Perniagaan online, ramai yang dah cuba atau ingin mencuba. Tips ini khas buat anda yang baru lagi memulakan perniagaan dalam tempoh setahun percubaan. Panduan yang bakal saya berikan ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar jatuh bangun saya dalam memulakan beberapa jenis perniagaan secara kecil-kecilan. We are talking about the SMALL business here people! Keep that in mind OK..
Ramai dikalangan kita yang sudah pun memulakan perniagaan online dan sudah cuba pelbagai cara dalam 'tips asas memulakan perniagaan' yang anda boleh dapati di mana-mana sahaja jika anda membuat carian internet. Jika anda mencuba satu-persatu dari kaedah yang diberikan atau mendengar nasihat dan panduan dari pakar perniagaan, anda sepatutnya dapat melihat peningkatan perniagaan anda dari masa ke semasa.
Namun setelah tempoh setahun mencuba atau lebih, anda dapati perniagaan anda tidak mendapat hasil yang diinginkan sebaliknya ada yang hanya balik modal atau lebih teruk lagi sentiasa menanggung kerugian. Bagaimana kita ingin buat keputusan sama ada perniagaan kita ini harus diteruskan atau sebaliknya.
Berikut merupakan beberapa perkara yang anda perlu ambil tahu sekiranya ingin membuat keputusan untuk meneruskan perniagaan yang sama atau mencuba perniagaan dalam bidang atau produk yang lain.
PRODUK/PERKHIDMATAN YANG BERKEMBANG:
Adakah produk atau servis yang anda tawarkan menunjukkan peningkatan?
Sebagai contoh paling mudah, ramai wanita gemar menjalankan perniagaan berasaskan fesyen. Perhatikan sama ada anda mengikuti trend semasa dan menghasilkan atau menjual produk yang paling unik di pasaran yang mendahului industri (trend setter). Jika anda gagal maka anda perlu terlebih dahulu mendapatkan kemahiran dalam bidang yang anda usahakan seperti fesyen, anda perlu cari seberapa banyak ilmu yang perlu dalam bidang tersebut agar anda dapat menjadi pendahulu dalam industri atau setidak tidaknya mengikut aliran fesyen semasa. Dalam kes ini, sementara anda ingin mendalami ilmu tersebut, maka perniagaan anda terpaksa ditangguhkan untuk mengelakkan lebih banyak kerugian sekiranya anda meneruskan perniagaan tanpa persediaan pengetahuan yang sewajarnya. Ingat tempoh yang saya cadangkan tadi, SATU KE DUA TAHUN PERCUBAAN.
Jika anda telah pun mencuba pelbagai cara berkenaan produk dan servis anda, maka anda perlu pertimbangkan faktor seterusnya di bawah.
KAEDAH PEMASARAN:
Adakah kaedah pemasaran anda mudah dan berkesan?
Untuk tempoh percubaan setahun dalam perniagaan kecil-kecilan, sebolehnya kita tidak perlu mengeluarkan modal yang tidak wajar untuk memasarkan produk kita. Mana tidaknya di internet sahaja banyak kaedah PEMASARAN PERCUMA yang diajar oleh sifu-sifu tersohor saya seperti Dr Irfan Khairi & Dr Azizan Osman atau mana-mana carian internet yang anda perolehi. Jika anda gagal memasarkan produk anda dengan pelbagai medium percuma seperti yang disyorkan, ada kemungkinan produk yang anda pilih merupakan produk yang tidak sesuai dengan kaedah pemasaran biasa dan memerlukan masa dan kos lebih tinggi untuk diterima ramai. Anda berhak memilih sama ada ingin mengambil risiko untuk mengeluarkan sejumlah besar kos untuk produk tersebut, meneruskan pemasaran yang sama dan menunggu masa, atau berpindah pada bidang perniagaan lain yang merlukan kos lebih rendah dan masa lebih wajar.
Perhatikan keberkesanan respon pelanggan dari setiap kaedah pemasaran. Jika ramai yang bertanyakan produk anda tapi masih tidak membeli, jangan putus asa kerana respon itu menunjukkan pemasaran anda sampai kepada mereka. Cuma masa yang diambil untuk mereka membuat keputusan bergantung pada tahap layanan anda terhadap pelanggan dan bagaimana anda meyakinkan mereka terhadap kebaikkan produk anda untuk dibeli oleh pelanggan berbanding produk dari peniaga lain.
PELANGGAN TETAP:
Adakah perniagaan anda sudah mempunyai pelanggan tetap?
Jika jawapan anda tidak maka ada kemungkinan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan itu kurang berpotensi. Ada kala minat yang mendalam sahaja dalam bidang yang kita usahakan tidak cukup jika kita tidak punyai cukup pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tersebut. Maka adalah lebih baik jika anda mencari sesuatu yang anda betul-betul punyai kemahiran atau mampu mendapat kemahiran dalam masa yang lebih pendek berbanding apa yang anda sedang usahakan.
Jika anda sentiasa punyai pelanggan tetap walaupun keuntungan yang dihasilkan masih belum memuaskan hati anda, jangan bimbang kerana itu menunjukkan bahawa anda sedang berada di jalan yang betul dalam perniagaan dan perkhidmatan anda. Pelanggan tetap bererti pelanggan yang telah membeli produk anda dan kembali membeli dari anda produk yang lain kerana mereka berpuas hati dengan produk dan servis yang anda tawarkan. Maka apa yang anda perlu lakukan ialah pastikan kualiti produk dan servis anda sentiasa di tahap yang baik dan ada peningkatan.
PELANGGAN MEMPERKENALKAN KEPADA PELANGGAN LAIN:
Adakah anda punya pelanggan baru (recommended customers) yang diperolehi dari pelanggan lama?
Jika pelanggan anda memperkenalkan produk atau servis anda kepada rakan-rakannya, itu bermakna perniagaan anda sedang menunjukkan peningkatan yang amat positif. Namun jika perkara ini tidak pernah berlaku dalam pernigaan anda, maka anda perlu kembali kepada asas peningkatan servis dan produk anda sama ada anda mahu dan mampu tingkatkan atau sebaliknya dalam tempoh SATU KE DUA TAHUN.
Perkadaran TEMPOH SATU KE DUA TAHUN adalah tempoh yang paling wajar untuk peniaga kecil kecilan perhatikan kerana dalam perniagaan, apa yang ingin kita lihat adalah peningkatan dari segi produk atau perkhidmatan serta peningkatan hasil yang kita perolehi, bukannya hanya menanggung kerugian.
Jadi ini sahaja yang saya sempat kongsikan pada hari ini, Inshaallah saya akan kongsi lagi perkara-perkara yang membantu anda peniaga-peniaga kecil meningkatkan perniagaan bersama-sama saya.
ALWAYS REMEMBER THIS
DREAM BIG, START SMALL!
while u start dreaming, learn and work it!
No comments:
Post a Comment