THIS BLOG WAS CREATED ALONG THE JOURNEY TOWARDS MY BETTER LIFE AS I AM STRUGGLING THE VERY BEST OF ME AS A MOM OF TWO ADORABLE KIDS, ZIQRI (5YO) & ZARA (3YO), A LOYAL WIFE THAT ALWAYS WANNA BE BY MY HUBBY'S SIDE, Mr. ZAM (Mr. TEACHER) AND CURRENTLY WORKING ON MY ONLINE GRAPHICS DESIGN JOB on @m.designworks (instagram)

LET'S BE MY NEW FRIENDS AND SHARE YOUR OPINION WITH ME
ツ NICE TO MEET U TOO!

Wednesday 17 February 2016

Be Yourself...Jadi Diri Sendiri

Actually yg ni tajuk nak kata kat orang ke betul2 nak kata kat diri sendiri? Ok la..i have to admit of course la bila kita buat blog, we were expecting other people to read these..So, dear reader..hopefully all of you were in a good mood so that everything u'll read here will turn into something positives and inspiring you. Sama ada kita pernah mengenali satu sama lain atau pun tidak, aku doakan kalian berada dalam limpah rahmat-Nya, amin..

Macam mana kita nak tau kita ni jadi diri sendiri ke tidak? 

Pada aku bila kita sentiasa rasa selesa dengan apa yg kita pakai, apa yg kita buat, apa yang kita perkatakan maka itulah diri kita yg sebenar. Aku taknak cakap pasal orang, aku nak cakap pasal diri aku. Apa yg datang dari aku, itulah 'AKU' yg ingin aku sampaikan. Tapi pada masa yg sama aku ambil tahu jugak apa persepsi orang terhadap aku. Dah tentu jikalau aku pernah melampau batas2 agama dalam apa jua perbuatan aku sama ada aku sedar atau pun tidak, aku perlukan orang sekeliling utk bagi nasihat dan teguran secara berhikmah. Mujur aku ada suami yg banyak guide aku ke arah yg lebih baik. Aku tak sempurna..bukan mudah jadi anak, isteri, ibu, bekerja sendiri dan mcm2 peranan lagi yg kita galas selama masih bernyawa..semua orang pun tahu tapi terkadang lupa.

Kebanyakkan kawan2 lama yg dah tak ikuti perkembangan aku dan tiba2 terjumpa aku obviously kat IG (sebab aku jarang dh layan FB) memang tegur tentang gaya aku yg semakin 'menjadi-jadi'. Nak kata stylo ke idok tu korang tgk sendiri la pic2 ni yg aku compile kn terus semua sekali dari tahun 2012 kalau tak silap aku mula ber IG sampai la tahun lepas 2015. Tapi ada la yg tahun 2015-2016 aku reserve utk korang tengok sendiri kat IG aku nanti. Klik je link ni nanti kalau nak follow @hamidahyussof



Apa2 pun aku just nak bagi tahu actually dari zaman sekolah lagi aku minat bergaya cenggitu. Cuma dulu gaya aku ni konon2 ala2 tomboi (versi pakai tudung bawal) cam dalam movie Laila Isabella yg Nasha Aziz ngn Rosham Nor berlakon awal tahun 2000 dulu. Kalau zaman tu dgn baju converse (pasar malam je),seluar baggy poket banyak pastu kasut New Balance yg ade huruf N besar kat kasut tu dah COOL abis dah r..Kalau nak ikutkan zaman tu ada IG, mesti gallery aku penuh gambo2 gitu gamaknya. Acah2 tomboy..tetiba je masa zaman kat uni ramai kengkawan yg bg influence fesyen2 yg lebih 'Ayu' skit. Lagi pulak bila dah mula berjinak2 zaman nak mencari pasangan hidup tu, makin lama makin la ayu. Yang penting sekarang ni aku memang sangat selesa dengan gaya aku dan aku tak la berhabis sangat untuk bergaya, just semua dalam medium range punya item. Segan nak terjun lebih aktif ke bidang fashion blogging sebab trust me, it cost a lot! Tapi kalau boleh memang nak..cuma mungkin belum masanya..Just buat masa ni acah2 fashion blog je la dulu. Diri aku, inilah AKU..





Saturday 6 February 2016

Kejayaan bisnes kedua aku ni bermula dari kegagalan bisnes pertama

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sebenarnya dah lama aku teringin nak kongsikan dgn sesiapa sahaja yg sedang membaca ketika ini tentang perjalanan bisnes online yg aku sedang usahakan ni. Aku rasa ni la masa yg paling sesuai utk aku perkenalkan pada korg perniagaan aku yg semakin meningkat naik dari masa ke semasa. JENG..JENG..JENG..

Baru2 ni je aku dah create satu account facebook utk urusan bisnes sebab selama ni aku hanya banyak menggunakan instagram je. Just klik je link ni nanti ye..
Aku tak nak campur adukkan urusan personal dan jugak urusan perniagaan. Acount IG biz aku memang dah sedia sangat aktif utk yg urusan bisnes ni, walaupun korang tengok follower tak la semeriah kebanyakkan IG SHOP lain, tapi alhamdulillah sambutan client memang tak menang tangan aku uruskan. Kebetulan kali ni aku take a short break utk buat beberapa penambahbaikkan lg,tu yg ada masa berceloteh sambil buat online works lain. Satu lg account baru utk IG aku khusus utk tunjukkan ARTWORK GRAPHIC DESIGNS @mvirtualbranding ni boleh la korg jenguk2 nanti. Utk printing @my.budgetprints ni pun masih aktif macam biasa. 

BISNES ONLINE AKU NI BUKAN SEBARANGAN BISNES ONLINE TAU!
kenapa aku kata mcm ni? Bcoz hanya orang2 yg berbakat dan punyai kemahiran yg tggi dalam DESIGN je mampu utk uruskan bisnes ni. Sebenarnya tercetusnya IDEA utk aku buat bisnes ni melalui kegagalan bisnes aku yg lalu. Agak2 korang bisnes apa yg aku buat dulu? Hehehe..lupikirlasendiri! Jgn marah a..Kalau nak berjaya, kita kena sentiasa berfikiran kreatif & kritis dan POSITIF. Melalui kegagalan aku dari bisnes pertama, aku nampak satu keperluan yg memang memerlukan kemahiran tertentu macam GRAPHIC DESIGNS ni utk meneruskan sara hidup. Mungkin ada yg berpendapat kenapa aku perlu kongsikan perkara ini secara umum? Mana tahu nanti ada yg cedok IDEA aku ni utk buat perniagaan berasaskan GRAPHIC DESIGNS & PRINTING ni?! REALLY?



Macam ni la..yg bagi kita rezeki tu siapa? yg bagi kita bakat tu siapa? yg permudahkan urusan kita tu siapa? ALLAH SWT kan..So pada pandangan aku, aku nak bagi inspirasi pada korg yg tgh berada dalam jalan buntu, pernah gagal dalam perniagaan, atau berada dalam situasi macam aku ni di mana kerjaya impian tu sukar utk dikecapi buat seketika waktu utk korang bangkit bangun mencari jalan2 baru utk korang meneruskan hidup. Jgn sentiasa menyalahkan keadaan sekeliling tentang nasib diri kita macam mana yg aku pernah rasakan suatu ketika dahulu. Berdoa, beristiqarah dan bertawakkallah dgn ketentuan-NYA..

...dan untuk aku sendiri, aku yakin bakat & kebolehan yg ALLAH SWT kurniakan setelah aku berusaha dan berdoa utk mendapatkannya ni boleh digunakan ke jalan kebaikkan. Utk bantu ekonomi aku & keluarga, sambil bantu naikkan PERNIAGAAN & EKONOMI client2 yg menggunakan khidmat aku.  

K, ckp dh byk sgt dh, ni aku tunjuk bukti antara ARTWORK aku bg teaser utk korang pembaca blog sekalian. Jgn lupa FB & IG td utk tgk lebih lanjut. Klik je link2 yg berkaitan. Thanks 4 reading..Wassalamualaikum..