON MY ONLINE GRAPHICS DESIGN JOB on @m.designworks (instagram)

LET'S BE MY NEW FRIENDS AND SHARE YOUR OPINION WITH ME
ツ NICE TO MEET U TOO!

Thursday 12 May 2016

BERSALAH? balasan?

Setuju atau pun tidak, setiap apa yg kita buat sama ada baik atau pun jahat pasti akan diberikan balasan.

Situasi 1:

Seorang customers datang kepada akak pada mulanya nak buat tempahan. Dalam masa yang sama ada minta pertolongan akak untuk sesuatu yang di luar dari bidang perniagaan yang akak jalankan melibatkan pihak ketiga. Pada mulanya akak cuba untuk bantu tapi dalam masa yg sama akak juga perlu jaga privacy pihak ketiga. Maka untuk mengelakkan sebarang masalah timbul, akak cuba untuk mengundur diri setelah pertolongan akak tak dapat diteruskan dek kerana pihak ketiga enggan bekerjasama. Tapi customers ni masih hubungi akak untuk tujuan yang sama walaupun akak dah nyatakan pertolongan akak sekadar yg termampu. Akak jadi bingung, rasa agak terancam lalu akak putuskan segala talian agar dapat mengelakkan masalah mendatang. Adakah perbuatan ini jahat? Pada akak jika akak teruskan pertolongan yg akak tak mampu, itu jauh lebih memburukkan keadaan bukan? Jadi kata-kata terakhir sebelum menamatkan talian adalah tanda meminta maaf atas ketidakmampuan. Tidak sedikit pun ada rasa ingin berbuat perkara jahat kepada sesiapa yg terlibat dlm situasi ini. Tidak sedikit pun. Namun akak masih rasa BERSALAH kerana telah menghampakan seseorang.

Situasi 2:

Akak pula yg jadi customers. Kali ni nak order barang yg statusnya juga kurang pasti samaada ianya pasti ADA atau TIADA. Keliru kan? Tapi setelah bertanya panjang lebar maka akak difahamkan oleh penjual, maka akak pun bersetuju untuk meneruskan order dan berserah sama ada akak akan dapat item tersebut setelah akak keluarkan bayaran kepada pihak beliau nanti. Namun penjual tersebut tidak mahu menerima order akak dek kerana sikap akak yg seolah-olah menunjukkan ketidakpastian atau kurang memberi kepercayaan kepada servis beliau pada mulanya. Hakikat sebenar setelah berunding maka akak memang dah boleh terima penjelasan beliau dan memutuskan untuk teruskan order sebab akak memang nak sangat mendapatkan item tersebut. Beliau juga memutuskan talian dengan perkataan maaf dan akak juga meminta maaf dek mungkin telah membuang masanya sehingga dia begitu tidak mahu terus berurusan lagi. Tidak sedikit pun akak marah pada peniaga tersebut kerana tiada apa yg jahat diperlakukan pada akak. Tidak sedikit pun. Cuma SEDIH. Sedih yg teramat sangat kerana ditolak dan rasa BERSALAH kerana mungkin telah mendatangkan perasaan kurang senang kepada beliau walaupun setelah meminta maaf. Masihkah BERSALAH?

Perbuatan yg sama akak pernah lakukan dalam keadaan tidak berniat jahat seolah terbalas dengan cara yang sama. Setuju? Bukankah akak sepatutnya lebih mudah menerima situasi ini kerana akak pernah berada dalam situasi yang sama dengan peniaga tersebut? Ye betul akak tidak akan ingin menyalahkan mana-mana pihak. Cuma persaan BERSALAH teramat sangat ini sering hadir dalam diri akak.

Bukan senang nak hadapi pelbagai situasi pelanggan. Buat kita muhasabah diri kita, kita juga akan jadi pelanggan kepada orang lain, maka nak kena tanamkan rasa sabar yang teramat sangat sama ada nak menjual atau membeli. Pengajaran paling besar akak pelajari hari ini sebagai pelanggan pula adalah jangan membeli sesuatu dalam keadaan yang terburu-buru kerana kita mungkin akan menyebabkan penjual kurang senang dengan kita seterusnya tidak mahu melayan kita. Sebagai peniaga pula memang kena bersedia dengan kedatangan pelanggan dalam pelbagai keadaan dan cuba sedaya upaya untuk bantu mereka sekadar yang termampu. Kerana rezeki itu bukan terletak pada kita manusia, rezeki itu datang dari Allah SWT. Terkadang kita memang suka cakap sesama sendiri bab rezeki tapi ada masa kita sendiri pun tak boleh nak hadam benda ni, [PENIAGA >< PENJUAL]

Terima kasih kalian kerana semua yg terlibat dalam hidup aku ini hadir walaupun dalam keadaan yg aku perlu harungi dengan banyak perasaan BERSALAH, GUSAR, KELIRU, SEDIH dan KECEWA banyak mengajarku erti kehidupan. Moga segala kemaafan membantu kita meneruskan segala urusan dgn lebih baik. Inshaallah..

MAAF! ITU SAJA YANG KU MAHU..

No comments:

Post a Comment