THIS BLOG WAS CREATED ALONG THE JOURNEY TOWARDS MY BETTER LIFE AS I AM STRUGGLING THE VERY BEST OF ME AS A MOM OF TWO ADORABLE KIDS, ZIQRI (5YO) & ZARA (3YO), A LOYAL WIFE THAT ALWAYS WANNA BE BY MY HUBBY'S SIDE, Mr. ZAM (Mr. TEACHER) AND CURRENTLY WORKING ON MY ONLINE GRAPHICS DESIGN JOB on @m.designworks (instagram)

LET'S BE MY NEW FRIENDS AND SHARE YOUR OPINION WITH ME
ツ NICE TO MEET U TOO!

Thursday, 18 June 2015

WOMEN OF THE WORLD























Working or non-working women, no matter how is the situation, most of us having almost the same lifestyle. Unless we'r some kind of VVIP or came from a royal family. Then there's might be a different lifestyle which is "I don't really know how". Just live life with whatever we have. Be THANKFUL & GRATEFUL of what ALLAH SWT already give us.

Sometime we might think too much about what others will think on what we'r doing and what we have or don't have, SO DO I.. But what i know is dt DESIGN is a part of my soul. It is the best way for me to express myself. Thanks for ur willingness to read my story u girls!!! LOVE YA new fellas :)


Monday, 15 June 2015

SURI RUMAH TANGGA SEPENUH MASA PILIHAN TERBAIK (BUAT MASA INI !)

Entry lepas aku dah huraikan secara ringkas faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan. Klu blum baca leh klik link kata bawah ni ☟
FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU AKU PERTIMBANGKAN SEBELUM MENINGGALKAN PEKERJAAN TETAP DAN MENJADI SURI RUMAH TANGGA SEPENUH MASA 
atau bleh scroll je ke bawah lg klu rajin nak baca lepas ni nanti.


Dan sekarang aku nak cerita dari mana aku dpt kekuatan utk jd suri rumah ni. Erm, sebelum kalian baca lebih lanjut, aku harap benar yg kalian adalah golongan yg mana sedang membuka hati dan minda utk menerima pandangan peribadi aku ni sbg sesuatu yg tak semestinya seiring dgn cara pemikiran kalian 


Apa yg aku harapkan ialah ada golongan yg sedia utk memahami dan menghayati cerita ini jika kalian sedang berada dalam situasi yg hampir sama dgn aku. Tak dinafikan mungkin ada yg akan mudah melenting dan marah terutama sekali jika kalian tidak pernah terlintas ingin masuk ke dunia suri rumah tangga ni. Aku faham sebab suatu masa dahulu aku juga perkerja sepenuh masa. 5 tahun bekerja sepenuh masa bukanlah satu tempoh yg sekejap dan cukup untuk aku merindui zaman kerjaya sepenuh masa tersebut.

Ada juga aku bertanyakan pandangan ahli keluarga ketika ingin membuat keputusan. Ahli keluargaku sendiri lebih menyarankan aku meneruskan kerjaya dan membesarkan anak sendirian manakala ahli keluarga suami pula lebih menyarankan aku tinggal bersama suami dan sewenang2nya tidak mengindahkan bila mana aku perlu korbankan kerjaya impian aku itu. Dari situ sudah nampak tiada yg benar2 menghayati pilihan ini sbg suatu keputusan yg memerlukan kebaikkan bersama antara aku, suami & anak2 bukan?

ISTIQARAH...
itu yg perlu kita buat pada masa kita diuji dgn beberapa pilihan dan kita tidak tahu mana satu yg perlu kita pilih. Setelah aku berusaha dan berdoa, hati terdetik mencari dari sudut pandangan ISLAM itu sendiri. Sering aku dengan dr ceramah2 alim ulama, jika kita menghadapi sebarang masalah, berbaliklah kpd ISLAM. Ya, ISLAM telah menyediakan jln penyelesaian kpd sebarang permasaalahan. Jadi aku mencari kekuatan ke mana arah tujuan aku pd ketika itu lalu aku temui beberapa ceramah agama yg berkaitan. Sila2 lah kalian hayati dgn hati dan minda yg terbuka.




 

 

 

 

 

 

 

 

Semoga ceramah tersebut membuka hati & minda kalian yg sedang ke arah tersebutSekali lagi aku ingatkan, ceramah ini bukan ditujukan kpd kalian yg 'harus' bekerjaya atas keperluan hidup kalian. Ini sekadar secebis kisah peribadi bagaimana aku mendapat kekuatan utk meninggalkan kerjaya buat seketika ikut keperluan hidup aku pada ketika ini.
Pun begitu aku masih lagi melakukan kerja2 INTERIOR DESIGN secara freelance di mana aku menerima projek pada masa2 tertentu bergantung kpd rakan2 kontraktor. Jumlah pendapatan yg diperolehi tidaklah selumayan gaji bekerja sepenuh masa. Dari situ dapatlah sikit aku membantu suami di mana aku lebih gemar membeli barang2 keperluan sendiri dan anak2. Dan tak lupa juga aku menjalankan bisnes ONLINE PRINTING kerana aku sendiri menguruskan GRAPHICS DESIGN sepenuhnya. Kiranya kepakaran dan bakat aku tidaklah disia-siakan begitu sahaja. Namun tidak dinafikan pada suatu masa nanti aku perlu menjalankan perniagaan ini dgn sepenuh masa di mana aku perlu memberi tumpuan yg lbh agar mendapat pulangan yg lebih untuk sama2 membantu perbelanjaan keluarja yg ternyata sememangnya semakin meningkat. Bayangkan lah jika kini bayaran bekerja satu ke dua jam sehari mana la boleh dibandingkan dgn bayaran bekerja 8 jam di office.  Sudah tentu aku perlu memberi sepenuh perhatian pada kerjaya kelak demi kebaikkan bersama.

Namun biarlah masa yg menentukan. Kiranya kini tugas azali sbg seorg ibu yg menyusukan anak dan menjaga anak2 kecil di rumah itu harus aku jlnkn dgn sebaik mungkin atas peluang yg telah Allah SWT berikan ini. Aku percaya jalan yg telah Allah SWT tentukan ini merupakan sebaik-baik jln utk kehidupan aku dan keluarga yg kami bina ini. 


إن شاء الله




Thursday, 11 June 2015

FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU AKU PERTIMBANGKAN SEBELUM MENINGGALKAN PEKERJAAN TETAP DAN MENJADI SURI RUMAH TANGGA SEPENUH MASA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Teringin benar aku ingin berkongsi bersama kalian kenapa aku memilih utk menjadi seorang suri rumah tangga. Sebenarnya apa yg sedang aku lalui ini bukanlah satu jalan yg mudah. Kisah bermula apabila suami aku mendapat surat tawaran posting di Sarawak ni dan pada ketika itu aku sedang bekerja sepenuh masa (as an Interior Designer la, nak cakap jugak. Hehe..) di Seremban. Jadi pilihan yg ada ialah sama ada aku kekal bekerja & menjaga dua org anak sendirian atau ikut suami besarkan anak bersama-sama lalu kehilangan kerjaya impianku ini.

Cuba korang teliti jadual carta yg aku sediakan ni

























Anak panah warna hijau menandakan apa yg aku rasa baik utk hidup aku dan warna merah merupakan apa yg aku tak berapa suka la. Jika diperhatikan jadual ni tak banyak menbantu pun dlm membuat keputusan, btul tak?
Ni sekadar aku nak kongsi apa faktor2 yg ada. Mana tau klu ada yg sedang berada dlm situasi mcm ni kot2 membantu keputusan korg kelak.

So, klu nak tahu jugak mcm mne keputusan tu dibuat, bleh la tggu entry aku yg berikutnya, hehehe.. Jgn marah ye...TUNGGU!!!