THIS BLOG WAS CREATED ALONG THE JOURNEY TOWARDS MY BETTER LIFE AS I AM STRUGGLING THE VERY BEST OF ME AS A MOM OF TWO ADORABLE KIDS, ZIQRI (5YO) & ZARA (3YO), A LOYAL WIFE THAT ALWAYS WANNA BE BY MY HUBBY'S SIDE, Mr. ZAM (Mr. TEACHER) AND CURRENTLY WORKING ON MY ONLINE GRAPHICS DESIGN JOB on @m.designworks (instagram)

LET'S BE MY NEW FRIENDS AND SHARE YOUR OPINION WITH ME
ツ NICE TO MEET U TOO!

Thursday, 14 May 2015

my beloved teacher

Sempena sambutan hari guru 2015 pada 16 mei yg bakal tiba, hatiku terpanggil utk menulis satu kisah berkenaan seorang guru. Jika ingin diingatkan para guru yg pernah mendidik aku satu masa dahulu, mmg tak terhitung jumlahnya kerana saban tahun, guru bersilih ganti. Lagi pula semakin byk subjek yg dipelajari, maka semakin ramai guru yg ditemui dr peringkat tadika lagi hinggalah ke alam universiti. Namun ada seorg guru yg benar2 dekat & akan sentiasa ada dlm ingatan aku.

AYAH

Ya, ayah aku sendiri. Cikgu Yussof bin Taib, atau nama glemer nye di kampung, Cikgu Din ABF 4224 (no plate kete saga putih 1st edition yg skg rasenye dh lupus kot kete tu. Disbbkn rmai yg nama Cikgu Din di kampung dlu tu yg ada lg signature kt blakang. Hehe..) Berbalik pada cerita ayah. Beliau merupakan seorg guru sekolah rendah berkelulusan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) yg kini dikenali sbg UPSI. Sejak dr aku tadika hinggalah tamat sekolah rendah, beliaulah yg byk memberi tunjuk ajar utk aku & adik perempuan sbb beza kami hanya selang setahun. Jadi tahap pembelajaran kami adalah hampir sama. Setiap mlm kami diberi disiplin mesti berada di meja study sekurg-kurgnya satu jam & beliau akn tggu kt tepi tu utk kami rujuk klu ada apa2 yg tak faham. Beliau menjadi pembimbing semua subjek kami sepanjang persekolahan di sek rendah.

Ayah merupakan guru pakar dlm bidang pendidikan khas kanak2. Ni bukan yg OKU tu, tp utk pelajar2 yg tercicir dlm pelajaran spt lambat mengenal huruf, kurg bercakap & sgt ketinggalan berbanding rakan2 lain yg seusia. Jadi beliau perlu menggunakan pendekatan yg berbeza utk membantu golongan pelajar ni belajar. Mgkn rmai dikalangan para guru atau ibu bapa pd masa sekarang ni cukup tahu tentang kewujudan bidang ni. Tapi apa yg aku ingin ceritakan di sini ialah bagaimana situasinya seorg guru di zaman 90an dulu menjlnkn tugas.

Ayah mempunyai satu bilik khas di sekolah. Ada kala selepas ayah pulg kerja tgh hari, beliau akan pergi semula ke sekolah. Sehinggalah satu masa aku teringin benar utk mengikut ayah ke sekolah. Lalu ayah pun membawa aku bersamanya. Jika sekarang aku sedia maklum bahawa guru2 perlu menyediakn ABM(alat bantu mengajar) yg selalunya disediakan menggunakan komputer. Bayangkan situasi di zaman 90an di mana belum ada lg penggunaan komputer. Jika ABM guru2 lain pun agak sukar disediakan, inikan pula AbM ayah selaku guru pendidikan khas. ABM yg beliau gunakan mmg perlu lbh interactive & effective sbb students beliau ni bukan mcm students lain yg normal. Di situ aku melihat ketekunan beliau, melukis2 setiap gmbr2, setiap abjad di atas kepingan cardboard, kertas kotak yg beliau kutip entah dari mana. Utk buat flashcard mengajar pelajar ni sama mcm ibu2 yg guna flashcards yg di beli di kedai kanak2 tu utk ajar anak kecik 2-3 taun mengenal benda. Ayah buat semua manual handrawing & guna template ABC yg skg masih ada jual kt kedai stationary tu. Tidak pernah  ada kamera yg sempat merakam kegigihan ayah semudah aku snap gmbr flashcards anak yg dicetak mass production dr syarikat produk kanak2 masa kini. Setiap lukisan dr kerja tgn beliau aku teliti & dari situ jugalah timbul minat aku dlm bidang seni. Maka sbb itulah ayahlah cikgu terbaik yg pernah aku selusuri kisah kerjayanya di depan mata.

Satu masa tiba pula giliran aku, mendapat peluang memcuba utk mnjd guru di sek menengah secara sementara. Masih ku igt ayah berkata padaku, "hg takkan bolehnye jadi cikgu. Aku tau la.." Namun hati berkobar2 ingin membuktikan bahawa aku juga punya minat utk mnjd pendidik sptnya. Lalu setelah ku cuba, tidak sampai setahun pun aku minta berhenti. Mgkn aku ni kurg kekuatan mental. Betul la kata ayah, kerana beliau lebih mengenali aku. Pernah aku dengar org berkata, "mcm mana ayah kita, kemungkinan besar mcm tu la suami kita" Secara kebetulan kebenaran itu terkena pd aku, di mana suami ku kini seorg guru sek menengah.

Mmg la dikalangan mana2 ahli keluarga pun mmg yg ramai jd cikgu sbb kerjaya ni mmg perlukn byk tenaga kerja. Tapi aku betul2 hormat & tabik spring kpd sesiapa shj yg kini bertugas sbg guru dgn seikhlas hati mendidik anak bangsa. Aku sgt memahami kesukaran tugas guru ini kerana aku sndri pernah merasa menjadi guru pada suatu ketika dahulu wlupun tempohnya tak lama. Hanya Allah SWT shj yg mampu balas kebaikan yg kalian beri. Aku doakan semoga Allah SWT ampunkan dosa2 kalian & beri kekuatan utk meneruskn tugas serta memberkati kalian dunia & akhirat. Amin..Inshaallah

SELAMAT HARI GURU 2015


No comments:

Post a Comment