THIS BLOG WAS CREATED ALONG THE JOURNEY TOWARDS MY BETTER LIFE AS I AM STRUGGLING THE VERY BEST OF ME AS A MOM OF TWO ADORABLE KIDS, ZIQRI (5YO) & ZARA (3YO), A LOYAL WIFE THAT ALWAYS WANNA BE BY MY HUBBY'S SIDE, Mr. ZAM (Mr. TEACHER) AND CURRENTLY WORKING ON MY ONLINE GRAPHICS DESIGN JOB on @m.designworks (instagram)

LET'S BE MY NEW FRIENDS AND SHARE YOUR OPINION WITH ME
ツ NICE TO MEET U TOO!

Tuesday, 9 June 2015

Bagaimana nak jadi suri rumah yg baik? BAHAGIAN TIGA [[...MY VERSION...]]

...SAMBUNGAN DARI ENTRI AKU YG LALU

Kali  ni aku ambik masa agak lama skit utk hasilkan entry ni. Sebabnya pada fasa kehidupan aku sendiri, bahagian ni la yg plg penting yg sedang aku usahakan iaitu:

bahagian 4 dr 4: MEMASTIKAN SEMANGAT DIRI BERTERUSAN

- keluar dari rumah secara berkala: hurm, ye la klu dah nama nya suri rumah mesti la duduk je kat dlm rumah tiap2 hari sbb aktiviti yg dilakukan dah tentu la kt rumah sndri. Pada aku mmg mudah utk keluar berjln2 sblm ada anak2 kecik dlu sbb tggl nak amek kunci kereta n drive je. Memandangkan skg aku sentiasa bersama dgn anak kecik yg masih menyusu badan ni, jd aku mmg perlukan suami utk temankan aku keluar. Tapi so far mmg setiap hari aku cuba utk keluar wlupun sekadar utk beli benda2 simple mcm air kotak milo. Pointnya kat sini minda kita akan refresh skit la bila kita berada di environmanet yg berbeza. Klu dpt keluar selang dua tida hari pun dah rasa ok wlupun ada kala aku lepak dlm kereta je. Short escape! everybody need it!

- bersosial/ berkawan: btul la bunyi mcm simple, tp kehidupan bersosial tu sebenarnya agak penting. Sekurang-kurangnya ada seseorg yg bleh mendengar cerita kita atau kita juga boleh mendengar cerita dari org lain. Satu ketika aku sebenarnya telah tinggalkan semua sosial life yg aku ada disebabkan terlalu sibuk dgn aktiviti rumahtangga. Lagi pula aku seakan tidak berminat mengambil tahu aktiviti rakan2 yg lain sebab kisah kehidupan mereka terlalu berbeza dgn kehidupan yg aku alami sekarang. Sebab tu la aku nekad utk memulakan blog ni supaya aku boleh berkongsi kisah dgn para suri rumah yg mungkin punya nasib yg sama mcm aku. Jadi kita akan lebih mudah memahami cerita masing2. Jom la kongsi cerita korg jika korg juga merupakan suri rumah tangga sepenuh masa.

- mempunyai hobi: Hobi boleh buat kita rasa gembira. Yup, aku memang ada byk hobi sebenarnya. Plg aku suka ialah menjahit. Tapi malangnya aku tak punya banyak masa terluang utk melakukannya. Tu yg ada kala frustrated sgt dgn busy life yg ada skg. Sebab aku bukan sekadar suri rumah yg menjaga dua anak sahaja, aku  juga menjlnkn bisnes on9 & design work yg sentiasa perlu disiapkan ikut dateline. However, aku perlu consider design job aku ni as a part of my hobby jugak la.. Sbb lepas aku siapkan satu2 project atau artwork, kepuasan yg dtg tu mmg ckup buat aku rasa kembali ceria :)

 - pertimbangkan untuk sambung belajar: yg ni lebih kpd suri rumah yg mana anak2 die dah meningkat dewasa & dia mula ada lbh masa terluang. Tapi utk sementara waktu ni pada aku dgn google yg ada ni mcm ckup utk kita search apa shj maklumat yg kita nak utk tambah ilmu pengetahuan. Tapi klu bleh selidik dlu la kesahihan maklumat tu. Takut terjebak ajaran sesat kang susah plak jadinye...Nauzubillahiminzalik, minta dijauhkan...

- pertimbangkan kerja sampingan: so far aku dah ada beberapa on9 bisnies sendiri tapi pada aku bukan mudah utk jadikan sesetgh perniagaan ni sbg sumber pendapatan tetap kita. Dlm byk2 jenis, bidang design yg aku plg berjaya buat setakat ni..Alhamdulillah. Buat sesuatu yg kita betul2 mahir & apa yg memang ada permintaan dlm pasaran. Korang kne explore sendiri dari satu masa ke satu masa sbb takkan ada satu bisnes yg sesuai dgn semua org. Nanti aku akan ceritakan mcm mana tips dan cara mulakan perniagaan online dan apa cabaran yg perlu ditempuh, so teruskan menyokong blog ni ye!

- biar ahli keluarga bantu kerja anda sekali sekala : bahagian last skali ni aku paling suka la..minta suami atau anak2( yg dah besar la..) utk buat semua kerja2 rumah sekurang-kurang nya sebulan sekali supaya mereka tahu bahawa kerja2 rumah ni bukan kerja yg senang agar mereka menghargainya kelak. Sedangkan org kerja lagikan ada mcm2 cuti, inikan pulak suri rumah yg kerja tanpa henti Apa salahnya klu kita dapat cuti. Kita juga perlukan masa utk diri, mungkin ke spa, saloon atau shopping mall (perasan la aku kaya sgt nak g benda2 tu semua, wahaha!) setidak2 nya dapat goyang kaki tgk tv dr pg sampai malam utk sehari pun dah cukup nikmat rasanya. Yg ni memang memerlukan sgt kerjasama dari suami..sgt3 perlu


Selesai akhirnya..berjaya juga aku menghabiskan tips 'Bagaimana nak jadi suri rumah yg baik' ni hari ni. Sebenarnya tips ni aku ambil dari satu website yg korg bleh click kat bawah ni klu nak baca sendri full version


http://www.wikihow.com/Be-a-Good-Housewife 

 

Semoga perkongsian aku kali ni bermanfaat utk kalian, jika ada tersilap kata, mohon maaf dari aku.. sekadar perkongsian yg aku rasa lebih mudah difahami utk mereka2 yg berada dlm situasi yg sama.


والله أعلمُ بالـصـواب

No comments:

Post a Comment