THIS BLOG WAS CREATED ALONG THE JOURNEY TOWARDS MY BETTER LIFE AS I AM STRUGGLING THE VERY BEST OF ME AS A MOM OF TWO ADORABLE KIDS, ZIQRI (5YO) & ZARA (3YO), A LOYAL WIFE THAT ALWAYS WANNA BE BY MY HUBBY'S SIDE, Mr. ZAM (Mr. TEACHER) AND CURRENTLY WORKING ON MY ONLINE GRAPHICS DESIGN JOB on @m.designworks (instagram)

LET'S BE MY NEW FRIENDS AND SHARE YOUR OPINION WITH ME
ツ NICE TO MEET U TOO!

Wednesday, 30 March 2016

business tips : TUTUP ATAU TERUSKAN ?

Perniagaan online, ramai yang dah cuba atau ingin mencuba. Tips ini khas buat anda yang baru lagi memulakan perniagaan dalam tempoh setahun percubaan. Panduan yang bakal saya berikan ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar jatuh bangun saya dalam memulakan beberapa jenis perniagaan secara kecil-kecilan. We are talking about the SMALL business here people! Keep that in mind OK..

Ramai dikalangan kita yang sudah pun memulakan perniagaan online dan sudah cuba pelbagai cara dalam 'tips asas memulakan perniagaan' yang anda boleh dapati di mana-mana sahaja jika anda membuat carian internet. Jika anda mencuba satu-persatu dari kaedah yang diberikan atau mendengar nasihat dan panduan dari pakar perniagaan, anda sepatutnya dapat melihat peningkatan perniagaan anda dari masa ke semasa.

Namun setelah tempoh setahun mencuba atau lebih, anda dapati perniagaan anda tidak mendapat hasil yang diinginkan sebaliknya ada yang hanya balik modal atau lebih teruk lagi sentiasa menanggung kerugian. Bagaimana kita ingin buat keputusan sama ada perniagaan kita ini harus diteruskan atau sebaliknya.



Berikut merupakan beberapa perkara yang anda perlu ambil tahu sekiranya ingin membuat keputusan untuk meneruskan perniagaan yang sama atau mencuba perniagaan dalam bidang atau produk yang lain.

PRODUK/PERKHIDMATAN YANG BERKEMBANG:

Adakah produk atau servis yang anda tawarkan menunjukkan peningkatan?

Sebagai contoh paling mudah, ramai wanita gemar menjalankan perniagaan berasaskan fesyen. Perhatikan sama ada anda mengikuti trend semasa dan menghasilkan atau menjual produk yang paling unik di pasaran yang mendahului industri (trend setter). Jika anda gagal maka anda perlu terlebih dahulu mendapatkan kemahiran dalam bidang yang anda usahakan seperti fesyen, anda perlu cari seberapa banyak ilmu yang perlu dalam bidang tersebut agar anda dapat menjadi pendahulu dalam industri atau setidak tidaknya mengikut aliran fesyen semasa. Dalam kes ini, sementara anda ingin mendalami ilmu tersebut, maka perniagaan anda terpaksa ditangguhkan untuk mengelakkan lebih banyak kerugian sekiranya anda meneruskan perniagaan tanpa persediaan pengetahuan yang sewajarnya. Ingat tempoh yang saya cadangkan tadi, SATU KE DUA TAHUN PERCUBAAN.

Jika anda telah pun mencuba pelbagai cara berkenaan produk dan servis anda, maka anda perlu pertimbangkan faktor seterusnya di bawah.

KAEDAH PEMASARAN:

Adakah kaedah pemasaran anda mudah dan berkesan?

Untuk tempoh percubaan setahun dalam perniagaan kecil-kecilan, sebolehnya kita tidak perlu mengeluarkan modal yang tidak wajar untuk memasarkan produk kita. Mana tidaknya di internet sahaja banyak kaedah PEMASARAN PERCUMA yang diajar oleh sifu-sifu tersohor saya seperti Dr Irfan Khairi & Dr Azizan Osman atau mana-mana carian internet yang anda perolehi. Jika anda gagal memasarkan produk anda dengan pelbagai medium percuma seperti yang disyorkan, ada kemungkinan produk yang anda pilih merupakan produk yang tidak sesuai dengan kaedah pemasaran biasa dan memerlukan masa dan kos lebih tinggi untuk diterima ramai. Anda berhak memilih sama ada ingin mengambil risiko untuk mengeluarkan sejumlah besar kos untuk produk tersebut, meneruskan pemasaran yang sama dan menunggu masa, atau berpindah pada bidang perniagaan lain yang merlukan kos lebih rendah dan masa lebih wajar.

Perhatikan keberkesanan respon pelanggan dari setiap kaedah pemasaran. Jika ramai yang bertanyakan produk anda tapi masih tidak membeli, jangan putus asa kerana respon itu menunjukkan pemasaran anda sampai kepada mereka. Cuma masa yang diambil untuk mereka membuat keputusan bergantung pada tahap layanan anda terhadap pelanggan dan bagaimana anda meyakinkan mereka terhadap kebaikkan produk anda untuk dibeli oleh pelanggan berbanding produk dari peniaga lain.

PELANGGAN TETAP:

Adakah perniagaan anda sudah mempunyai pelanggan tetap?

Jika jawapan anda tidak maka ada kemungkinan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan itu kurang berpotensi. Ada kala minat yang mendalam sahaja dalam bidang yang kita usahakan tidak cukup jika kita tidak punyai cukup pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tersebut. Maka adalah lebih baik jika anda mencari sesuatu yang anda betul-betul punyai kemahiran atau mampu mendapat kemahiran dalam masa yang lebih pendek berbanding apa yang anda sedang usahakan.

Jika anda sentiasa punyai pelanggan tetap walaupun keuntungan yang dihasilkan masih belum memuaskan hati anda, jangan bimbang kerana itu menunjukkan bahawa anda sedang berada di jalan yang betul dalam perniagaan dan perkhidmatan anda. Pelanggan tetap bererti pelanggan yang telah membeli produk anda dan kembali membeli dari anda produk yang lain kerana mereka berpuas hati dengan produk dan servis yang anda tawarkan. Maka apa yang anda perlu lakukan ialah pastikan kualiti produk dan servis anda sentiasa di tahap yang baik dan ada peningkatan.

PELANGGAN MEMPERKENALKAN KEPADA PELANGGAN LAIN:

Adakah anda punya pelanggan baru (recommended customers) yang diperolehi dari pelanggan lama?

Jika pelanggan anda memperkenalkan produk atau servis anda kepada rakan-rakannya, itu bermakna perniagaan anda sedang menunjukkan peningkatan yang amat positif. Namun jika perkara ini tidak pernah berlaku dalam pernigaan anda, maka anda perlu kembali kepada asas peningkatan servis dan produk anda sama ada anda mahu dan mampu tingkatkan atau sebaliknya dalam tempoh SATU KE DUA TAHUN.


Perkadaran TEMPOH SATU KE DUA TAHUN adalah tempoh yang paling wajar untuk peniaga kecil kecilan perhatikan kerana dalam perniagaan, apa yang ingin kita lihat adalah peningkatan dari segi produk atau perkhidmatan serta peningkatan hasil yang kita perolehi, bukannya hanya menanggung kerugian. 

Jadi ini sahaja yang saya sempat kongsikan pada hari ini, Inshaallah saya akan kongsi lagi perkara-perkara yang membantu anda peniaga-peniaga kecil meningkatkan perniagaan bersama-sama saya.

ALWAYS REMEMBER THIS
DREAM BIG, START SMALL! 
while u start dreaming, learn and work it!

Thursday, 17 March 2016

Holiday March 2016

Tujuan holiday ni menuju satu tujuan yang semata-mata nak cari handphone baru hubby je..LOL! Aku ni masa mula2 before start cuti tu semangat la dok fikir2 apa yang nak di shopping kan..sekali dah sampai je 1 Borneo Mall tu aku dah jadi cam blurr apa yang nak dibeli sebenarnya. Last2 aku masuk H&M beli baju budak berdua je, konon nak bli handbag tapi tak jadi nak beli. Sebabnya aku dok usya on9 shop yang jual authentic H&M, Zara, MNG, Charles & Keith semua tu jual lagi murah oo..watpe nak beli yang mahal kalau dapat jimat macam 50 hengget per item if beli on9 je kan. Macam baju anak2 tu aku lagi suka shopping kat butik sebab nak tengok size & material jugak. Kalau barang sendiri aku tak cerewet sangat beli on9 je.

Berbalik pada topik hubby nak cari handphone baru, hubby memang  dah survey la jugak phone yang sesuai dengan budget dia tu. Ada juga aku recommend dia beli dengan package maxis sebab dulu aku beli package memang berbaloi.Tup2 masa kat dalam mall tu terjumpa jugak maxis centre. Kau tau MAXIS bagi handphone FREE je bila ko sign package dia!!! Gila ko FREE, memang FREE la! Masa kitaorang on9 tengok kat website macam tak caya jugak, lepas tu tanya2 kat orang maxis tu baru la percaya. Yang ni promo untuk pelanggan setia MAXIS je tau. Untuk yang korang memang pakai MAXIS sekarang ni dan ada la jenis smartphone yang free tu termasuk la yang hubby sambar ni. Benda free tak boleh la untuk yang cerewet sangat hokey, ni sambar je apa yang ada.Untuk maklumat lanjut korang zoom in skit pic pamplet yang aku tangkap gambarkan ni dan untuk segala tok nenek maklumat lagi korang gi website ni (klik je) => MAXIS




Ada juga pilihan smartphone yang korang datang kat MAXIS CENTRE tu tak payah bawak satu sen pun untuk bayar, korang angkat phone balik bergaya seperti baru lepas dapat bonus penggal pertama pekerjaan dan menyambar satu Iphone 6. Tapi yang tu harga phone kena bayar installment setiap bulan beserta bil bulanan korang. Pada aku price dia antara yang paling murah la boleh dapat sebab last time aku beli phone pun dengan package maxis memang lagi murah dari market price. Tapi zaman aku beli dulu takde lagi style installment macam yang sekarang ni. Aish..tetibe aku rasa nak kena beli phone baru..hubby dah dapat phone FREE, boleh agaknya aku sambar budget asal dia nak beli phone cash tu untuk aku kot, warharhar!!! Astarghfirullahalazim...


Tuesday, 8 March 2016

Masa itu EMAS!

Peribahasa Melayu ke ni?

Benda ni berkaitan dengan apa yang terjadi dalam hidup aku beberapa hari lalu dan hari ni. Sebab tu ada nya aku hari ni tengah menulis blog dan bukan buat kerja-kerja printing macam biasa. Nak tau dah kenapa dengan akak arini dik?

***

Kalau masa itu emas, maknanya ada orang boleh beli masa betul tak? Kalau kita ni banyak harta, banyak wang, kita pun boleh beli emas seberapa banyak yang kita nak betul tak? Pada aku masa tu bukan emas, dia jauh lebih bernilai dari emas sampai nilai dia kita tak boleh nak letak. Sebab kalau kita letak nilai pada masa tu, bermakna kita bagi peluang pada diri kita untuk cuba membeli.



Sering terjadi pada akak perkara ni dan dia jadi lagi baru-baru ni di mana ada datang client yang buat order last minute. Contohnya beliau tanya hari ni, dengan design tak siap lagi lepas tu beliau mintak item tu sampai pada beliau esok hari. Untuk memudahkan tu beliau mintak untuk datang ambil sendiri order yang dah siap untuk percepatkan lagi proses dan ada yang sanggup buat bayaran lebih tinggi untuk dapatkan servis segera atau 'urgent order' ni sampai pada masa yang beliau harapkan. Kalau boleh akak memang nak bantu setiap client dapatkan apa yang di hajatkan tanpa mengenakan bayaran lebih pun dik..tapi akak tak boleh nak melambatkan masa yang Allah SWT dah bagi pada kita setiap hari. Prosedur yang akak guna pakai ni tetap sama untuk semua client berdasarkan tempoh masa yang sewajarnya. Akak memang tak pernah sengaja buat kerja lambat-lambat sebab lagi lambat akak siap, lagi lambat order baru akan masuk maka lagi kurang la profit akak dan sebaliknya.

***

Dan pagi ni pulak, mesin akak ada teknikal problem. Akak cuba nak godek2 tengok apa yang boleh dibuat. Adeh..memang tak berjaya nak betulkan sendiri dik. Kena anta jugak kat uncle pakai singlet ala pagoda, seluar pendek ala zaman komunis untuk servis balik mesin ni yang biasa bukak kedai pukul 9 pagi japgi. Sepatutnya akak buat kerja start lepas Ziqri & hubby pergi sekolah dari pukul 7 tadi tapi awal2 lagi mesin pulak dah tak boleh nak pakai. Apa kaitannya dengan masa dan emas? Kaitannya kalau masa tu boleh dibeli, sekarang jugak akak akan gunakan teknik client tadi kepada uncle tu dan call uncle tu pagi2 ni untuk kejutkan dia dan bagitau, "Uncle, boleh tak bukak kedai awal sikit dan tolong betulkan printer I sebab saya nak guna cepat ni uncle. I bayar U double." Korang agak2 apa uncle tu jawab? Tu pun kalau dia jawab telefon dia la.. Korang agak uncle tu tak ada urusan lain ke yang diuruskan. Kalau betul dia memang tak buat apa2 pagi2 tu, baik dia gi bukak kedai pukul 7 je tiap2 hari betul tak? Dia pun ada penggunaan masa dia jugak untuk pastikan hidup dia berjalan dengan baik sama macam kita aturkan untuk hidup masing-masing jugak. Masa tak boleh dijual beli dik..melainkan ada orang yang memang kerja dia berkaitan kerja-kerja 'on call'. Memang dia dah standby setiap hari dalam hidup dia untuk dibayar bekerja pada ketika ada orang panggil dia. Tu lain cerita aa!

***

So pada akak, marilah kita sama2 hormati masa yang kita ada dan juga masa orang lain di sekeliling kita. Dek kerana kita terlalu membiasakan diri dengan 'MASA ITU EMAS' maka setiap kali berlaku sesuatu, kita ingat duit kita boleh bantu kita selesaikan semua perkara. MAAF masa itu bukan emas, dia jauh lebih bernilai yang tidak akan mampu kita beli dengan apa sekalipun. Buktinya masa-masa yang dah kita bazirkan takkan dapat kita putar balik dengan hanya memutarkan jam emas sekalipun.

Monday, 7 March 2016

TIPS DEKO RUMAH IDAMAN ANDA - dari pereka dalaman berpengalaman lebih 5 tahun

Apa kata aku tulis tentang perkara yang aku betul2 ada kemahiran. YES, y not interior design?! It is my skill & knowledge and I don't want to just forget it after I've quit my fulltime job. I'm still have passion on it and looking forward to do something with it in my future, Inshaallah..

Ok la macam ni, aku tulis dalam bahasa Melayu khas untuk pembaca-pembaca Malaysia dan kawasan serantau supaya korang lebih mudah faham ilmu ni. Cuma kadang2 tu aku memang tak boleh elak dari guna bahasa Inggeris sebab perkataan atau term tu lebih familiar dalam sebutan English right?

DREAM HOUSE INTERIOR DESIGN DECORATION TIPS (TIPS DEKO RUMAH IDAMAN)

Ada beberapa tips atau langkah yang anda kena ambil tahu sebelum memutuskan untuk membeli sesuatu untuk rumah idaman anda. So aku akan kongsikan satu persatu dalam setiap entry yang akan datang. Tips pertama yang paling utama yang akan kita bincangkan di sini ialah ..

# 1: KENAL PASTI GAYA REKAAN KEGEMARAN ANDA (identify your design style)

Yang ni memang asas. Kebanyakkan dari kita memang dah sedia ada minat tertentu dalam sesetengah gaya. Cuma selalunya ramai yang memang tidak tahu apa nama GAYA atau STYLE tersebut. Selalunya kebanyakkan orang suka guna istilah 'MODERN' tapi gaya yang dia minat tu langsung tak moden disebabkan bukan semua orang tahu nak bezakan apa itu modern style dan style yang lain.

Sebagai contoh client datang, "Ms, I nak design Modern..ada wood panelling yang ada beading2 tu kat wall, lepas tu furniture semua nak yang kerawang, warna pulak nak merah, brown.." Sebenarnya apa yang diterangkan oleh client ni lebih kepada element Inggeris atau pun traditional. Memang kebiasaan la ramai dikalangan kita yang guna perkataan moden untuk describe style masing2 tapi bukan semua maksudkan perkara yang betul. Nak tahu gaya moden yang anda fikirkan tu betul ke tak? Nanti akak terangkan pada u ollz ye! Akak tahu kebanyakkan majalah tempatan atau laman web yang bercerita pasal interior design and decorations ni bukanlah pakar dalam bidang ni. Mereka tulis hanya untuk tujuan commercial semata-mata menyebabkan ramai pembaca keliru dengan fakta sebenar.
So jika anda nak dapatkan hasil yang terbaik dalam dekorasi rumah idaman anda, jom back to basic dengan kenal pasti gaya kegemaran anda bersama-sama!

Ada berpuluh-puluh atau mungkin beratus pecahan gaya yang sangat spesific seperti list berikut :
American Colonial Arabian, Art Deco, Art Nouveau, Arts and Craft, Chinese, English Country, French, French Country, Gothic, Indian, Industrial, Japanese, Medieval, Minimalist, Modern, Moroccan, Rustic, Scandinavian Country, Scandinavian Modern, Shabby Chic, Shaker, Southwestern, Spanish, Traditional, Tuscan, Victorian, Vintage, Zen..dan lain-lain

Style yang banyak2 ni akak sekadar tulis je untuk buka sikit minda korang tentang betapa luasnya gaya rekaan dalaman yang ada. Tapi korang jangan pening kepala...Interior designer yang dah study 4-5 tahun pun belum tentu dapat apply semua spesific style tu dengan baik. Jom akak bantu korang ringkaskan apa gaya kegemaran yang ada khusus untuk masyarakat Malaysia.

5 GAYA DEKO PALING BANYAK DIGEMARI RAKYAT MALAYSIA:
5 MALAYSIAN MOST FAVOURITE INTERIOR DECORATION STYLE:
1: Pastel Vintage (Shabby Chic)
2: Resort style ( Balinese )
3: Traditional ( English/ French Country )
4: Modern minimalist
5: Loft style (Industrial Style)

Paling senang korang refer je gambar rujukan tu dan baca penerangan ringkas tentang elemen berkaitan.

STYLE #1: PASTEL VINTAGE ( SHABBY CHIC )


Akak gerenti ramai golongan wanita yang girly2 akan tergila-gilakan gaya ni betul tak? Antara element ketara dalam gaya ni dah tentu la penggunaan warna pastel. Element dekorasi lebih detail pada kelengkapan macam perabut berukir, lampu chendelier berjurai atau berdiomand, cermin atau sebarang hiasan dinding pun berhias. Element yang sangat feminine, lembut dan warna asas ialah putih atau cream. Perkataan yang lebih synonim untuk gaya ni adalah 'Princes Style'. Paling sesuai untuk bilik tidur anak gadis atau butik2 dan kedai2 berkaitan wanita.

STYLE #2: RESORT STYLE ( BALINESE  )


Gaya ni mula popular di Malaysia ni awal 90-an dulu sebab pada ketika tu gaya ni dianggap gaya yang agak moden. Element penting ialah alam semula jadi seperti kayu, batu dan air. Gaya ni masih lagi sesuai untuk kita terutamanya pada ruang landscape rumah. Colour scheme pun lebih gelap dengan penggunaan dark walnut sebagai antara element penting dalam ruang. Untuk bilik tidur juga ramai yang masih mengadaptasi gaya bali ke bentuk lebih moden sebab elemen semula jadi ni mencipta suasana yang nyaman dan selesa sepertimana yang kebanyakkan hotel atau resort di Malaysia ni ada. Sebab tu dia lebih dikenali dengan nama resort style di kalangan masyarakat Malaysia.


STYLE #3: TRADITIONAL ( ENGLISH/ FRENCH COUNTRY )


Kalau anda nampak bunga-bunga terutama ros, lepas tu perabot solid wood, dinding ada beading (wood panelling yang ada border2 frame tu) dan kebanyakkan perabot kayu berukir, gaya ni ialah gaya traditional. Selalunya golongan mak-mak atau makcik makcik kita yang mungkin berumur 50-an lebih sukakan gaya ni. Sebabnya kebanyakkan kedai perabot atau kontraktor binaan pada awal 90an ke awal 2000 memang banyak menggunakan material dan finishing macam ni. Jadi ada kontraktor binaan dan penjual perabot tempatan yang kurang peka dengan perubahan material moden masih menawarkan rekabentuk traditional dan mungkin ada sesetengahnya menggunakannya sebab faktor kos yang lebih berpatutan. Untuk berjimat boleh juga, yang penting perlu pandai pilih sesuai dengan minat masing-masing supaya gaya tidak nampak terlalu serabut. Jika kena dengan gaya, apa pun yang diguna akan nampak exclusive dalam ruang yang kita cipta.

STYLE #4: MODERN MINIMALIST


Modern minimalist bermaksud gaya paling nampak ringkas, lebih praktikal dan semua berfungsi dengan baik. Element penting dia hanya gunakan warna asas hitam dan putih dan sedikit suntikan warna ketiga agak nampak lebih selesa. Penggunaan ruang dan konsep binaan tu lebih diutamakan. Kebanyakkan golongan muda atau bandar lebih meminati gaya ni. Jarang untuk jumpa kedai perobot yang jual perabot sesuai dengan gaya ni dan selalunya kena tempah dengan kontraktor binaan atau cari interior design consultant untuk customed made ikut kesesuaian ruang yang ada. Gaya ni nampak sangat simple dan mungkin sekali pandang ada yang berpendapat, "Kosong je..macam takde pape". Tapi setelah lama di perhatikan, baru mula nampak setiap satu ruang ada keunikkan tersendiri. Untuk hasilkan sesuatu yang simple tu memang mudah. Tapi untuk buat SIMPLE & CANTIK tu tidak semudah yang disangka.. Dan untuk pengetahuan anda sekalian, gaya modern yang paling ringkas ni la adalah gaya paling pecah kepala seseorang interior designer nak hasilkan. Untuk menghasilkan sesuatu yang ringkas tu jauh lebih susah dan memerlukan kemahiran lebih tinggi dari menghasilkan gaya yang penuh sesak. Untuk designer yang sudah berpengalaman, mereka akan berjaya hasilkan gaya ini untuk anda. At the end of the day, what we'll have is not just simple but it is, "SIMPLE & NICE".

STYLE #5: LOFT STYLE ( INDUSTRIAL STYLE )


Selalu tak korang gi makan kat kafe2 urban lepas tu nampak style macam ni? Nampak kedai macam tak siap, simen tak plaster, takde plaster ceiling, piping terkeluar atau wiring lampu berjurai-jurai, banyak besi2 buruk dan kayu2 buruk tapi UNIK dan cantik.. Gaya ni antara yang sangat HOT kat Malaysia sekarang ni. Ada satu cafe or butik buat je, abis semua cafe n butik nak ikut. Haha.. loft style ni pun agak popular dikalangan pengusaha resort sekarang ni sebab dia memang lain dari yang lain dan mungkin ada yang lebih jimat sebab guna barang terpakai macam kontena, kayu terpakai atau perabut terpakai.. Gaya ni pun mungkin nampak macam kedekut sebab banyak benda macam tak siap, tapi hakikatnya gaya ni juga memerlukan kemahiran yang tinggi untuk dihasilkan dengan baik. Kalau untuk rumah tu mungkin tak berapa sesuai digunakan sepenuhnya tapi 50% gaya loft style ni boleh disuntik ke dalam rekaan dalaman rumah untuk bahagian-bahagian tertentu. Yang penting element kayu-kayu semula jadi, struktur besi, dan barangan yang macam rustic/vintage tu melengkapkan gaya loft ni.


So macam mana setakat ni? Dah faham tak asas-asas yang akak terangkan tadi secara ringkas? Sekurang-kurangnya mungkin anda dah jumpa perkataan yang sesuai untuk melambangkan gaya anda, lepas ni anda google search type je perkataan tu dan keluar la segala maklumat dan gambar yang berkaitan..Lepas ni apa lagi yang korang nak tahu tentang DEKO RUMAH IDAMAN ye?

Saturday, 5 March 2016

TIPS KHUSYUK SOLAT

Baru2 ni aku tengok satu rancangan kat ASTRO OASIS channel 106 tajuk dia 'ALWAYS A TRAVELLER' hosted by Mizz Nina. Dah dua episod aku tengok tapi tak pasti la episod baru atau yang lama. Tapi ada satu persoalan yang baru bermain dalam fikiran aku tentang 'khusyuk solat' sejak akhir2 ni Alhamdulillah terjawab dengan jelas dalam rancangan tu. Tips ni aku translate dan ringkaskan dalam bahasa melayu buat panduan kita bersama. Moga bermanfaat buat anda juga!


Kalau rasa korang nak lebih maklumat, boleh la tengok sendiri di youtube yang aku attachkan ni ye...
Lagi banyak info selain dari tips khusyuk solat ni ada dalam rancangan tu. Aku ni sekadar seorang insan yang masih belajar...Salah silap mohon teguran kalian ye...


Wednesday, 2 March 2016

surprise!!!

Alhamdulillah aku masih lg diberi kesempatan utk meneruskan hidup sehingga hari ni. Semalam 2 mac 2016 hari jadi aku yg ke dua puluh ________ (fill in the blank with the correct answer). Haha..

Aku still tak boleh nak lupa last year hubby surprise me with an ice cream cake. Tahun ni dari bulan febuari lagi aku saja buat rilek buat donno, buat2 sibuk, ngan keje and buat2 tak pandang kalender pun sebab aku taknak la berharap sangat yg hubby akan buat surprise lg. Aku mungkin ok je if hubby tak igt pun coz ada dia di sisi pun dah satu rahmat yg aku ada and aku sangat hargai. Memandangkan tahun lepas aku ada tanya kenapa tak tulis apa2 macam nama ke kata atas kek (dah dapat kek, lagi banyak songeh wife dia ni), so tahun ni aku dapat la tahun lepas punya request, maknanya dia alert dengan permintaan tahun lepas. Hehe..

02.03.2015

02.03.2016

Apa2 pun aku sangat bersyukur hubby ada di sisi walaupun aku masih teringatkan fulltime carrier yang aku tinggalkan sebab nak ikut hubby pindah tempat kerja. Dah nama pun 'baby' mana bleh kena tinggal betul tak..? 

Untuk umur yang belum cecah 30 tahun ni, aku bersyukur dengan setiap apa yang aku ada sebabnya aku ni jenis yang kurang nak merancang sangat, jenis yg 'go with the flow' je. Mungkin sebab tu kot dok asyik pindah randah sana sini. Haha..Last time aku punya target nak kahwin and kalau boleh lahirkan anak pertama by age of 25th. Tapi aku dah kahwin umur 23 and dapat Ziqri (my 1st kids) pada umur 24  dan Zara pulak by the age of 26. Pastu aku target pulak nak ada perniagaan sendiri pada umur 30 and guess what, now I'm already having my own business since I've quit my full time carrier and I'm not yet 30. Quite impressive didn't it? Bila aku tulis ni baru la aku sedar yang aku dah ada segala yang aku impikan. Alhamdulillah..so lepas ni apa yang aku perlu buat ialah make sure aku betul2 menghargai apa yang aku dah ada and buat sebaik mungkin untuk apa yang aku dah mulakan ni. 

"Jaga baik-baik..."

N i hope next year my birthday akan celebrate somewhere kat semenanjung la..coz i heard semua guru2 semenanjung akan di benarkan pindah balik secara berperingkat. Inshaallah jika di panjangkan umur & di murah rezeki. Inshaallah ada masa lagi, lepas ni aku cerita pasal kisah pindah randah kitaorang dari mula2 kahwin sampai sekarang dah rumah ke tiga kitaorang tinggal di sebabkan faktor kerja.

c u soon fellas..love u all!