THIS BLOG WAS CREATED ALONG THE JOURNEY TOWARDS MY BETTER LIFE AS I AM STRUGGLING THE VERY BEST OF ME AS A MOM OF TWO ADORABLE KIDS, ZIQRI (5YO) & ZARA (3YO), A LOYAL WIFE THAT ALWAYS WANNA BE BY MY HUBBY'S SIDE, Mr. ZAM (Mr. TEACHER) AND CURRENTLY WORKING ON MY ONLINE GRAPHICS DESIGN JOB on @m.designworks (instagram)

LET'S BE MY NEW FRIENDS AND SHARE YOUR OPINION WITH ME
ツ NICE TO MEET U TOO!

Monday, 18 May 2015

Bagaimana nak jadi suri rumah yg baik? BAHAGIAN SATU [[...MY VERSION...]]

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ  

hurm, pejam celik pejam celik dh hampir setahun aku bergelar suri rumah bila menghampiri bulan Jun ni. Perkara yg plg aku hairan sekali pasal blogging ni ialah mcm mane seseorg tu ade begitu byk masa utk update blog sedangkan aku punyalah susah nak cari masa utk diri sendiri. Harini terdetik hati utk nk research skit psl housewife internationally lalu aku jumpe satu tips berkenaan mcm mana nak jadi suri rumah yg baik. Kebetulan anak2 dh tdo awal skit. So, here we go.. D blog was in ENGLISH VERSION but i think it's better for me to elaborate it in MALAY la spy lbh senang nak sampaikan isi kandungan tu dr perspektif aku sendiri. Lgpun my grammar mmg terabur jgk klu english version nnt.

Sambil research, sambil share, sambil apply la dlm kehidupan seharian. إن شاء الله

TIPS JADI SURI RUMAH YG BAIK:

bahagian 1 dr 4 : MENGURUSKAN RUMAH TANGGA


- masak makanan yg sihat: Aku sendiri  mmg suka memasak utk suami spy aku blh jg mknn husband tercinta. Sbbnye husband ni ada gout di usia muda, jd mmg byk ingredients yg die tak bleh mkn. Mgkn hikmahnya aku di beri kesempatan utk jd suri rumah agar dpt mengawal pemakanan die. Tapi sekali sekala dia teringin nk langgar pantang tu takpelah.. kesian pulak nanti kempunan tak dpt mkn bnda sedap2 exspecially seafood.

- bersihkan rumah sebaik mungkin: Bab ni aku rasa mmg aku plg concern la. Sbb dlu mak aku sndri pun mmg suri rumah yg sgt rajin mengemas rumah. Seharian kerja die mmg pastikan semua benda teratur & bersih. Sampaikan semua sedara mara puji rumah mak la yg plg bersih pernah diaorg masuk. Tapi aku tak la sebagus mak. Cuma dh jadi kebiasaan dulu aku dibesarkan dlm environment yg sgt bersih, jd secara automatik aku jd stress klu tgk rumah bersepah. Maklumlah anak2 kecik bawah 6 tahun ni mana la dpt disiplin sgt utk perkara ni. Paling aku tak bleh tahan klu lantai rumah melekit2. Urgh! Terus stress dtg. Nk kata sampai tahap OCD tu mmg la tak..Tapi tu la mmg plg lama pun dua hari sekali mesti nak mop lantai. Nasib baik la rumah pun kecik je ;)  Actually time kje dlu tak perlu kerap kemas rumah sgt pun. Sbbnya anak2 pun habiskan masa di rumah pengasuh & tak ada sape yg gunakan rumah di siang hari bila aku & suami masing2 di tempat kerja.

- basuh & jemur pakaian sendiri: Yg ni klu zaman bujang dlu basuh baju utk sorg, skg dh berempat so 4 kali ganda la kerjanya. Tapi kira tak la susah sgt sbb skg dh ade mesin automatik. Die yg part agak susah tu time nak lipat baju. Dgn dua budak kecik bergumpal dlm timbunan baju2 tu. Haish..nak tunggu anak2 tidur baru nak buat? Erm, mmg tak la sbb byk lagi kerja yg nak dibuat seharian. Penggunaan masa tu sgt2 la limited

- buat jadual kerja harian: Baru jp td mention pasal time management. Fuh, yg ni dah hampir setahun pun aku rase belum cukup mahir lg. Memandangkan aku masih ambil job2 interior yg kebanyakkannya mmg short noticed, jd aku perlu siapkan kerja2 tersebut dgn segera. Pandai2 la kena curi2 masa utk siapkan semuanya. Tambahan pulak aku pun ada buat sikit on9 biz yg kehadiran pelanggannya tak tentu masa. Beza masa aku kerja dulu, aku byk gunakan masa dipejabat utk reply order customers dan bos pun tak marah sbb die tgk prestasi kerja aku baik & kerja sentiasa siap ikut dateline. So kesimpulannya belum ada jadual yg betul2 sesuai dgn cara hidup aku setakat ni

- bangun awal pagi: ....

 - pastikan persekitaran yg sihat: Erm..bab ni aku pun masih berusaha utk memastikan emosi ahli keluarga sentiasa berada dalam keadaan yg baik. Mcm aku sendiri mmg sebulan sekali rase nak mengamuk. Tggu bulan mengambang :) Tak tau la tiap kali bulan mengambang je rase mcm ada problem dlm rumahtangga. Padahal takde apa2 pun sebenarnya. Klu bleh perkongsian ni dpt la mengajar aku utk lbh mengawal emosi demi kebaikkan rumahtangga.


bahagian 2 dr 4: MENJAGA PERHUBUNGAN DGN PASANGAN


- bincang apa yg diharapkan dgn pasangan: Sering aku suarakan betapa aku teringin benar utk kembali bekerjaya sepenuh masa suatu hari nanti. Kerana minat aku yg sgt mendalam dlm bidang DESIGN ni & ternyata aku telah membuktikan bahawa aku pernah buat yg terbaik dlm hasil kerja aku. Namun disebabkan kekangan tempat tinggal kami pada ketika ini iaitu di kaw. luar bandar menyebabkan tiada peluang perkerjaan yg menanti. Suami berharap pd aku spy dpt menjaga anak2 kecil kami ini dgn baik & dia akan membenarkan aku bekerja bila tiba masanya kelak.

- pastikan penampilan sentiasa kemas: O..K..bab ni aku plg concern jgk. Sbbnye aku ni mmg yg jenis agak suka menjaga penampilan bila keluar dari rumah. Dan begitu jugalah apa yg seharusnya ditonjolkan dlm rumah. Nak kata kena make-up tu tak la jgk..Sekadar guna alat kecantikan biasa mcm moisturizer n body losyen sekali sekala tu boleh la. Aku paling tak setuju dgn tanggapan sesetgh pihak bahawa suri rumah ni selekeh & busuk. Sbb aku pernah baca pelbagai kisah yg mengatakan suri rumah ni tak pandai jg penampilan, tak cantik, tak wangi. NO! NO! NO! For me hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Sbbkan aku pernah baca kisah2 mcm suami ade perempuan simpanan sbb isteri die rambut busuk buatkan aku kerap basuh rambut spy tak busuk. Sbbkn aku pernah baca pndpt seorg wanita bekerjaya mengatakan suri rumah ni busuk membuatkan aku mandi dua tiga kali waktu siang klu cuaca panas sgt. Tiada alasan utk sesiapa memandang rendah pada para2 isteri yg bergelar suri rumah. Apa2 pun kecantikan sebenar dtg dr hati. Aku lihat sekiling aku sendiri dlm ahli keluarga, betapa ramai isteri2 yg kelihatan ala kadar namun suami mereka sgt sygkn mereka disebabkan mereka ikhlas berbakti utk rumah tangga. Mereka2 inilah sumber inspirasi ku

 - layan pasangan spt seorg dewasa: Just biarkan pasangan pilih sendiri apa yg mereka nak buat, apa yg mereka nak pakai atau biarkan mereka buat keputusan dlm sesetgh perkara & cuba beri kepercayaan kpd mereka. Ya, betul la kdg kala aku pun rasa mcm nak kawal apa yg suami buat, sbb dh terbiasa mcm hal anak2 kita yg uruskan..cuma bab pakaian tu mmg aku kne tolong jgk sbb die mmg takkan decide sendiri baju apa yg nak beli n pkai.

- jadi pendengar yg baik: Erm, mmg la klu bleh aku suka nak dengar husband bercerita. Tp husband jenis pendiam..agak jarang nak dengar die mengadu apa2. Tapi aku harap setiap kali die mula berckp, aku akan sentiasa ada masa utk mendengar coz of most of my time wt my baby girl which still fully bf.

- cari keseimbangan dlm pertengkaran dan cuba elakkan jika perlu: Yg ni aku pun tak tau nak komen apa. Biase la rumah tangga mana yg tak ada masalah, manusia mana yg tak pernah marah. Setiap kali aku marah, aku harap utk sentiasa ingat supaya tidak lalai dgn hasutan syaitan yg sentiasa berusaha porak porandakan rumah tangga. Alhamdulillah hampir 5 tahun usia perkahwinanku, sedikit sebanyak persefahaman mula terbentuk dr setiap konflik yg berlaku.

- syg & cintai pasangan seadanya: Aku pun harap kami saling menyayangi seadanya. We r not Mr or Mrs perfet 10 after all. Tapi pada aku tak salah klu minta pasangan utk memperbaiki diri dr masa ke semasa. Klu ade kekurangan yg perlu diperbaiki, takkan la masing2 nak kekalkan keadaan diri yg tak baik tu, betul x?


Rasanya cukuplah celoteh aku utk hari ini. Hari pun dah agak lewat jgk ni. Selalunya aku pasti dah tertidur di waktu2 mcm ni. Tapi disebabkan nak cari maklumat punya pasal, aku gagahkan jua mengadap PC. Benda ni aku share bukan utk main2. Aku harap 'isteri & ibu kpd dua org cahaya mata' ni dpt betul2 mula memperbaiki kehidupan seharian demi keluarga tercinta. Ilmu perlukan Amal


والله أعلمُ بالـصـواب 

 ...akan bersambung...

No comments:

Post a Comment