THIS BLOG WAS CREATED ALONG THE JOURNEY TOWARDS MY BETTER LIFE AS I AM STRUGGLING THE VERY BEST OF ME AS A MOM OF TWO ADORABLE KIDS, ZIQRI (5YO) & ZARA (3YO), A LOYAL WIFE THAT ALWAYS WANNA BE BY MY HUBBY'S SIDE, Mr. ZAM (Mr. TEACHER) AND CURRENTLY WORKING ON MY ONLINE GRAPHICS DESIGN JOB on @m.designworks (instagram)

LET'S BE MY NEW FRIENDS AND SHARE YOUR OPINION WITH ME
ツ NICE TO MEET U TOO!

Friday, 10 July 2015

PELABURAN, BUKAN PENGORBANAN


Kebelakangan ini pening otak memikirkan bagaimana caranya utk aku meneruskan perniagaan yg aku usahakan secara kecil-kecilan ini menjadi lebih besar. Timbul pula isu jika aku ingin beri fokus kepada perniagaan, siapa pula yg akan menjaga anak bongsuku yg masih menyusu badan ni (2 tahun pd september ni) atau menguruskan anak sulungku (4 tahun) selain waktu persekolahannya yg pendek itu?! Melihat rakan2 yg rancak bekerjaya serta dpt menguruskan keluarga dgn baik sedikit sebanyak membakar semangat utk aku kembali giat bekerjaya. Namun memang belum tiba masa yg sesuai buat aku memandakan aku tinggal dibumi yg mana sgt ketandusan dr sumber2 yg boleh dijadikan sumber pendapatan (ye, memang ada tempat macam ni kat Malaysia, jgn korang x tau ye..).

Akan tetapi adakala rasa bersalah dlm diri kerana tidak dapat membantu menjana pendapatan keluarga atau lbh senang spt yg dikatakan oleh masyarakat kini, perlu bekerjaya utk menyediakan kelengkapan di masa hadapan. Buat masa ini pulangan yg aku dpt cukup sekadar utk menampung perbelanjaan sendiri sahaja manakala suami memang telah menjalankan tanggungjwb menyediakan yg terbaik buat kami sekeluarga. Tatkala fikiran2 ini dtg membelenggu, aku mula mencari penyelesaian. Lalu aku kembali memikirkan siapa aku pada ketika ini? Apa tanggungjawab aku yg sebenar?

Lalu aku ingat kembali bahawa aku di sini adalah utk menjd teman kpd suami, berada di mana sebaik2 tpt isteri dan aku juga ingin menyatukan kami sekeluarga ada ayah, mama dan anak2 hidup bersama tak kira susah atau pun senang. Apabila aku kembali sedar di mana peranan aku yg azali, maka aku cuba utk melupakan seketika pencapaian atau kemahuan peribadi itu kerana keadaan memang tidak mengizinkan. Semakin aku cuba mengejar impian, semakin jauh pula aku dr tugas azali seorg isteri dan ibu. Adalah lebih baik utk aku menyibukkan diri dgn tugas2 hakiki ini dan jadikan ianya sbg sesuatu yg lbh menyeronokkan & bermanfaat. Lalu aku terjumpa satu kata2 peransang dr satu artikel berkenaan "peranan ibu cara Islam" berbunyi..

"Rumah merupakan pekerjaan plg berharga buat wanita yg memerlukan pelbagai jenis pengorbanan. Ia sebenarnya bukan pengorbanan, tetapi pelaburan yg akan membawa faedah yg menguntungkan."





















BETUL! Apabila difikirkan balik jika aku menganggap berada di rumah ini sbg satu pengorbanan, maka memang aku akan sering diundang rasa gusar dek kerana pengorbanan tak semestinya membawa kebaikkan. Ada juga pengorbanan yg sia-sia spt mana yg aku amat risaukan pd ketika ini. Namun jika aku melakukan tugas2 ku ini dgn sebaik mungkin, syukuri apa yg aku ada wlupun tidak akan mewah spt org2 yg berusaha ke arahnya, aku sepatutnya meneruskan pelaburan ini dan harus yakin wlupun utk menikmati faedah ini memerlukan masa yg pnjg atau mungkin jika tidak di dunia, setidak-tidaknya di akhirat yg kekal abadi. Inshaallah..

BUAT KALIAN YG BERGELAR IBU, TAK KIRA SAMA ADA KALIAN BEKERJA ATAU SURI RUMAH, JENGUK2LAH PENGISIAN BERMANFAAT DI LINK NI

The Role of the Mother

BENAR, KALIAN JUGA IBU TERBAIK TAK KIRA APA PUN STATUS PEKERJAAN KALIAN SPT MANA YG AKU INGINKAN BUAT DIRIKU DI MASA2 AKAN DTG KELAK TIKA AKU BERPELUANG KEMBALI GIAT BEKERJAYA, INSHAALLAH.. 

No comments:

Post a Comment