THIS BLOG WAS CREATED ALONG THE JOURNEY TOWARDS MY BETTER LIFE AS I AM STRUGGLING THE VERY BEST OF ME AS A MOM OF TWO ADORABLE KIDS, ZIQRI (5YO) & ZARA (3YO), A LOYAL WIFE THAT ALWAYS WANNA BE BY MY HUBBY'S SIDE, Mr. ZAM (Mr. TEACHER) AND CURRENTLY WORKING ON MY ONLINE GRAPHICS DESIGN JOB on @m.designworks (instagram)

LET'S BE MY NEW FRIENDS AND SHARE YOUR OPINION WITH ME
ツ NICE TO MEET U TOO!

Sunday, 27 September 2015

sedikit tips kehidupan selepas berkahwin

Baru2 ni aku jumpa komik ni yang nampak macam agak kelakar..



To just look at it might be like, "so funny!" is it? But for those who are in the mummy's side of situation, this is not funny at all, OK!

Sebenarnya situasi ni jarang berlaku pada aku pada ketika ini walaupun aku ada dua orang anak macam dalam cerita komik tu. Nak tau macam mana aku buat? Ha..teruskan tekun membaca ye puan2 :)

Kehidupan selepas berkahwin ni banyak sangat perbezaannya yang paling ketara sekali selepas mempunyai anak atau beberapa orang anak. Pun begitu kita (sebagai isteri dan ibu) perlu dari masa ke semasa mencari penyelesaian dalam setiap isu yang timbul untuk memudahkan lagi kehidupan kita walaupun memang tidak ada yang mudah di dunia ini sesungguhnya. Pada aku, key point untuk kebahagiaan selepas mendirikan rumah tangga dan beranak-pinak ialah KERJASAMA dan TOLAK ANSUR. Tak perlu nak tunggang langgang macam dalam komik tu betul tak? So for those who wanna make it easier for your life, apa yang anda perlu lakukan ialah dapatkan kerjasama dari pasangan anda. YES! minta pertolongan dari pasangan anda setiap kali anda memerlukannya. It is OK to ask for a help if we really need it.

Dulu masa ada Ziqri sorang, memang aku siapkan dia sendirian je and siap sempat bersolek bagai bila time nak keluar. Tapi bila dah start ada Zara, tu yang tak sempat aku nak buat sorang. So, apa aku buat ialah sebelum aku mandikan anak-anak, aku akan keluarkan pakaian diaorang dan apa-apa yang berkaitan letak satu tempat dan cakap dengan hubby, "Sayang..ni baju budak2 nanti tolong ye.." dan lepas tu aku akan mandikan anak-anak. Lepas mandikan diaorang, aku terus masuk bilik air untuk mandi dan bila aku keluar dari bilik air selalunya hubby sedang tolong pakaikan baju diaorang. Sambil tu boleh la aku pulak yang bersiap. Hubby punya bersiap kejap je lepas tu tiba2 dah angkut budak2 masuk kereta..haha! By the time aku pun siap, kan senang sama2 dapat keluar sekali jalan. Tak timbul isu siapa menunggu siapa or siapa bersiap lama.

Sebenarnya husband kita ni bukan taknak tolong kita kat rumah, cuma kebanyakkan masa diaorang tak tahu apa yang nak ditolong. Contoh macam kes pakaikan baju ni la..kadang2 hubby carikan baju tak sesuai dengan selera kita, so elok la kita just keluarkan baju apa yang kita nak dan kemudian minta dia tolong yang selebihnya

Apa yang penting?
KER-JA-SAMA! 

No comments:

Post a Comment