THIS BLOG WAS CREATED ALONG THE JOURNEY TOWARDS MY BETTER LIFE AS I AM STRUGGLING THE VERY BEST OF ME AS A MOM OF TWO ADORABLE KIDS, ZIQRI (5YO) & ZARA (3YO), A LOYAL WIFE THAT ALWAYS WANNA BE BY MY HUBBY'S SIDE, Mr. ZAM (Mr. TEACHER) AND CURRENTLY WORKING ON MY ONLINE GRAPHICS DESIGN JOB on @m.designworks (instagram)

LET'S BE MY NEW FRIENDS AND SHARE YOUR OPINION WITH ME
ツ NICE TO MEET U TOO!

Tuesday 18 August 2015

ME?


Aku ni serabut orang nye..sebab aku suka buat banyak benda dalam satu-satu masa. Aku memang tak boleh nak duduk diam sebab aku selalu memikirkan alangkah rugi nya masa-masa yang ada kalau setakat duduk-duduk sambil baring. Masa yang paling lama aku guna untuk phone tengok fb or ig pun masa tengah baring sambil tidurkan Zara. Last-last aku main candy crush je untuk elakkan memikirkan benda-benda yang tak mampu nak dibuat, haha! Tapi jauh disudut hati aku suka sangat untuk nak update entry blog berkenaan perkara-perkara yang aku suka ni. Hurm, masa masih belum mengizinkan untuk aku mencurahkan sebanyak nukilan yang bertakung macam nak tertumpah dari kotak pemikiran aku ni. Namun aku cuba jugalah untuk menjayakannya sedikit demi sedikit. Sebab aku tak berapa suka update blog dengan guna smartphone je, rasa kurang selesa untuk menaik dan mengedit segala bagai. Lagipun sebarang artwork yg aku buat semuanya menggunakan PC la for sure..

Ok, simply said korang bleh intai instagram photo icon yang ada kat sebelah kanan blog aku ni. MACAM-MACAM ADA! Itulah diri aku, aktiviti harian aku mengabdikan foto-foto berkaitan perkara-perkara yang aku suka. Benda-benda yang aku suka ni sebenarnya berasaskan satu fundamental asas iaitu .. DESIGN! Yup, aku suka semua benda yang berkaitan design. Sebab tu asalnya cita-cita aku ARKITEK, belajar dalam bidang INDUSTRIAL DESIGN, lepas graduate terus kerja sebagai INTERIOR DESIGN dan pernah cuba untuk menjadi CIKGU PENDIDIKAN SENI. Ada juga cubaan untuk jadi FESYEN DESIGNER tapi belum ada lubang peluang yang sesuai dan kini aktiviti tetap setiap hari ialah GRAPHIC DESIGNER untuk bisnes printing kecil-kecilan aku. Semua korang bleh intai kat instagram aku dan korang bleh tengok sendiri betapa serabutnya hidup aku. Jom kita jadi virtual friend dan share mana-mana minat bersama-sama. Aku suka untuk berkongsi apa yang aku minat dan aku harap ada yang sudi jadi rakan seperjuangan atas dasar mencari kepuasan diri dalam minat yang kita ada dan mana tahu minat kita ni akan menguntungkan kita di masa-masa akan datang, who knows?

https://instagram.com/hamidahyussof/

No comments:

Post a Comment