بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Semakin hari semakin rancak nampaknya aku ber'blog' ni. Hurm, niat aku sekadar nak kongknfo2 menarik yg aku tahu bersama kalian dan juga berkongsi pandangan dlm sesetengah perkara. Mcm satu terapi minda bila cakap pasal benda2 menarik dan dapat bagi sumber inspirasi pada pembaca (wlupun sekadar ada sorang dua atau setidak2 nya dibaca oleh diri sendiri pun dah cukup memberi kepuasan)
Kali ni aku nak ceritakan sikit lah pasal perkara yg aku usulkan semalam iaitu pasal fesyen ibu menyusu ni. Mungkin ramai juga dikalangan peniaga yg mengatakan bahawa mereka menawarkan fesyen yg sesuai utk ibu menyusu atau lebih stailo di sebut 'NURSING FRIENDLY' ni. Akan tetapi pada aku bukan semua yg menawarkan produk yg mempunyai rekabentuk menarik dan paling penting seiring dgn tuntutan menutup aurat ni terutama dari penggunaan kain (material) mahupun potongan. Basically style yg plg sesuai utk kegunaan lebih formal tu mestilah berpotongan jubah atau dress longgar. Satu brand yg aku sendiri dah cuba pertama kalinya pada HARI RAYA AIDILFITRI kali ni ialah dari butik JUBAHSOUQ yg punya beberapa cawangan di KL & Selangor.
Jika nak diikutkan kiranya banyak lagi butik2 yg menawarkan pakaian ibu menyusu ni yg memang cantik dan berkualiti tinggi. Akan tetapi yg aku nak tekankan kat sini ialah tiga butik pilihan aku ni menawarkan HARGA YANG PALING MAMPU MILIK yang mampi dimiliki sesiapa sahaja jika punyai keinginan. Jadi tiada lagi alasan ibu2 menyusu atau suri rumah utk tidak tampil menarik & sopan tatkala menyuskan bayi!
Berikut merupakan info mengenai tiga terbaik jenama ibu menyusu dengan harga mampu milik yg aku review secara sukarela tanpa ada sebarang tajaan ye..Ni atas dasar utk membantu kalian yg masih belum menemui pakaian yg sesuai selaku ibu menyusu or so called BF MOM.
BUTIK NO 1 : JUBAHSOUQ
website:
instagram:
boutique : KL, Shah Alam, Bangi
BUTIK NO 2 :CALAQISYA
website: www.calaqisya.com
instagram: https://instagram.com/calaqisya/
boutique: Shah Alam, Bangi, Johor Bharu, Ipoh
BUTIK NO 3 :BELLAAMMARA
website: www.bellaammara.com
instagram: https://instagram.com/bellaammara/
boutique: Shah Alam
OK..so basically korang just click saja link ke website atau instagram diaorang tu utk tahu lebih lanjut tentang details setiap item dan belek sendiri gambar yg lebih jelas. Imej ni aku sediakan berdasarkan apa yg mereka upload kat instagram setakat ni. So aku harap entry kali betul2 dapat bantu kalian jugak ye wahai ibu2 menyusu atau anak dara renda pun boleh yo nak pakai eh..takdo masalah nyo den kobar. Buat masa ni aku hanya boleh bg feedback mengenai jenama JUBAHSOUQ yg aku dah try ni memang terbaik terutama sekali bukan saja dari material tapi dari segi cutting & ukuran dia memang sesuai utk badan kecik macam aku ni. Size XS dia tu memang mcm purposely tailored to my body la.. How petite I am? 35kg wt 153cm height!
Lepas ni kalian pun boleh kongsi feedback dgn aku klu sudi mengenai jenama lain yg MAMPU MILIK ye..thanks for reading :)
No comments:
Post a Comment