THIS BLOG WAS CREATED ALONG THE JOURNEY TOWARDS MY BETTER LIFE AS I AM STRUGGLING THE VERY BEST OF ME AS A MOM OF TWO ADORABLE KIDS, ZIQRI (5YO) & ZARA (3YO), A LOYAL WIFE THAT ALWAYS WANNA BE BY MY HUBBY'S SIDE, Mr. ZAM (Mr. TEACHER) AND CURRENTLY WORKING ON MY ONLINE GRAPHICS DESIGN JOB on @m.designworks (instagram)

LET'S BE MY NEW FRIENDS AND SHARE YOUR OPINION WITH ME
ツ NICE TO MEET U TOO!

Friday 21 August 2015

my BFF

Dia ni muda setahun dari aku. Dari kecil lagi kitaorang memang membesar dan berkongsi apa saja bersama. Bila ke mana2 kami akan dikata kembar sebab pakai baju yang sama dan raut wajah dan size badan hampir sama. Tapi kitaorang jadi mula renggang time kitaorang start masuk zaman remaja. Masa tu masing-masing tengah dok mencari identiti diri. Biasa la kan zaman remaja.. Time tu aku ni lebih 'cool', suka buat hal sendiri, dok rumah main games kat PC and baca gempaq dan segala jenis komik dan tonton anime gundam. Konon macam nak jadi tomboy, terpengaruh dengan filem 'Laila Isabella' yang Nasya Aziz dengan Rosyam Nor berlakon tu. Budak lahir tahun 80an je yang ingat rasanya. Dia pulak lebih 'hot', suka ikut trend semasa, suka bersosial dengan rakan sebaya, baca majalah hiburan, dengar lagu OAG dan tonton 'Eiffel I'm in love'. Pada saat dan ketika tu hubungan kitaorang agak dingin. Bukan nak kata gaduh, tapi masing-masing sekadar bawa haluan sendiri.

Saat masuk alam universiti la kitaorang mula berhubung balik sebab time tu kitaorang banyak memerlukan bantuan sesama sendiri dan aku pun pada masa tu dah mula merubah sedikit demi sedikit personaliti 'tomboy wannabe' aku tu. Tapi dia masih dengan personaliti yang sama, mudah mesra, pandai sesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Dialah yang jadi pendengar setia pada cerita-cerita aku. Tak semua yang aku kata dia akan angguk, dan tak semua aku buat dia akan suka. Mana tak suka dia cakap, mana tak betul dia ajarkan.

Setiap hari aku berharap hubungan kami sebaik ini. Sehingga saat dan tika ini ada je benda aku mesti report kat dia. Macam satu therapy bila dapat borak dengan dia even dia tak sempat nak reply. Aku tau dia memang sangat sibuk dengan kehidupan seharian dan adakala aku pun gitu. Tapi aku rasa ada lebih baiknya aku cerita dengan orang yang betul2 faham aku luar dalam dari aku upload status merapu di sosial media. (Sebab masa aku jarang berhubung dengan dia dulu memang sosial media jadi sasaran utama sebab kita cuba nak kongsi sesuatu dan mencari pendengar atau penyokong, betul tak?). Tapi sekarang dia pulak jadi editor aku, personal advisor pun ye..



Kali ni aku sekadar nak kongsi dia ni la BFF aku. My only sister (kiri). Semoga Allah SWT pelihara dia dan orang2 yang dia sayang sentiasa. Amin..


5 comments:

  1. Suka! Semoga hang pon terus success tercapai impian ;)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Thanks sudi drop by..nice too meet u nurul harnani :)

      Delete
  3. what a touching story...patut ada sikit suntikan elemen both of u...pernah seketika lepak kat umah aku....hahha..melayan kerenah adam...membuat bunga dip.....hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soon to be released my BCF (best cousin forever) kak tini. Keh3..

      Delete