THIS BLOG WAS CREATED ALONG THE JOURNEY TOWARDS MY BETTER LIFE AS I AM STRUGGLING THE VERY BEST OF ME AS A MOM OF TWO ADORABLE KIDS, ZIQRI (5YO) & ZARA (3YO), A LOYAL WIFE THAT ALWAYS WANNA BE BY MY HUBBY'S SIDE, Mr. ZAM (Mr. TEACHER) AND CURRENTLY WORKING ON MY ONLINE GRAPHICS DESIGN JOB on @m.designworks (instagram)

LET'S BE MY NEW FRIENDS AND SHARE YOUR OPINION WITH ME
ツ NICE TO MEET U TOO!

Tuesday, 4 August 2015

Ceritera Aidilfitri 2015, 1436 HIJRAH (part II)

Hari Raya Kedua:
Harini just nak sambung skit je dari cerita semalam. Masuk hari raya kedua, kami beraya pulak di rumah family sebelah ayah. Diaorang dah kumpulkan seberapa ramai ahli keluarga yg boleh untuk buat perjumpaan keluarga. Bagus betul aku tengok ahli keluarga sebelah ayah ni siap ada persatuan keluarga yg diberi nama Al-Thoibah bersempena nama arwah atuk, Taib. (Erk, tak ingat plak bin nya) Tujuan diaorang berkumpul tu untuk mengususulkan isu salah seorang sepupu aku tu yang baru bergelar ibu tunggal dan berada dalam kesempitan hidup. Bila masa2 susah macam tu, keluargalah yg memang sepatutnya orang2 terawal yg tolong sebelum nak merayu ke pusat zakat dan sebagainya. Tahukah kalian sebelum kita nak menderma atau nak bersedekah kpd orang luar, kita sepatutnya cari dulu dlm kalangan ahli keluarga kita ada tak yg betul2 dlm kesempitan?

Terus terang aku bercerita, ahli keluarga kami ni memanglah asalnya dari keluarga yg susah di kampung (typical kn? Orang dulu2 memang la kebanyakkannya hidup susah ye tak?) Pun begitu pada hari ini kebanyakkannya sudah berjaya dan anak cucu juga memang golongan terpelajar dan punya kehidupan yg lebih stabil. Cuma ada sorang dua je yg ada ketika diuji dgn pelbagai ujian macam sakit, kematian atau mcm2 lagilah ujiannya. Ujian ni sebenarnya bukan ujian dia sorang (sepupu) tapi ujian buat waris atau wali yg bertanggungjawab ke atasnya. Memandangkan ayah dia dah meninggal dan kehilangan suami, kini bapa2 saudara (salah seorangnya ialah ayahku) perlu menjalankan tanggungjawab mereka membantu anak sedaranya ini. Sebenarnya persatuan keluarga kami ni dah lama bertemu untuk pelbagai perkara dah bermula dari majlis perkahwinan aku lagi (5 tahun yg lalu) atau mungkin sebelum tu aku tak berapa pasti sebab belum melibatkan diri. Merekalah yg menjadi tulang belakang masa majlis perkahwinan aku tak lupa juga ahli keluarga sebelah mak aku. Erm, nanti la klu ada masa aku cerita sikit pasal majlis yg tak seberapa tu ye..peram lama2 lagi sedap mcm jeruk, hehe..)

Ziqri & Zara with Atuk & Opah




















Hari Raya Ketiga:
OK, masuk raya ketiga kami dah kene gerak ke kampung suami pulak di Palong, Negeri Sembilan. Hurm, baru je cucu2 nak bermesra dgn atuk dan opah, dah nak kene gerak. Tapi sebelum tu kene turunkan my sis kat rumah dia di Puchong la sebab sepanjang cuti perayaan tu kami pinjam salah sebuah kereta dia. Syukur perjalanan lancar tapi penatnya hanya Allah SWT yg tahu. Memang jauh jugak la travel dari pintu ke pintu tu makan masa 6-7 jam jugak la..Sampai je kat sana cuma kakak sulung suami je yg tinggal sebab yg lain2 dah mula bergerak.

Hari Raya Keempat:
Setelah bermalam kat situ, esoknya kami terus bergerak ke rumah kakak suami yg lain plak di Seri Kembangan dan disitulah kami berkumpul balik mana yg ada. Cuma dua org adik ipar aku yg baru menimang anak sulung tu tak ketemu sebab masing2 dah beraya di rumah mertua diaorang plak..Adik beradik suami ada 8 orang dan semuanya telah selamat mendirikan rumah tangga dan punyai zuriat masing.

Hari Raya Kelima:
Dan keesokkan harinya kami dihantar oleh kakak & abang ipar suami ke KLIA utk kembali pulang ke Sarawak. Kiranya selesai sudah ceritera aidilfitri aku kali ni. Segala penat lelah dan persiapan kami pulang beraya berbaloi apabila dpt menatap wajah2 orang tersayang dan bertemu mesra dgn saudara mara yg lama tak berjumpa.

Tapi walaupun lama kami tak berjumpa, pada pertemuan kami kali ini, aku terasa begitu dekat dan macam baru semalam aku jumpa mak, ayah, adik-beradikku dan adik-beradik suami. Guess what? Because we've meet almost every single day actually...in WHATSAPP!!! Yup, that's what communication & technology for inst' it?! Even a small village or probably rural area here got the NET, thank God!

No comments:

Post a Comment