THIS BLOG WAS CREATED ALONG THE JOURNEY TOWARDS MY BETTER LIFE AS I AM STRUGGLING THE VERY BEST OF ME AS A MOM OF TWO ADORABLE KIDS, ZIQRI (5YO) & ZARA (3YO), A LOYAL WIFE THAT ALWAYS WANNA BE BY MY HUBBY'S SIDE, Mr. ZAM (Mr. TEACHER) AND CURRENTLY WORKING ON MY ONLINE GRAPHICS DESIGN JOB on @m.designworks (instagram)

LET'S BE MY NEW FRIENDS AND SHARE YOUR OPINION WITH ME
ツ NICE TO MEET U TOO!

Monday, 6 July 2015

resipi PUDING KASTAD BERKUAH KOKTEL

Ha, bulan2 puasa ni biase la mesti nak cuba resipi2 terbaru utk berbuka. Apatah lagi manisan2 ni memang sedap makan lepas seharian menahan nafsu makan ni kan.. Kalau x silap aku dah hampir dua tahun aku x cuba resipi ni. Baru minggu lepas aku buat ni utk berbuka. Anak2 dan suami memang suka sgt la klu mama buat benda manis2 mcm ni kn..

Kali ni aku kongsikan dgn kalian resipi yg mudah ni, biasenye aku akan buat separuh sukatan dapat makan dua ke tiga hari selepas di masukkan ke dlm peti sejuk.



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


(Resipi utk 5-10 orang dewasa satu hidangan)
resipi PUDING KASTAD BERKUAH KOKTEL

gambar sebahagian dari hidangan yg aku buat




















Bahan-bahan:

Puding Kastad
1 cawan tepung kastad
4 cawan air
1 cawan susu cair
3 sudu besar susu pekat
1/2 cawan gula @ secukup rasa

Cara-cara:
1.Satukan semua bahan, kacau atas api sederhana hingga likat.Sentiasa kacau supaya adunan tidak berketul
2.Tuang dalam loyang atau acuan kecik. Sejukkan dan boleh di masukkan ke dalam peti ais.

Kuah
2 sudu tepung kastad (untuk pekatkan kuah, kalau taknak pun boleh abaikan)
1 tin susu cair
4 tin air masak (sukat dengan tin susu cair)
3/4 cawan gula @ secukup rasa
1 tin fruit koktel(ambil buah sahaja)
 
Cara-cara:
Satukan semua bahan kecuali fruit koktel.Masak atas api (sekejap je).


Untuk menghidang:
Tuang kuah dan masukkan buahah-buahan koktel secukupnya ke dalam bekas atau mangkuk yg berisi puding tadi dan sedia di makan! Kalau nak lagi sedap boleh tambah ais ketika makan. Sejuknye tu memang menyegarkan.. Yummy.. 



Selamat Mencuba! 
Masak memasak di siang hari, jgn lupe beramal lebih di malam hari kelak. Inshaallah.. (pesanan kpd tuan empunya diri jgk sambil igtkn kwn2 yg lain) 

إن شاء الله

 

No comments:

Post a Comment