السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sempena hari raya yg bakal tiba beberapa hari je lagi, ingin aku gunakan kesempatan ini b4 my flight back tonigh to apologize all the mistakes i've been made since u've started to know me until today. Aku ingin memohon ampun dan maaf kpd kalian selama kita pernah mengenali antara satu sama lain. Sesungguhnya aku ini manusia biasa yg tidak lari dari melakukan kesilapan dan aku harap kalian sudi memaafkan ku begitu juga aku memaafkan segala kesilapan kalian. Rasanya tidak terlalu awal untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat kalian sebab mulai selepas ini aku ingin cuba utk mengurangkan penggunaan sosial media agar aku dpt benar2 meluangkan masa2 berharga bersama2 keluarga tercinta. Pesanan aku buat kalian semua, "Berilah lebih tumpuan dgn org2 yg disekeliling kita, kurangkan penggunaan media sosial agar dapat kita sama2 meluangkan masa2 berharga berkomunikasi di dunia nyata yg ada didepan mata. "
Semoga dipermudahkan perjalanan kita dan hari raya kita diberkati dan dilimpahi rahmat Allah SWT. Amin..
Inshaallah jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, aku akan kembali menemui kalian dgn update kisah2 raya selepas tamat cuti nanti ye..
KEEP IN TOUCH & TAKE CARE!
THIS BLOG WAS CREATED ALONG THE JOURNEY TOWARDS MY BETTER LIFE AS I AM STRUGGLING THE VERY BEST OF ME AS A MOM OF TWO ADORABLE KIDS, ZIQRI (5YO) & ZARA (3YO), A LOYAL WIFE THAT ALWAYS WANNA BE BY MY HUBBY'S SIDE, Mr. ZAM (Mr. TEACHER) AND CURRENTLY WORKING ON MY ONLINE GRAPHICS DESIGN JOB on @m.designworks (instagram)
LET'S BE MY NEW FRIENDS AND SHARE YOUR OPINION WITH ME ツ NICE TO MEET U TOO!
Monday, 13 July 2015
Sunday, 12 July 2015
AL-KISAH RAYA 2014 - Kundasang, Sabah
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Harini aku berkesempatan sikit utk menulis berkenaan kisah raya tahun lepas. Sebabnya kisah raya ni merupakan kisah yg plg berbeza dlm kehidupan aku di mana selama 28 tahun aku hidup di muka bumi ini, tahun lepas merupakan tahun pertama aku tidak pulang balik kampung beraya. Sadis tak bunyinya tu? Ishk3..
Ingat tak minggu lepas kecoh issue 'RAYA NI JANGAN BALIK KAMPUNG!" yg tercetus dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia TV1 issue Raya Oh Raya tu?! Hurm, korg google sendiri la ye kat youtube nnt klu blum tau. Personally i think, there's must be a reason kenapa seseorang tu sampai tak balik kampung beraya. Bukanlah sebab nak berjimat sangat, tapi main things is WETHER U GOT ENOUGH BUDGET OR NOT?!
Ya, memang segelintir je yg punya pengalaman terpaksa beraya di rantau ni terutama sekali yg melibatkan pengangkutan kapal terbang, kapal laut hatta tongkang sekalipun sebab semuanya memerlukan KOS atau lebih tepat lagi DUIT [ £ € $ ¢ ¥ ]. Kami ni pulak bukanlah golongan anak2 menteri atau org kaya abang kawasan yg mampu utk terbang pergi balik beli tiket kapal terbang mcm beli tiket wayang. Tambahan pulak perjalanan sehala dari pintu rumah yg aku tinggal sekarang (somewhere at Sarawak) ni ke pintu rumah kampung halaman aku (somewhere at Perak) tu memerlukan 2 hari perjalanan yg juga melibatkan kos spt penginapan, tambang, minyak dan tol klu menyewe kereta di semenanjung, makan dan perbelanjaan sampingan terutama sekali yg ada anak2 kecik ni. Bukannya semudah 2 jam perjalanan airport to airport (KKIA-KLIA) je tau!
Hurm, klu buat yg biasa merantau di luar negara tu pasti familiar sgt dgn cerita aku ni. Tapi klu yg dah tinggal even JB-Perlis sekalipun pasti kos dan masa yg diambil tak sebanyak kami ni sampai tak cukup budget lah dibuatnya. Tambahan pula, my parents pun memang faham sgt keadaan anak dia ni. Even they also ask me to stay back last Raya coz we came here by June and the Raya was on July. Manalah sempat nak standby budget utk balik coz at the beginning our budget is for our trip of us to came here termasuk pindah barang, pos kereta, beli kelengkapan asas rumah sewa baru and etc..

Sedih? Bersalah? Rindu? Memang la perasaan2 ni ada seawal malam sebelum hari raya lagi. Mlm tu aku dan suami sama2 masak lontong dan rendang demi mengubat kerinduan. Dlm sedih2 tu memang tak ada rasa lagi nak capture gambar upload kt instagram macam yg aku selalu buat sekarang ni everytime after i cooked something special. Hari pertama raya, kami hanya duduk dirumah sambil makan2 dan tgk TV aje..Not to mentioned la pg2 lagi mesti call mak ayah dan adik beradik bermaaf maafan kat telefon je. Sebak dada Allah SWT shj yg tahu. Demi utk mengubat hati yg duka sebab tak dpt blik kampung, hubby plan a short trip for us to Kota Kinabalu and Kundasang at Sabah. OK, dz 1 only cost us about RM500 per trip instead of RM2000-3000 per Raya holiday trip u know..
the whole trip photos |
mount kinabalu, view from kundasang |
Me & my Zara |
Secara keseluruhannya setibanya kami di Kota Kinabalu, Sabah kami menginap di Tang Dynasty Hotel dan bertolak ke Kundasang pada keesokkan harinya. Di Kundasang kami ke Dairy Farm makan ice-cream susu lembu tapi tak nampak pulak lembu2 New Zealand tu. Maybe semua dah berkumpul kat lain kot, hehe.. Dari Dairy Farm tu nampak Gunung Kinabalu tu mcm dekat je dgn kita tapi die nampak mcm dua ketul bongkah batu besar je. Coz we r so close with the peak of the mountain. Lepas tu makan tengah hari di Pekan Ranau. Teringat jugak bila dengar kes gemba bumi dan banjir lumpur baru2 ni. Semua tu tempat2 yg kami pernah lawati setahun yg lalu. Semoga keadaan di sana bertambah baik menjelang musim perayaan ni, Amin..
Mlm tu pulak kami makan seafood kt sebelah Pasar Besar KK, not sure what they called dt place tp it's all about d streatfood utk heavy eater 1, hehe.. Esok harinya sebelum bergerak balik, kami sempat singgah Pasar Kebudayaan dia untuk beli kain batik Sarawak traditional design for my sis and mom.

..dan tahun ni pulak, hanya Allah SWT je yg tahu betapa excited nye perasaan aku ni nak balik kampung jumpa mak ayah dan adik beradik sambut Raya bersama2. Tomorrow will be our flight back to Semenanjung. Barang2 aku dah start packing dr smlm. May Allah SWT blessed our trip tomorrow and semoga Allah SWT permudahkan perjalanan kalian semua juga utk pulang ke kampung. Amin..
Pulang lah dgn seikhlas hati dan seadanya..
Saturday, 11 July 2015
Sifat-sifat seorang ibu yang baik (DIPETIK DARI WEB www.al-islam.org)
Sifat-sifat seorang ibu yang baik: DARI PERSPECTIF ISLAM!
(DIPETIK DARI WEB www.al-islam.org)
di terjemah menggunakan google translate
Seorang ibu yang baik mempunyai kualiti yang cemerlang. Tiada siapa yang boleh menggantikan beliau dalam kehidupan anak-anaknya. Berikut adalah beberapa perkara yang membuat dia begitu unik.
1. cinta yang mendalam terhadap anak-anaknya
Cinta seorang ibu tidak dapat ditandingi. Sama ada muda atau tua, sihat atau cacat, menyusahkan atau taat, kanak-kanak itu masih tercinta kepada ibu. Cinta ini mungkin dipaparkan dalam pelbagai bentuk. Kadang-kadang kanak-kanak menyalahtafsirkan tengkingan dan teguran menjadi tanda kekurangan cinta. Adalah penting untuk memastikan kanak-kanak itu bahawa dia sentiasa disayangi, walaupun kelakuannya mewajarkan tindakan disiplin. Seperti seorang kanak-kanak menjadi yakin dan gembira, dan tidak akan mendapatkan ketenangan di tempat lain. Kasih ibu menjadi sumber kebahagiaan dan ketenangan di rumah. Kanak-kanak berasa dekat dengan rumah kerana ibu.
2. Pengorbanan dan dedikasi
Seorang ibu melepaskan banyak untuk kepentingan kanak-kanak itu. Dia memberi masa beliau, tidur, keseronokan beliau dan lain-lain untuk memastikan bahawa kanak-kanak itu adalah hak semua. Sebagai Imam Zaynul 'Abidin (a) berkata di dalam bukunya Risalatul Huquq (dinyatakan sebelum ini), tiada siapa yang datang walaupun dekat dengan melakukan apa yang ibu lakukan untuk anaknya. Itulah sebabnya dia berkata bahawa hanya dengan bantuan daripada Yang Maha Kuasa bahawa seseorang boleh mengucapkan terima kasih kepada ibu untuk semua pengorbanan dan usaha-usahanya. Seorang ibu yang baik meletakkan keperluan kanak-kanak, kedua-dua keperluan fizikal dan emosi, pertama. Ini adalah satu perkara penting yang perlu diingat, terutama di zaman moden ini. Wanita hari ini telah ditenggelami oleh masyarakat ke dalam membuat kerjaya sendiri dan pekerjaan mereka lebih penting daripada rumah mereka. Rumah akan tetap menjadi kerja yang paling berharga wanita dan yang mungkin memerlukan semua jenis pengorbanan. Ia tidak benar-benar pengorbanan, tetapi adalah satu pelaburan yang akan mendapat dividen yang besar.
3. Perlindungan dan keselamatan
Seorang ibu sentiasa cuba untuk melindungi kanak-kanak daripada bahaya dan kesusahan. Walau bagaimanapun sesetengah ibu cenderung untuk menjadi lebih perlindungan. Adalah bijak untuk kanak-kanak untuk belajar untuk menghadapi beberapa masalah dalam kehidupan, sesuai dengan umur dan keadaan beliau. Seorang kanak-kanak terkongkong tidak akan dapat menghadapi realiti dunia apabila dewasa kelak, sebuah dunia yang tidak akan menjadi seperti bertimbang rasa dia sebagai ibunya.
Study mengisi kekosongan rohani ku, Moga bermanfaat buat kalian juga. Inshaallah.. SERINGKALI BUKAN KITA TIDAK TAHU, TAPI KITA LUPA SBB TIADA YG INGIN MENGINGATKAN KITA

Friday, 10 July 2015
PELABURAN, BUKAN PENGORBANAN
Kebelakangan ini pening otak memikirkan bagaimana caranya utk aku meneruskan perniagaan yg aku usahakan secara kecil-kecilan ini menjadi lebih besar. Timbul pula isu jika aku ingin beri fokus kepada perniagaan, siapa pula yg akan menjaga anak bongsuku yg masih menyusu badan ni (2 tahun pd september ni) atau menguruskan anak sulungku (4 tahun) selain waktu persekolahannya yg pendek itu?! Melihat rakan2 yg rancak bekerjaya serta dpt menguruskan keluarga dgn baik sedikit sebanyak membakar semangat utk aku kembali giat bekerjaya. Namun memang belum tiba masa yg sesuai buat aku memandakan aku tinggal dibumi yg mana sgt ketandusan dr sumber2 yg boleh dijadikan sumber pendapatan (ye, memang ada tempat macam ni kat Malaysia, jgn korang x tau ye..).
Akan tetapi adakala rasa bersalah dlm diri kerana tidak dapat membantu menjana pendapatan keluarga atau lbh senang spt yg dikatakan oleh masyarakat kini, perlu bekerjaya utk menyediakan kelengkapan di masa hadapan. Buat masa ini pulangan yg aku dpt cukup sekadar utk menampung perbelanjaan sendiri sahaja manakala suami memang telah menjalankan tanggungjwb menyediakan yg terbaik buat kami sekeluarga. Tatkala fikiran2 ini dtg membelenggu, aku mula mencari penyelesaian. Lalu aku kembali memikirkan siapa aku pada ketika ini? Apa tanggungjawab aku yg sebenar?
Lalu aku ingat kembali bahawa aku di sini adalah utk menjd teman kpd suami, berada di mana sebaik2 tpt isteri dan aku juga ingin menyatukan kami sekeluarga ada ayah, mama dan anak2 hidup bersama tak kira susah atau pun senang. Apabila aku kembali sedar di mana peranan aku yg azali, maka aku cuba utk melupakan seketika pencapaian atau kemahuan peribadi itu kerana keadaan memang tidak mengizinkan. Semakin aku cuba mengejar impian, semakin jauh pula aku dr tugas azali seorg isteri dan ibu. Adalah lebih baik utk aku menyibukkan diri dgn tugas2 hakiki ini dan jadikan ianya sbg sesuatu yg lbh menyeronokkan & bermanfaat. Lalu aku terjumpa satu kata2 peransang dr satu artikel berkenaan "peranan ibu cara Islam" berbunyi..
"Rumah merupakan pekerjaan plg berharga buat wanita yg memerlukan pelbagai jenis pengorbanan. Ia sebenarnya bukan pengorbanan, tetapi pelaburan yg akan membawa faedah yg menguntungkan."
BETUL! Apabila difikirkan balik jika aku menganggap berada di rumah ini sbg satu pengorbanan, maka memang aku akan sering diundang rasa gusar dek kerana pengorbanan tak semestinya membawa kebaikkan. Ada juga pengorbanan yg sia-sia spt mana yg aku amat risaukan pd ketika ini. Namun jika aku melakukan tugas2 ku ini dgn sebaik mungkin, syukuri apa yg aku ada wlupun tidak akan mewah spt org2 yg berusaha ke arahnya, aku sepatutnya meneruskan pelaburan ini dan harus yakin wlupun utk menikmati faedah ini memerlukan masa yg pnjg atau mungkin jika tidak di dunia, setidak-tidaknya di akhirat yg kekal abadi. Inshaallah..
BUAT KALIAN YG BERGELAR IBU, TAK KIRA SAMA ADA KALIAN BEKERJA ATAU SURI RUMAH, JENGUK2LAH PENGISIAN BERMANFAAT DI LINK NI
☞ The Role of the Mother
BENAR, KALIAN JUGA IBU TERBAIK TAK KIRA APA PUN STATUS PEKERJAAN KALIAN SPT MANA YG AKU INGINKAN BUAT DIRIKU DI MASA2 AKAN DTG KELAK TIKA AKU BERPELUANG KEMBALI GIAT BEKERJAYA, INSHAALLAH..Tuesday, 7 July 2015
resipi NASI BERIYANI cinta kasih
Nampak x lain mcm skit nama resipi akak kali ni? Hehe..ni sempena resipi yg aku masak bersama suami hujung minggu baru2 ni. Dah teringin sgt nak makan makanan kenduri katenye..Kali ni suami sediakan masak kurma daging dan aku pula masak nasi dan acar rampai tu. Apalah salahnya suami masuk ke dapur ye x...sedangkan Rasulullah sendiri pun bantu isteri di dapur. Chewwah!
Let's get back to real people, resipi nye adalah..jeng3!!! Dijamin resipi ni ringkas dan korg x payah keluarkan kos byk2 pun utk masak
resipi NASI BERIYANI cinta kasih
(Resipi utk 2-3 orang dewasa satu hidangan)
Bahan-bahan utk nasi:
2 cawan beras ( dicuci dan ditoskan)
bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga (rempah tumis)
marjerin untuk menumis
2-3 biji bawang merah (dikisar)
1 inch halia (dikisar)
3 sudu kecil tomato puri
3 sudu kecil susu pekat manis
1 kotak kecik kismis
secubit garam secukup rasa
Cara-cara memasak nasi:
Panaskan marjerin dan tumis rempah tumis hingga naik bau. Selepas itu masukkan bawang merah dan halia kisar dan tumis hingga kekuningan. Kemudian masukkan air, susu pekat manis dan tomato puri tadi dan tunggu sehingga air mendidih seterusnya masukkan nasi. Setelah nasi masak, barulah gaulkan kismis bersama nasi tadi.
Bahan-bahan Kurma Daging:
1/4 kilo daging dipotong dadu
1 biji bawang besar india di mayang
2cm halia dimayang
2-3 biji bawang putih dimayang
bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga (rempah tumis)
Minyak untuk menumis
1 mangkuk pati santan
3/4 paket rempah kurma
1 biji ubi kentang dipotong 4
2 biji cili merah dipotong memanjang
secubit garam secukup rasa
Cara-cara memasak Kurma Daging:
Panaskan minyak dan tumis rempah tumis hingga naik bau. Selepas itu masukkan bawang besar, bawang putih dan halia dan tumis hingga kekuningan kemudian masukkan rempah kurma. Masukkan daging dan gaulkan seketika sehingga separuh masak seterusnya masukkan santan dan ubi kentang. Masak dengan api perlahan sehingga daging dan kentang empuk kemudian masukkan garam dan gula serta cili merah sebelum memadam api.
Bahan-bahan Acar Rampai:
Sedikit minyak untuk menumis
2-3 biji bawang merah (dikisar)1 inch halia (dikisar)
1-2 sudu cuka
timun, cili besar dan lobak merah dipotong memanjang
secubit garam dan gula secukup rasa
Cara-cara memasak Kurma Daging:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga kekuningan dan naik bau. Kemudian masukkan cuka, gula dan garam dan terus gaulkan timun, cili besar dan lobak merah dan gaul seketika hingga sebati sebelum memadam api.
Dah sedia utk dimakan waktu berbuka nanti!!! Nampak tak betapa ringkasnye resipi ni sebab guna beras biasa yg ada kat rumah dan guna marjerim utk memasak nasi. Rasanya pulak tak kurang enaknya berbanding menu kenduri yg kami selalu makan. Tambahan pula bila masak bersama2 memang lah lebih memudahkan dan mempercepatkan proses..Sekian, selamat mencuba
Monday, 6 July 2015
resipi PUDING KASTAD BERKUAH KOKTEL
Ha, bulan2 puasa ni biase la mesti nak cuba resipi2 terbaru utk berbuka. Apatah lagi manisan2 ni memang sedap makan lepas seharian menahan nafsu makan ni kan.. Kalau x silap aku dah hampir dua tahun aku x cuba resipi ni. Baru minggu lepas aku buat ni utk berbuka. Anak2 dan suami memang suka sgt la klu mama buat benda manis2 mcm ni kn..
Kali ni aku kongsikan dgn kalian resipi yg mudah ni, biasenye aku akan buat separuh sukatan dapat makan dua ke tiga hari selepas di masukkan ke dlm peti sejuk.
(Resipi utk 5-10 orang dewasa satu hidangan)
resipi PUDING KASTAD BERKUAH KOKTEL
Bahan-bahan:
Puding Kastad
1 cawan tepung kastad
4 cawan air
1 cawan susu cair
3 sudu besar susu pekat
1/2 cawan gula @ secukup rasa
Cara-cara:
1.Satukan semua bahan, kacau atas api sederhana hingga likat.Sentiasa kacau supaya adunan tidak berketul
2.Tuang dalam loyang atau acuan kecik. Sejukkan dan boleh di masukkan ke dalam peti ais.
Kuah
2 sudu tepung kastad (untuk pekatkan kuah, kalau taknak pun boleh abaikan)
1 tin susu cair
4 tin air masak (sukat dengan tin susu cair)
3/4 cawan gula @ secukup rasa
1 tin fruit koktel(ambil buah sahaja)
Cara-cara:
Satukan semua bahan kecuali fruit koktel.Masak atas api (sekejap je).
Untuk menghidang:
Tuang kuah dan masukkan buahah-buahan koktel secukupnya ke dalam bekas atau mangkuk yg berisi puding tadi dan sedia di makan! Kalau nak lagi sedap boleh tambah ais ketika makan. Sejuknye tu memang menyegarkan.. Yummy..
Selamat Mencuba!
Masak memasak di siang hari, jgn lupe beramal lebih di malam hari kelak. Inshaallah.. (pesanan kpd tuan empunya diri jgk sambil igtkn kwn2 yg lain)
Kali ni aku kongsikan dgn kalian resipi yg mudah ni, biasenye aku akan buat separuh sukatan dapat makan dua ke tiga hari selepas di masukkan ke dlm peti sejuk.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Resipi utk 5-10 orang dewasa satu hidangan)
resipi PUDING KASTAD BERKUAH KOKTEL
gambar sebahagian dari hidangan yg aku buat |
Bahan-bahan:
Puding Kastad
1 cawan tepung kastad
4 cawan air
1 cawan susu cair
3 sudu besar susu pekat
1/2 cawan gula @ secukup rasa
Cara-cara:
1.Satukan semua bahan, kacau atas api sederhana hingga likat.Sentiasa kacau supaya adunan tidak berketul
2.Tuang dalam loyang atau acuan kecik. Sejukkan dan boleh di masukkan ke dalam peti ais.
Kuah
2 sudu tepung kastad (untuk pekatkan kuah, kalau taknak pun boleh abaikan)
1 tin susu cair
4 tin air masak (sukat dengan tin susu cair)
3/4 cawan gula @ secukup rasa
1 tin fruit koktel(ambil buah sahaja)
Cara-cara:
Satukan semua bahan kecuali fruit koktel.Masak atas api (sekejap je).
Untuk menghidang:
Tuang kuah dan masukkan buahah-buahan koktel secukupnya ke dalam bekas atau mangkuk yg berisi puding tadi dan sedia di makan! Kalau nak lagi sedap boleh tambah ais ketika makan. Sejuknye tu memang menyegarkan.. Yummy..
Selamat Mencuba!
Masak memasak di siang hari, jgn lupe beramal lebih di malam hari kelak. Inshaallah.. (pesanan kpd tuan empunya diri jgk sambil igtkn kwn2 yg lain)
إن شاء الله
Subscribe to:
Posts (Atom)