THIS BLOG WAS CREATED ALONG THE JOURNEY TOWARDS MY BETTER LIFE AS I AM STRUGGLING THE VERY BEST OF ME AS A MOM OF TWO ADORABLE KIDS, ZIQRI (5YO) & ZARA (3YO), A LOYAL WIFE THAT ALWAYS WANNA BE BY MY HUBBY'S SIDE, Mr. ZAM (Mr. TEACHER) AND CURRENTLY WORKING ON MY ONLINE GRAPHICS DESIGN JOB on @m.designworks (instagram)

LET'S BE MY NEW FRIENDS AND SHARE YOUR OPINION WITH ME
ツ NICE TO MEET U TOO!

Sunday, 23 August 2015

OBSES HANDBAG!!!

OK la, actually ni tajuk dalam WANITA HARI INI minggu lepas punya, saja pinjam tajuk dia. Sapa sini tengok angkat tangan skit? Apa, tak sempat tengok sebab tengah masak? Biasa la tu aku pun bukan dapat tengok tiap-tiap hari. Kalau sempat tekan remote control TV3 sampai pkul 12 tengah hari tu nanti sempat la jugak dengar-dengar dari dapur or bilik tengah tidurkan Zara. Tapi berbalik pada topik kita tadi, aku memang nak cakap skit je berkenaan aku dan handbag. 

Nak dijadikan cerita aku memang dok tengah mencari-cari la satu handbag baru just untuk pakai hari-hari sebab handbag lama ni macam dah scratch kena apa ntah. (alasan cukup relevant x?). Biasanya aku prefer beg yang besar boleh sumbat macam2 especially barang keperluan anak2 la untuk daily usage dan sesuai untuk travel jauh-jauh skit. Hurm..affordable range aku untuk untuk pakai heavy duty punya beg tu setakat 200 je cukup la. Sebab nanti tak payah nak jaga2 sangat la bendanya. Faham2 je la kalau yang dah biasa travel dengan anak2 kecik ni mesti tau punya kan apa situasinya nanti. Hehe.. So dalam seminggu dua ni aku dok scroll2 instagram online shop jual handbag yang medium range brand ni, antaranya MNG, ZARA, Charles & Keith, H&M tu semua kalau beli memang ada la yang sesuai. Pastu sebab banyak sangat pilihan tu yang aku dok terbelek2 mana yang sesuai. Cuma dia berstatus PRE-ORDER tu maknanya dalam masa 2-3 minggu lepas confirmed payment baru dapat. Kalau boleh aku taknak la beli yang nak kene tunggu lama jugak ni sebab macam urgent jugak nak pakai. 

Memang purposely aku nak beli bag baru untuk travel MERDEKA HOLIDAY ni jugak pun. Beg2 yang aku ada dulu ni lebih sesuai untuk pakai kejap2 macam gi office dlu la sebab nmpk lbh formal. So kali ni aku memang nak beli satu handbag yang lebih ALL IN ONE gitu..Tengah2 aku dok usya2 bag mana nak beli, whatsApp burung bersiul tu dtg dari my sis BFF tu la, anta notification promo beg sofina 3 yg Vivy Yusuf punya design tu kat sometime.com.my  akan restock lagi. 


ARGH!!!! serius tak bleh tahan nak gi tengok sebab beg tu pun memang lawa dan yang paling penting ada ciri2 ALL IN ONE yang aku mention tadi. Gila kau tak beli dah semua ciri2 ada pastu harga pun AFFORDABLE. Tapi masa tu macam tertahan jugak nafsu membeli ni sebab konon nak try la 'berjimat-cermat' katenye.. Yang ya nya aku tau yang masa beberapa kali diaorang release bag tu before this memang dah berebut orang membeli sampai 5 jam lepas relesed dia dah sold out la katanya. Siang hari tu aku try la buat 'donno' je konon taknak terpengaruh sangat dengan promosi. Tiba2 malam tu sampai tak boleh tidur la aku dibuatnya sebab dok fikir dia punya statement tu katanya kali ni LAST RESTOCK FOR THIS DESIGN. Aisyh, tak boleh jadi ni...aku bingkas bangun bukak PC terus online and register kat website dia tu  


dan inilah hasilnya 
\/ \/ \/ \/ \/


Basically takde la obses mana kan..setakat beli satu handbag baru setahun sekali je. Sebab takde nak gi mana2 nak pakai bergaya mana sangat. Ikut nafsu memang la semua pun nak beli. Tapi pada aku, lebih memenuhi keperluan berbanding kehendak dan keperluan setiap orang tu berbeza. Mungkin kehendak aku tu kalau untuk kalian yang banyak aktiviti luar lebih kepada keperluan, then go for it coz we all deserve the best :) Pada aku tajuk OBSES HANDBAG ni lebih kepada orang2 sepeti Kak Mah je la, OUPSSS.. haha.. (u know who) 

Again i'll mention,"Belilah sebanyak mana jika perlu, tiada kesalahan di situ dan jika ada satu sepanjang tahun pun tidak menjadi masalah..."

I'll buy more soon if I need it too

Sedikit last year punya cite yang tak berapa nak best, beli satu handbag dah la status PRE-ORDER dari US lepas tu tunggu punya lama janji  2-3 minggu sampai 2-3 bulan. Dah sampai salah beg pulak tu..Lepas tu order balik and finally selamat sampai before hari Raya Puasa tahun lepas. Tup2 online shop tu dah tutup account dah lepas tu. Mujur ada rezeki aku dapat jugak beg yang betul walaupun lambat. Berbaloi jugak penantian. So this Longchamp Neo pun aku highly recommended utk mak2 orang sebab material dia sangat ringan and the best part is die boleh dibasuh kalau kotor skit2. Online price masa tu 600+ sebab 1st releaseed kot and now aku jumpa ada yang jual 500+ je bleh dapat.

2 comments:

  1. ok tak beg vivy tu? ingat nak beli jugak tapi tengah survey2 review orang yg pernah beli/pakai.. thanks!

    www.contengan-rasa.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bgus sgt2 dr segi function, bleh pakai short strap, bleh pakai long strap pstu isi dalam die pun memang ada lg pocket space utk smpn brg2 kecik. Later i'll try to post an entry about d bags klu ada masa. Tp rasenye awak kne cpt2 bli takut habis plak nnti. Hehe..

      Delete