THIS BLOG WAS CREATED ALONG THE JOURNEY TOWARDS MY BETTER LIFE AS I AM STRUGGLING THE VERY BEST OF ME AS A MOM OF TWO ADORABLE KIDS, ZIQRI (5YO) & ZARA (3YO), A LOYAL WIFE THAT ALWAYS WANNA BE BY MY HUBBY'S SIDE, Mr. ZAM (Mr. TEACHER) AND CURRENTLY WORKING ON MY ONLINE GRAPHICS DESIGN JOB on @m.designworks (instagram)

LET'S BE MY NEW FRIENDS AND SHARE YOUR OPINION WITH ME
ツ NICE TO MEET U TOO!

Friday, 22 May 2015

Bagaimana nak jadi suri rumah yg baik? BAHAGIAN DUA [[...MY VERSION...]]

KALIAN BOLEH LA CLICK LINK KT ATAS TU YE UTK BACA DARI MULA

...SAMBUNGAN DARI ENTRI AKU YG LALU

bahagian 3 dr 4: USAHA LEBIH LAGI:

- jaga hubungan intim dengan pasangan: Ha..yg ni aku tau ramai yg 'expert' sgt pasal topic ni. Lambakan produk di pasaran sekarang yg katanya utk menjaga hubungan suami isteri, nak bagi suami syg, nak bagi isteri syg - dgn testimoni yg 18 tahun ke atas tu mmg nyatalah sesuai sgt dgn keadaan di mana para isteri skrg mmg nk sgt tambat hati suami dlm bab2 cmni.  Bukanlah utk menyangkal keberkesanan produk2 tersebut malahan aku pun akan syorkan pd rakan2 jika benar ada yg betul2 baik . Tapi pd aku hubungan yg baik tu bermula dgn suasana yg baik dan suasana yg baik bermula dgn HATI YG BAIK - tenang, ikhlas, setia, sayang, cinta, sabar, sanggup bekorban & segala jenis persefahaman dlm perhubungan. Jika semuanya baik, Inshaallah hubungan intim sesama pasangan juga akan baik. 

- ambil tahu keperluan pasangan: Setiap pasangan memerlukan perkara yg berbeza dari pasangannya. Mungkin ada yg sgt menitikberatkan soal pemakanan tapi masih selesa jika rumah tidak sekemas & sebersih mana. Ada yg tidak boleh tgk rumah bersepah atau mahu pakai pakaian yg digosok kemas tapi kurg cerewet memilih makanan. Apa yg penting dlm situasi ni adalah kerjasama. Bagi ruang utk diri masing2 bersendiri sekali sekala agar ada masa utk lbh berfikir dgn lbh tenang. Sbg isteri, sentiasa cari peluang utk sediakan perkara terbaik setiap hari cthnya masak masakkan kegemarannya & paling penting sekali menyambut kepulangan suami dgn senyuman. (Semoga aku sentiasa igt setiap hari)

- sediakan aktiviti berfaedah buat anak2: Tak semestinya kita perlukan kos yg tinggi utk melakukan aktiviti bersama anak2. Pada aku cukup sekadar bawa anak ke taman permainan awam, atau bawa mereka mandi laut utk membawa mereka keluar dari persekitan dlm rumah dua atai tiga hari sekali. Dedahkan mereka dgn persekitan luar & alam semulajadi agar otak mereka lbh berkembang. Jika mampu bolehlah membeli 'education toys' agar mereka ada aktiviti utk dilakukan di rumah. Jika tidak, kita boleh lakukan aktiviti yg simple2 je macam melukis atas kertas A4 pun dah memadai mcm yg aku sering lakukan dgn anak2. Inshaallah klu ada masa aku kongsi lg tip2 psl aktivit bersama anak2 ni. Byk jgk yg tak perlukan kita beli mainan mahal2 pun..

- jadi perancang majlis yg baik (jika berkemampuan): ...

- ciptakan suasana yg ceria dlm kediaman: Yg ni ramai kot surirumah mmg pandai decor2 rumah ni. Mmg penting la dekorasi rumah yg baik boleh ceriakan hari2 isi rumah. Tapi klu umah ada anak2 kecik tu faham2 je la jenis hiasan mcm mana yg sesuai kn. Dz is my experties. Tapi nk cerita yg lbh2 mcm aku slalu design utk client tu mmg blum ada rezeki lagi la. Memandangkan kami pun belum tggl di kediaman yg tetap. Sbb tinggal di 'borneo island' ni tak perlu lg la nk siapkan semua bagai..sekadar ada perkara2 asas dh memadai. Yg penting pada aku, NO DUST, NO STICKY FLOOR, NO UNPLEASANT SMELL is more than good enough for a house to live our life.

- galakkan pasangan keluar rumah selain dr pergi bekerja utk melakukan aktiviti fizikal yg baik utk kesihatan:

 

 

Ada lagi satu part yg last skali aku belum huraikan lagi sebab rase mood nk menulis smpi sni je.. Sebab part yg last tu paling penting utk aku aplly dlm hidup. Klu korg nak tau 'apakah?', tggu next entry ye. Semoga kita sama2 buat yg terbaik utk diri kira & ahli keluarga tercinta


والله أعلمُ بالـصـواب 

 ...akan bersambung...

1 comment:

  1. hmm reminder yang baik utk saya. kdg2 kena baca orang lain punya post baru nak ingat huhu

    Sarah
    powderpurrfect.blogspot.com

    ReplyDelete