THIS BLOG WAS CREATED ALONG THE JOURNEY TOWARDS MY BETTER LIFE AS I AM STRUGGLING THE VERY BEST OF ME AS A MOM OF TWO ADORABLE KIDS, ZIQRI (5YO) & ZARA (3YO), A LOYAL WIFE THAT ALWAYS WANNA BE BY MY HUBBY'S SIDE, Mr. ZAM (Mr. TEACHER) AND CURRENTLY WORKING ON MY ONLINE GRAPHICS DESIGN JOB on @m.designworks (instagram)

LET'S BE MY NEW FRIENDS AND SHARE YOUR OPINION WITH ME
ツ NICE TO MEET U TOO!

Tuesday 12 April 2016

resepi sambal ikan bilis hitam PALING CEPAT DAN MUDAH

Assalamualaikum wbr..

Konsep aku kalau resipi ni memang nak yang ringkas dan mudah je. Tapi kesedapan tu la keutamaannya. Macam aku sendiri tekak memang kurang berminat dengan kuah-kuah gulai, aku lebih suka yang kering-kering garing tapi kuat rasa dia macam sambal hitam ni. So kali ni aku nak share SAMBAL IKAN BILIS HITAM RESEPI MAK.

Kali pertama aku makan masa balik kampung cuti sekolah bulan 12 aritu. Kisahnya masa mak aku masak tu memang aku tak sempat nak menuntut ilmu la resepi baru dia ni. So masa aku nak buat kat sini senyap-senyap konon taknak la tanya kat mak, try la google cari resepi. Umangaih resepi masing-masing sampai 3 jam beb! Dengan peralatan nak masak tu ada pulak yang lain macam skit aku tengok, memang tak la kalau si 'rajin' masak macam aku ni nak cuba..So aku pun angkat handphone call je mak and terus dapat resepi ni dari mak. Tak kisah la resepi ni asal dari mana sekalipun, yang penting dia SEDAP & RINGKAS hokey! Jom cuba..moga bermanfaat buat kalian


BAHAN-BAHAN (SAMA SEPERTI GAMBAR DI ATAS)

belimbing buluh
ikan bilis
bawang merah
cili merah/ cili api (ikut selera kepedasan masing-masing)
kicap
gula
garam

CARA-CARA MEMASAK

1. potong belimbing buluh memanjang, asingkan bahagian tengah (pulur & biji) . Ambil bahagian isi sahaja dan masakkan di dalam kuali tidak melekat sehingga warna keperang-perangan dan belimbing menjadi lembut dan boleh dipenyek-penyekkan. Asingkan..

2. potong bawang merah nipis-nipis dan tumis seperti menyediakan bawang goreng untuk penambah rasa masakan dan asingkan. Kalau nak senang boleh beli bawang goreng ready made juga

3. goreng separuh ikan bilis hingga garing dan asingkan.

4. separuh ikan bilis lagi ditumbuk mentah bersama cili dan terus ditumis dalam minyak baru. Setelah ikan bilis dan cili garing, masukkan pula ikan bilis yang telah digoreng tadi. Kalau nak mudah boleh abaikan proses ikan bilis goreng separuh, terus tumbuk semua ikan bilis bersama cili separuh hancur dan terus ditumis. Bergantung pada selera masing-masing. Gunakan api perlahan dan kemudian tambahkan kicap, gula dan garam secukup rasa.

5. akhir sekali satukan kesemua bahan tadi, belimbing dan bawang goreng dalam kuali dan kacau rata kemudian tutup api setelah semua sebati.

So cara dia ni ringkas, tapi ada la beberapa peringkat nak siapkan. Yang penting tak ada la sampai 3 jam nak duduk kat dapur tu ye u olls! Bila tiap kali aku ngadu ngan mak aku teringin nak makan itu ini, mesti mak tanya aku, "ubat makan ada missed tak?" Ubat orang pompuan..huhu..

No comments:

Post a Comment