THIS BLOG WAS CREATED ALONG THE JOURNEY TOWARDS MY BETTER LIFE AS I AM STRUGGLING THE VERY BEST OF ME AS A MOM OF TWO ADORABLE KIDS, ZIQRI (5YO) & ZARA (3YO), A LOYAL WIFE THAT ALWAYS WANNA BE BY MY HUBBY'S SIDE, Mr. ZAM (Mr. TEACHER) AND CURRENTLY WORKING ON MY ONLINE GRAPHICS DESIGN JOB on @m.designworks (instagram)

LET'S BE MY NEW FRIENDS AND SHARE YOUR OPINION WITH ME
ツ NICE TO MEET U TOO!

Tuesday 7 July 2015

resipi NASI BERIYANI cinta kasih


Nampak x lain mcm skit nama resipi akak kali ni? Hehe..ni sempena resipi yg aku masak bersama suami hujung minggu baru2 ni. Dah teringin sgt nak makan makanan kenduri katenye..Kali ni suami sediakan masak kurma daging dan aku pula masak nasi dan acar rampai tu. Apalah salahnya suami masuk ke dapur ye x...sedangkan Rasulullah sendiri pun bantu isteri di dapur. Chewwah!

Let's get back to real people, resipi nye adalah..jeng3!!! Dijamin resipi ni ringkas dan korg x payah keluarkan kos byk2 pun utk masak

resipi NASI BERIYANI cinta kasih
(Resipi utk 2-3 orang dewasa satu hidangan)


 


















Bahan-bahan utk nasi:
2 cawan beras ( dicuci dan ditoskan)
bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga (rempah tumis)
marjerin untuk menumis
2-3 biji bawang merah (dikisar)
1 inch halia (dikisar)
3 sudu kecil tomato puri
3 sudu kecil susu pekat manis
1 kotak kecik kismis
secubit garam secukup rasa

Cara-cara memasak nasi:
Panaskan marjerin dan tumis rempah tumis hingga naik bau. Selepas itu masukkan bawang merah dan halia kisar dan tumis hingga kekuningan. Kemudian masukkan air, susu pekat manis dan tomato puri tadi dan tunggu sehingga air mendidih seterusnya masukkan nasi. Setelah nasi masak, barulah gaulkan kismis bersama nasi tadi.

Bahan-bahan Kurma Daging:
1/4 kilo daging dipotong dadu
1 biji bawang besar india di mayang
2cm halia dimayang
2-3 biji bawang putih dimayang
bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga (rempah tumis)
Minyak untuk menumis
1 mangkuk pati santan
3/4 paket rempah kurma
1 biji ubi kentang dipotong 4
2 biji cili merah dipotong memanjang
secubit garam secukup rasa

Cara-cara memasak Kurma Daging:
Panaskan minyak dan tumis rempah tumis hingga naik bau. Selepas itu masukkan bawang besar, bawang putih dan halia dan tumis hingga kekuningan kemudian masukkan rempah kurma. Masukkan daging dan gaulkan seketika sehingga separuh masak seterusnya masukkan santan dan ubi kentang. Masak dengan api perlahan sehingga daging dan kentang empuk kemudian masukkan garam dan gula serta cili merah sebelum memadam api. 

Bahan-bahan Acar Rampai:
Sedikit minyak untuk menumis
2-3 biji bawang merah (dikisar)1 inch halia (dikisar)
1-2 sudu cuka
timun, cili besar dan lobak merah dipotong memanjang
secubit garam dan gula secukup rasa

Cara-cara memasak Kurma Daging:
Panaskan minyak dan tumis  bahan kisar sehingga kekuningan dan naik bau. Kemudian masukkan cuka, gula dan garam dan terus gaulkan timun, cili besar dan lobak merah dan gaul seketika hingga sebati sebelum memadam api. 

Dah sedia utk dimakan waktu berbuka nanti!!! Nampak tak betapa ringkasnye resipi ni sebab guna beras biasa yg ada kat rumah dan guna marjerim utk memasak nasi. Rasanya pulak tak kurang enaknya berbanding menu kenduri yg kami selalu makan. Tambahan pula bila masak bersama2 memang lah lebih memudahkan dan mempercepatkan proses..Sekian, selamat mencuba

No comments:

Post a Comment