THIS BLOG WAS CREATED ALONG THE JOURNEY TOWARDS MY BETTER LIFE AS I AM STRUGGLING THE VERY BEST OF ME AS A MOM OF TWO ADORABLE KIDS, ZIQRI (5YO) & ZARA (3YO), A LOYAL WIFE THAT ALWAYS WANNA BE BY MY HUBBY'S SIDE, Mr. ZAM (Mr. TEACHER) AND CURRENTLY WORKING ON MY ONLINE GRAPHICS DESIGN JOB on @m.designworks (instagram)

LET'S BE MY NEW FRIENDS AND SHARE YOUR OPINION WITH ME
ツ NICE TO MEET U TOO!

Wednesday, 16 September 2015

CUBA CARI SUDUT POSITIF DARI SETIAP PERKARA YG KITA LIHAT


Ibaratkan gambar rajah ini sebagai sebuah situasi. Situasi di mana kita sedang memuat naik sesuatu di laman sosial kita. Bayangkan status atau gambar yang sedang kita muat naik itu sebagai "SEBUAH PYRAMID - satu objek 3 dimensi yang mempunyai 4 sisi segi tiga dan tapak segi empat sama".

Pada asalnya kita sendiri sudah sedia maklum tentang perkara yang kita muat naik tersebut sama ada yang tersirat atau pun tersurat dan selalunya kita sememangnya mengharapkan dari setiap apa yang kita bicarakan dipandang positif dan apatah lagi kita sebolehnya mempunyai niat yang baik ketika tiap kali kita ingin memuat naik perkara tersebut.

Seperti pyramid dalam gambar rajah di atas, bayangkan kita sedang mempamerkan pyramid yang kita hasilkan ini di sebuah bilik pameran untuk berkongsi hasil kerja kita yang baik ini. Bilik tersebut mempunyai 4 pintu masuk yang berkedudukan seperti dalam PLAN (pandangan atas) gambar rajah di sebelah kiri di mana anak panah merah menunjukkan arah perjalanan individu tertentu masuk ke bilik pameran tersebut. Jika setiap individu memilih untuk masuk melihat pyramid itu dan kemudian keluar melalui pintu yg sama, sudah tentu individu tersebut akan membuat kesimpulan dari apa yg dia lihat tersebut tentang keadaan keseluruhan pyramid kita ini seperti dalam SITUASI 1. Jika ditakdirkan invidu A, B, C dan D bertembung dan membicarakan tentang piramid tersebut, sudah pasti ada 4 perkara yang sgt berbeza dan bertentangan yg dibicarakan tentang perkara tersebut. Dalam SITUASI 1 ini, tidak ada persoalan siapa salah atau betul kerana mereka hanya membicarakan perihal yg betul pada tahap penglihatan mereka semata-mata. Kita perlu pada dasarnya bersedia untuk mengambil risiko terhadap apa jua perspektif dan membuka minda dgn setiap apa yg diperkatakan kerana kita tidak boleh mengharapkan kesemua individu tersebut akan melakukan perkara seperti dalam SITUASI 2.

Berbeza dgn SITUASI 2, setiap invidu A, B, C dan D memilih untuk masuk dan kemudian berjalan mengelilingi piramid tersebut untuk menghayati keindahan hasil kerja yg kita pamerkan. Bukan semua orang mahu menghayatinya apa lagi masing2 juga punya kesibukkan menguruskan hal masing2, maka sebab itu sering lebih berlaku perkara seperti dlm SITUASI 1. Inilah realiti hidup..Pun begitu jika kita ingin jadi lebih matang dlm perihal kehidupan, kita haruslah membuka minda kita dlm pelbagai perkara.

Sekarang cuba bayangkan diri kita pula salah seorang dari individu A,B,C atau D. Seharusnya kita perlu menjadi seperti yang berlaku dalam SITUASI 2 jika kita pula yang sedang menilai sesuatu perkara dari orang lain supaya kita dapat lebih mendalami keadaan tersebut sebelum mudah membuat kesimpulan dengan emosi yang kurang sesuai. Dalam setiap sesuatu perkara yang berlaku pasti ada sudut positif yang kita sendiri perlu kupas. 

Aku seringkali dengar dari ceramah2 motivasi Prof Muhaya berkenaan "MINDA POSITIF". Beliau seringkali mengingatkan bahawa "orang yg sering melihat perkara negatif dari alam sekeliling kerana dia adalah orang yg banyak perkara negatif dari dalaman dirinya sendiri. Maka jika kita sering berperasaan negatif, kembali muhasabah diri dan baiki apa kekurangan kita, dekatkan diri dgn ALLAH SWT, inshaallah kita akan jadi lebih tenang dan sentiasa POSITIF."




No comments:

Post a Comment