THIS BLOG WAS CREATED ALONG THE JOURNEY TOWARDS MY BETTER LIFE AS I AM STRUGGLING THE VERY BEST OF ME AS A MOM OF TWO ADORABLE KIDS, ZIQRI (5YO) & ZARA (3YO), A LOYAL WIFE THAT ALWAYS WANNA BE BY MY HUBBY'S SIDE, Mr. ZAM (Mr. TEACHER) AND CURRENTLY WORKING ON MY ONLINE GRAPHICS DESIGN JOB on @m.designworks (instagram)

LET'S BE MY NEW FRIENDS AND SHARE YOUR OPINION WITH ME
ツ NICE TO MEET U TOO!

Monday, 3 August 2015

Ceritera Aidilfitri 2015, 1436 HIJRAH

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Lama nye nak tunggu sampai aku ada masa terluang nak update story pasal sambutan hari raya ni (budget mcm ade org tggu entry aku je, hahaha..) Tapi mungkin suatu hari nanti anak cucu aku je yg baca pun takpelah ye tak? Inshaallah..sebut yg baik2 belaka ye..Memamndangkan arini aku sempat siapkan order client cepat skit, so ade masa lg before anak2 bangun dr tidur di pagi yg sgt indah ni, meh aku ceritakan sikit kisahnya..

Hari Raya Pertama:
Sambutan sederhana je kt umah mak ayah aku kt Perak tu sebab kami hanya ada tiga adik beradik je. Aku balik dgn adik perempuan dan anak dia yg umur setahun coz husband dia tak dapat cuti raya tahun ni. Berkhidmat utk keamanan negara. So makanan biasa memang tak banyak pilihan sebab klu masak banyak2 pun nanti tak habis, membazir pulak. Biasanya benda paling basic yg wajib ada dah tentulah laksa, lemang & rendang dan kuih raya yg plg sedap air tangan mak ialah kuih semperit, biskut cornflakes & biskut arab. Aku pula hanya bawa balik kek lapis sarawak utk mak. Pagi tu my husband bawak ziqri ke masjid sembahyang raya & aku dan zara bersiap di rumah je. Lepas semua balik masjid, biasa la aktiviti bersalam-salaman dan bermaaf-maafan dlm family lepas tu kita sarapan la apa menu yg ada kat atas meja tu. Tapi jgn makan banyak2 tau, nanti lepas ni nak gi makan umah orang lain plak, wahaha!


My lovely family : Hari Raya Pertama



















 
Selepas habis sesi bergambar sakan dgn my sis kat depan umah sendiri, kitaorang terus gerak ke rumah opah sebelah mak, sebab opah & atuk sebelah ayah memang dah lama meninggal dunia sejak mak ngn ayah aku kawin lagi. So memang setiap tahun kami beraya di rumah opah sebelah mak yang duduk kampung selang dua tiga kampung dari rumah kami je. Dalam 5 kilometer camtu je rumahnya. Even mak dan ayah aku ni orang sekampung jugak pun. Ayah orang hulu, mak pulak orang hilir. Biasa la tu kan orang kampung dulu2 kawin sekampung aja..Bila raya memang tak payah nak kompromi nak balik kampung mana satu ye tak?

Satu perkara yg paling aku takkan lupa pada ketika kami berkumpul utk bergambar bersama opah, makcik2 dan sepupu2 yg lain ialah kata2 opah, "Moh semua bergambo dgn Pah. Tahun ni last dah Pah ada dlm gambar.." (dialek Perak) Tersentap mindaku mendengar kata2 spontan tu. Semoga Allah SWT sentiasa beri perlindungan & kesejahteraan pada Opah tak kira dimana berada. Amin..


Olive green hijab - my opah, Pink hijab on d right - my mum



















 
Habis kami pusing sebelah pagi beberapa rumah saudara mara sebelah mak yg ada sebelum solat Jumaat. Satu ketika tiba di rumah sepupu mak utk berjumpa opah saudara, Pah Ma (kakak kepada opah kami) yg sedang terlantar sakit di rumah salah seorang anak nya iaitu sepupu mak ni. Majoriti sepupu mak dari keluarga Pah Ma ni ialah golongan pendidik atau lebih tepat lagi GURU termasuklah rumah yg kami singgah ni. Suami isteri guru dan rumahnya Mashaallah tersergam indah dalam kampung tu sebuah banglo sederhana tapi cukup selesa utk keluarga mereka. Boleh dikatakan kesemua sepupu mak yg bergelar guru tu pernah mengajar kami ketika zaman persekolah dulu. Mana tak nya semua mengajar di daerah tu je..Sudah tentu kami kenal rapat, cuma masa je menentukan pertemuan kami setelah sekian lama tak berjumpa. Berkat hari Raya Aidilfitri yg mulia, kami kembali menjalin Sillatulrahim.. 

Sempat kami 3 beradik ni bergambar kat umah Cikgu Mat Isa


 
















Pun begitu satu reaksi yg hingga kini sukar utk aku lupakan bila mana dalam perbualan kami ada yg bertanya padaku, "Midah dok kat mana? kerja apa sekarang?" Soalan yg plg susah aku nak jwb sebab aku sendiri sedang mengusahan sesuatu lebih dr sekadar menjawab soalan cepu cemas tu. Setelah aku jawab, "Dok kat Sarawak, suri rumah je la.." dan reaksi mereka is like, "WHAT?!!!"

Jika kalian juga punya ekspresi yg sama bg jawapan aku tadi, bleh baca kat link ni utk details

SURI RUMAH TANGGA SEPENUH MASA PILIHAN TERBAIK (BUAT MASA INI !)  

...to be continue

No comments:

Post a Comment