THIS BLOG WAS CREATED ALONG THE JOURNEY TOWARDS MY BETTER LIFE AS I AM STRUGGLING THE VERY BEST OF ME AS A MOM OF TWO ADORABLE KIDS, ZIQRI (5YO) & ZARA (3YO), A LOYAL WIFE THAT ALWAYS WANNA BE BY MY HUBBY'S SIDE, Mr. ZAM (Mr. TEACHER) AND CURRENTLY WORKING ON MY ONLINE GRAPHICS DESIGN JOB on @m.designworks (instagram)

LET'S BE MY NEW FRIENDS AND SHARE YOUR OPINION WITH ME
ツ NICE TO MEET U TOO!

Monday 26 October 2015

BAJET 2016

Fuh, besar tajuk kali ni..walaupun dah masuk 5 hari sejak pembentangan bajet 2016 pada Jumaat lepas, tapi isu ni tengah hangat diperkatakan di mana2 je sekarang ni. Cuma satu perkara yang menarik perhatian aku ialah status di mana kita berada sekerang. B40 atau M40? Kot ada yang T20 jugak yang sempat jenguk blog aku ni..Hehe..

APA ITU B40 DAN M40?

Buat yang belum tau apa itu B40 dan M40 ni, meh aku terangkan sikit ye..B40 tu ialah singkatan untuk BOTTOM 40 yang bermaksud golongan isi rumah (pendapatan suami + isteri) yang berpendapatan 40% terendah ikut kadar semasa (sekarang tahun 2015) dan M40 tu pulak untuk MIDDLE 40 yang bermaksud golongan yang berpendapatan 40% pertengahan pada masa ni. So tafsiran semasa untuk M40 ialah golongan isu rumah berpendapatan antara RM3,860 hingga RM8,320 dan B40 pulak yang RM3850 dan kebawah la (lebih kurang). T20 pulak top 20% yang paling kaya raya kat Malaysia ni la..lebih dari RM8330 ke atas.

Sapa yang tengok pembentangan baget 2016 Jumaat tu mesti dah faham kot sedikit sebanyak apa yang ada..Tengok tak u ollz? Kalau belum bleh klik link ni utk maklumat lanjut > RINGKASAN INTIPATI BAJET 2016 Pastu tengok pulak discussion pasal kos sara hidup dalam Wanita Hari Ini semalam (ISNIN, 26hb Oktober) Aku mesti tengok la sebab nak tau apa yang boleh dimanfaatkan untuk tahun depan kan..dan yang penting sekali kena la buat persedian yang setara dengan bajet keluarga sendiri betul tak? Yang paling bagi inspirasi pada aku bak kata PM Dr. Madeline Berma dalam discussion semalam tu is, "Kita kena cari apa intipati dalam bajet 2016 yang boleh kita manfaatkan utk keluarga kita sendiri" sebab dalam banyak2 isi tu takkan la tak ada satu pun yang disasarkan untuk kita betul tak? 

After all KITA SENDIRI YANG KENA UBAH DIRI KITA UNTUK KEBAIKKAN setara dengan persekitaran tak kira dalam senang mahu pun sukar. Terkadang kita terlalu banyak menghabiskan masa menyalahkan keadaan sedangkan masa tu sepatutnya kita gunakan untuk cari penyelesaian kepada setiap isu yang timbul dalam hidup kita.

Jom kita sama-sama mencari lebih banyak input positif untuk dimanfaatkan supaya kehidupan sentiasa aman tenteram dan SELAMAT MERANCANG BAJET 2016 MASING-MASING tak kira la duduk dalam B40 atau M40. Inshaallah..T20 mesti dah expert dengan baget masing2 ye tak? Sebab tu la maintan T20..Hehe..

No comments:

Post a Comment