THIS BLOG WAS CREATED ALONG THE JOURNEY TOWARDS MY BETTER LIFE AS I AM STRUGGLING THE VERY BEST OF ME AS A MOM OF TWO ADORABLE KIDS, ZIQRI (5YO) & ZARA (3YO), A LOYAL WIFE THAT ALWAYS WANNA BE BY MY HUBBY'S SIDE, Mr. ZAM (Mr. TEACHER) AND CURRENTLY WORKING ON MY ONLINE GRAPHICS DESIGN JOB on @m.designworks (instagram)

LET'S BE MY NEW FRIENDS AND SHARE YOUR OPINION WITH ME
ツ NICE TO MEET U TOO!

Sunday, 28 June 2015

DEMI NAFSU?!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Ha, terkejut ko tgk tajuk entry akak kali ni dik non?! Nak tau ape kupasannya, jom baca & hayati sama2 nukilan berikut...

Sempena bulan puasa, bulan RAMADHAN al-mubarak ni ingin aku kongsikan sedikit berkenaan isu nafsu ni. Isu yg mcm mane tu? Ehem2..eh, bukan yg tu la korg. Sepertimana yg kita tahu di bulan puasa ni, kita hendaklah menahan diri daripada makan dan minum dan perkara2 yg membatalkan puasa. Ertinya juga kita harus belajar menahan nafsu, bukan sahaja nafsu makan malah nafsu2 atau keinginan yg lainnya. 

Cabaran plg utama yg aku rase plg getir menjelang musim perayaan bukanlah sekadar menahan nafsu makan. Sebab aku ni klu bukan bulan pausa pun memang kurg bernafsu nak mkn2 ni. Mungkin sebab tu la berat badan tak pernah lebih 40kg. Tapi yg aku nak nyatakan di sini ialah nafsu berbelanja atau pun lebih mesra dikenali sbg nafsu shopping. Nak dikategorikan aku ni kirenye jenis yg fashionista wannabe jugak la..keh3. Nak tgk bukti bleh tgk kt instagram aku #STYLEbyMIDZ link photo pun ada kt tepi profile ni. Aku ni bukanlah sgt ghairah utk barangan berjenama. Tapi asalkan ada aku nampak sesuatu yg trendy mesti aku ingin mencuba. Wlupun bukan semua yg mampu dicuba, sekurang2nya cubaan membeli tu ada la jugak. 

Banyak betul tawaran hebat yg aku lihat di semua on9 store yg aku sering follow kt instagram tu buat rambang mata jadinya. Tapi so far boleh aku katakan kelengkapan sederhana utk perayaan kali ni berada pada tahap 90% ready. Mungkin caranya utk tidak lagi gatal2 tangan browse on9 store lg. Lagipun jika difikir2kan balik, klu aku beli byk mane sekali pun nak bergaya ke mane? Ckup la sepasang dua buat rotate2 pkai visit sedara mara or open house kenalan2. Nanti ade rezeki di masa hadapan jika aku meneruskan perniagaan ku ini dgn lbh besar, aku akan dptkn juga keperluan tersebut. Barang berjenama, siapa yg taknak? Aku pun nak & akan dptkn suatu hari nanti. Buat masa ni ckup sekadar medium range brands aje..

Memandangkan aku ni sedar yg diri ni sekadar suri rumah je yg byk bergantung harap kpd pendapatan suami dan hasil kerja part time aku ni, maka kena la aku merancang perbelanjaan dgn sebaik mungkin (rancang ke? mcm tak je..) Maksudnye setiap kali terasa nak membeli barangan baru tu, kne la fikir2kan keperluan sama ada penting atau pun tidak. Lagipun selain shopping, belanja pengangkutan kami nanti pun agak tinggi kosnye. Mujurlah waran flight percuma yg kerajaan tawarkan setahun sekali buat sekeluarga boleh guna masa balik raya ni. Jadi tinggal belanja tambang & mkn2 mase travel nanti la. (My place to Kota Kinabalu 3 hours travel) (KKIA to KLIA) then (KLIA to my sis house) (my sis house to Perak, our hometown pun 3 hours travel)



Tapi jika nak dibandingkan perayaan2 yg lalu sebelum aku bergelar suri rumah ni pun, aku memang kurg bershopping jugak sebabkan tak cukup masa nk survey2 brg. Mungkin tahun ni aku byk on9 browsing dgn butik2 best tu menyebabkan aku sempat buat persediaan seawal mungkin. Mane taknye, parcel baju raya pun dah sampai b4 puasa lagi sbb kali ni mmg taknak last minute spending. Klu last minute memang over budget punya. Lagipun tahun lepas aku dah tak balik kampung beraya, memang lagi la takde persediaan langsung last year. So dz year aku qadha blik (pun boleh) Inshaallah klu ada masa nanti aku ceritakan pulak kisah kami yg tak balik raya tahun lepas. Ade la..jeng3!!! Tunggu tau (pretend dt ramai sgt follow blog sy mcm sy ni famous, ngeh3)

Berkenaan perumpamaan wanita ada 9 nafsu 1 akal korg bleh tgk ceramah ustaz ni kasi clear aa..



Get to know me | 25 Questions tag ( from my NEW VIRTUAL FRIENDS )

 Yeay! arini baru ada sesi ice breaking request by my new virtual friends sarah salleh yg jgk fulltime housewife living kt Melbourne tau u olls...hehe (terover sudah aku arini). Aku memang suka sgt2 sesi ice-breaking ni sebenarnye. Jom korg sama2 kita jwb 25 soklan ni dgn sejujur seikhlas hati yg suci, chewwah! 


1. Do you have a middle name?
nope

2. What was your favourite subject in school?
Maths & Arts (bukti kukuh = score A for both in SPM, hehe)

3. What's your favourite drink?
Coffee & Three Layer Tea (kat sarawak panggil TEH C SPECIAL)

4. What's your favourite song at the moment?
Dah lama tak dengar radio or download MP3 (zaman sek suka hip-hop, zaman kolej suka indie)

5. What would you name your children?
dah ada Zara n Ziqri (looking for Hana if there's another girl or Hadi for boy)

6. Do you participate in any sports?
No & Never i guess..hehe

7. What's your favourite book?
Don't like reading tapi aku sgt suka baca buku novel utk subjek sastera masa form 3 dlu versi utara (Perlumbaan Kedua, kisah pasal arnab ngn kura2 buat perlumbaan sekali lg lps yg arnab kalah dlu tu. Pd yg blum baca, guess who's win?)

8. What's your favourite color?
Pink definitely! (all pastel color such as peach, lavender, mint green, light turquoise)

9. What's your favourite animal?
Not sure..

10. What's your favourite perfume?
Body shop raspberry kinda smell

11. What's your favourite holiday?
Every school holiday coz my hubby's will be around me 24/7. Hehe..teacher ma..

12. Have you graduated from high school?
Yes

13. Have you been out of the country?
Yes. A lil bit but not so far away. Brunei only

14. Do you speak any other languages?
Malay and OH MY English

15. Do you have any siblings?
Yes! A younger sister (my only BFF) n a younger brother.

16. What's your favourite store?
Medium range brands such as Cotton ON, vincci, summit shoes
(urgh! need to travel at least 3 hours to get those brands now n d price were higher here at borneo island)
No worries nowadays i'll just go for on9 store only and there's more choices there

17. What's your favourite restaurant?
Jarang makan fine dining. Klu fast food Mc D n Dominos Pizza lo..

18. Do you like school?
If formal school not really. But i love college life..SO MUCH!

19. Who are some of you favourite youtubers?
Ustaz Azhar Idrus & D Dr Prof Muhaya

20. What's your favourite movie?
Mostly i love animated movies. Shrek i guess

21. What are some of your favourite TV shows?
 ASTRO Project Runway (CH708), Clean House(CH702), How do I look(CH702)

22. PC or Mac?
PC for now

23. What phone do you have?
Samsung Note II
24. How tall are you?
Very petite size. 151cm

25. Any pets?
No n Never..ckup busy jaga anak dlu for now, hehe..

Nnt sape2 nk join bleh tinggalkan link korg kt comment aku ye..Thanks sarah salleh for the invitation! :)
Bleh visit sarah kt link die ni

Thursday, 18 June 2015

WOMEN OF THE WORLD























Working or non-working women, no matter how is the situation, most of us having almost the same lifestyle. Unless we'r some kind of VVIP or came from a royal family. Then there's might be a different lifestyle which is "I don't really know how". Just live life with whatever we have. Be THANKFUL & GRATEFUL of what ALLAH SWT already give us.

Sometime we might think too much about what others will think on what we'r doing and what we have or don't have, SO DO I.. But what i know is dt DESIGN is a part of my soul. It is the best way for me to express myself. Thanks for ur willingness to read my story u girls!!! LOVE YA new fellas :)


Monday, 15 June 2015

SURI RUMAH TANGGA SEPENUH MASA PILIHAN TERBAIK (BUAT MASA INI !)

Entry lepas aku dah huraikan secara ringkas faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan. Klu blum baca leh klik link kata bawah ni ☟
FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU AKU PERTIMBANGKAN SEBELUM MENINGGALKAN PEKERJAAN TETAP DAN MENJADI SURI RUMAH TANGGA SEPENUH MASA 
atau bleh scroll je ke bawah lg klu rajin nak baca lepas ni nanti.


Dan sekarang aku nak cerita dari mana aku dpt kekuatan utk jd suri rumah ni. Erm, sebelum kalian baca lebih lanjut, aku harap benar yg kalian adalah golongan yg mana sedang membuka hati dan minda utk menerima pandangan peribadi aku ni sbg sesuatu yg tak semestinya seiring dgn cara pemikiran kalian 


Apa yg aku harapkan ialah ada golongan yg sedia utk memahami dan menghayati cerita ini jika kalian sedang berada dalam situasi yg hampir sama dgn aku. Tak dinafikan mungkin ada yg akan mudah melenting dan marah terutama sekali jika kalian tidak pernah terlintas ingin masuk ke dunia suri rumah tangga ni. Aku faham sebab suatu masa dahulu aku juga perkerja sepenuh masa. 5 tahun bekerja sepenuh masa bukanlah satu tempoh yg sekejap dan cukup untuk aku merindui zaman kerjaya sepenuh masa tersebut.

Ada juga aku bertanyakan pandangan ahli keluarga ketika ingin membuat keputusan. Ahli keluargaku sendiri lebih menyarankan aku meneruskan kerjaya dan membesarkan anak sendirian manakala ahli keluarga suami pula lebih menyarankan aku tinggal bersama suami dan sewenang2nya tidak mengindahkan bila mana aku perlu korbankan kerjaya impian aku itu. Dari situ sudah nampak tiada yg benar2 menghayati pilihan ini sbg suatu keputusan yg memerlukan kebaikkan bersama antara aku, suami & anak2 bukan?

ISTIQARAH...
itu yg perlu kita buat pada masa kita diuji dgn beberapa pilihan dan kita tidak tahu mana satu yg perlu kita pilih. Setelah aku berusaha dan berdoa, hati terdetik mencari dari sudut pandangan ISLAM itu sendiri. Sering aku dengan dr ceramah2 alim ulama, jika kita menghadapi sebarang masalah, berbaliklah kpd ISLAM. Ya, ISLAM telah menyediakan jln penyelesaian kpd sebarang permasaalahan. Jadi aku mencari kekuatan ke mana arah tujuan aku pd ketika itu lalu aku temui beberapa ceramah agama yg berkaitan. Sila2 lah kalian hayati dgn hati dan minda yg terbuka.




 

 

 

 

 

 

 

 

Semoga ceramah tersebut membuka hati & minda kalian yg sedang ke arah tersebutSekali lagi aku ingatkan, ceramah ini bukan ditujukan kpd kalian yg 'harus' bekerjaya atas keperluan hidup kalian. Ini sekadar secebis kisah peribadi bagaimana aku mendapat kekuatan utk meninggalkan kerjaya buat seketika ikut keperluan hidup aku pada ketika ini.
Pun begitu aku masih lagi melakukan kerja2 INTERIOR DESIGN secara freelance di mana aku menerima projek pada masa2 tertentu bergantung kpd rakan2 kontraktor. Jumlah pendapatan yg diperolehi tidaklah selumayan gaji bekerja sepenuh masa. Dari situ dapatlah sikit aku membantu suami di mana aku lebih gemar membeli barang2 keperluan sendiri dan anak2. Dan tak lupa juga aku menjalankan bisnes ONLINE PRINTING kerana aku sendiri menguruskan GRAPHICS DESIGN sepenuhnya. Kiranya kepakaran dan bakat aku tidaklah disia-siakan begitu sahaja. Namun tidak dinafikan pada suatu masa nanti aku perlu menjalankan perniagaan ini dgn sepenuh masa di mana aku perlu memberi tumpuan yg lbh agar mendapat pulangan yg lebih untuk sama2 membantu perbelanjaan keluarja yg ternyata sememangnya semakin meningkat. Bayangkan lah jika kini bayaran bekerja satu ke dua jam sehari mana la boleh dibandingkan dgn bayaran bekerja 8 jam di office.  Sudah tentu aku perlu memberi sepenuh perhatian pada kerjaya kelak demi kebaikkan bersama.

Namun biarlah masa yg menentukan. Kiranya kini tugas azali sbg seorg ibu yg menyusukan anak dan menjaga anak2 kecil di rumah itu harus aku jlnkn dgn sebaik mungkin atas peluang yg telah Allah SWT berikan ini. Aku percaya jalan yg telah Allah SWT tentukan ini merupakan sebaik-baik jln utk kehidupan aku dan keluarga yg kami bina ini. 


إن شاء الله




Thursday, 11 June 2015

FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU AKU PERTIMBANGKAN SEBELUM MENINGGALKAN PEKERJAAN TETAP DAN MENJADI SURI RUMAH TANGGA SEPENUH MASA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Teringin benar aku ingin berkongsi bersama kalian kenapa aku memilih utk menjadi seorang suri rumah tangga. Sebenarnya apa yg sedang aku lalui ini bukanlah satu jalan yg mudah. Kisah bermula apabila suami aku mendapat surat tawaran posting di Sarawak ni dan pada ketika itu aku sedang bekerja sepenuh masa (as an Interior Designer la, nak cakap jugak. Hehe..) di Seremban. Jadi pilihan yg ada ialah sama ada aku kekal bekerja & menjaga dua org anak sendirian atau ikut suami besarkan anak bersama-sama lalu kehilangan kerjaya impianku ini.

Cuba korang teliti jadual carta yg aku sediakan ni

























Anak panah warna hijau menandakan apa yg aku rasa baik utk hidup aku dan warna merah merupakan apa yg aku tak berapa suka la. Jika diperhatikan jadual ni tak banyak menbantu pun dlm membuat keputusan, btul tak?
Ni sekadar aku nak kongsi apa faktor2 yg ada. Mana tau klu ada yg sedang berada dlm situasi mcm ni kot2 membantu keputusan korg kelak.

So, klu nak tahu jugak mcm mne keputusan tu dibuat, bleh la tggu entry aku yg berikutnya, hehehe.. Jgn marah ye...TUNGGU!!!

Tuesday, 9 June 2015

Bagaimana nak jadi suri rumah yg baik? BAHAGIAN TIGA [[...MY VERSION...]]

...SAMBUNGAN DARI ENTRI AKU YG LALU

Kali  ni aku ambik masa agak lama skit utk hasilkan entry ni. Sebabnya pada fasa kehidupan aku sendiri, bahagian ni la yg plg penting yg sedang aku usahakan iaitu:

bahagian 4 dr 4: MEMASTIKAN SEMANGAT DIRI BERTERUSAN

- keluar dari rumah secara berkala: hurm, ye la klu dah nama nya suri rumah mesti la duduk je kat dlm rumah tiap2 hari sbb aktiviti yg dilakukan dah tentu la kt rumah sndri. Pada aku mmg mudah utk keluar berjln2 sblm ada anak2 kecik dlu sbb tggl nak amek kunci kereta n drive je. Memandangkan skg aku sentiasa bersama dgn anak kecik yg masih menyusu badan ni, jd aku mmg perlukan suami utk temankan aku keluar. Tapi so far mmg setiap hari aku cuba utk keluar wlupun sekadar utk beli benda2 simple mcm air kotak milo. Pointnya kat sini minda kita akan refresh skit la bila kita berada di environmanet yg berbeza. Klu dpt keluar selang dua tida hari pun dah rasa ok wlupun ada kala aku lepak dlm kereta je. Short escape! everybody need it!

- bersosial/ berkawan: btul la bunyi mcm simple, tp kehidupan bersosial tu sebenarnya agak penting. Sekurang-kurangnya ada seseorg yg bleh mendengar cerita kita atau kita juga boleh mendengar cerita dari org lain. Satu ketika aku sebenarnya telah tinggalkan semua sosial life yg aku ada disebabkan terlalu sibuk dgn aktiviti rumahtangga. Lagi pula aku seakan tidak berminat mengambil tahu aktiviti rakan2 yg lain sebab kisah kehidupan mereka terlalu berbeza dgn kehidupan yg aku alami sekarang. Sebab tu la aku nekad utk memulakan blog ni supaya aku boleh berkongsi kisah dgn para suri rumah yg mungkin punya nasib yg sama mcm aku. Jadi kita akan lebih mudah memahami cerita masing2. Jom la kongsi cerita korg jika korg juga merupakan suri rumah tangga sepenuh masa.

- mempunyai hobi: Hobi boleh buat kita rasa gembira. Yup, aku memang ada byk hobi sebenarnya. Plg aku suka ialah menjahit. Tapi malangnya aku tak punya banyak masa terluang utk melakukannya. Tu yg ada kala frustrated sgt dgn busy life yg ada skg. Sebab aku bukan sekadar suri rumah yg menjaga dua anak sahaja, aku  juga menjlnkn bisnes on9 & design work yg sentiasa perlu disiapkan ikut dateline. However, aku perlu consider design job aku ni as a part of my hobby jugak la.. Sbb lepas aku siapkan satu2 project atau artwork, kepuasan yg dtg tu mmg ckup buat aku rasa kembali ceria :)

 - pertimbangkan untuk sambung belajar: yg ni lebih kpd suri rumah yg mana anak2 die dah meningkat dewasa & dia mula ada lbh masa terluang. Tapi utk sementara waktu ni pada aku dgn google yg ada ni mcm ckup utk kita search apa shj maklumat yg kita nak utk tambah ilmu pengetahuan. Tapi klu bleh selidik dlu la kesahihan maklumat tu. Takut terjebak ajaran sesat kang susah plak jadinye...Nauzubillahiminzalik, minta dijauhkan...

- pertimbangkan kerja sampingan: so far aku dah ada beberapa on9 bisnies sendiri tapi pada aku bukan mudah utk jadikan sesetgh perniagaan ni sbg sumber pendapatan tetap kita. Dlm byk2 jenis, bidang design yg aku plg berjaya buat setakat ni..Alhamdulillah. Buat sesuatu yg kita betul2 mahir & apa yg memang ada permintaan dlm pasaran. Korang kne explore sendiri dari satu masa ke satu masa sbb takkan ada satu bisnes yg sesuai dgn semua org. Nanti aku akan ceritakan mcm mana tips dan cara mulakan perniagaan online dan apa cabaran yg perlu ditempuh, so teruskan menyokong blog ni ye!

- biar ahli keluarga bantu kerja anda sekali sekala : bahagian last skali ni aku paling suka la..minta suami atau anak2( yg dah besar la..) utk buat semua kerja2 rumah sekurang-kurang nya sebulan sekali supaya mereka tahu bahawa kerja2 rumah ni bukan kerja yg senang agar mereka menghargainya kelak. Sedangkan org kerja lagikan ada mcm2 cuti, inikan pulak suri rumah yg kerja tanpa henti Apa salahnya klu kita dapat cuti. Kita juga perlukan masa utk diri, mungkin ke spa, saloon atau shopping mall (perasan la aku kaya sgt nak g benda2 tu semua, wahaha!) setidak2 nya dapat goyang kaki tgk tv dr pg sampai malam utk sehari pun dah cukup nikmat rasanya. Yg ni memang memerlukan sgt kerjasama dari suami..sgt3 perlu


Selesai akhirnya..berjaya juga aku menghabiskan tips 'Bagaimana nak jadi suri rumah yg baik' ni hari ni. Sebenarnya tips ni aku ambil dari satu website yg korg bleh click kat bawah ni klu nak baca sendri full version


http://www.wikihow.com/Be-a-Good-Housewife 

 

Semoga perkongsian aku kali ni bermanfaat utk kalian, jika ada tersilap kata, mohon maaf dari aku.. sekadar perkongsian yg aku rasa lebih mudah difahami utk mereka2 yg berada dlm situasi yg sama.


والله أعلمُ بالـصـواب