THIS BLOG WAS CREATED ALONG THE JOURNEY TOWARDS MY BETTER LIFE AS I AM STRUGGLING THE VERY BEST OF ME AS A MOM OF TWO ADORABLE KIDS, ZIQRI (5YO) & ZARA (3YO), A LOYAL WIFE THAT ALWAYS WANNA BE BY MY HUBBY'S SIDE, Mr. ZAM (Mr. TEACHER) AND CURRENTLY WORKING ON MY ONLINE GRAPHICS DESIGN JOB on @m.designworks (instagram)

LET'S BE MY NEW FRIENDS AND SHARE YOUR OPINION WITH ME
ツ NICE TO MEET U TOO!

Monday, 9 March 2015

how did i become an INTERIOR DESIGNER?!

Aku pernah dengar, " PERANCANGAN ALLAH SWT LBH BAIK DR PERANCANGAN KITA"

Perkara inilah yg sering terjadi dlm hidup aku, lain yg aku rancang, lain yg jd. Mungkin setiap apa yg aku usahakan tidak kena pada tempat & masa yg betul. Lama kelamaan aku semakin faham & semakin menerima ketentuan-NYA. Kerana aku harus yakin disebalik setiap apa yg berlaku pd hari ini, pasti ada yg lbh baik menanti di ke esokkan harinya. Allah SWT sahaja yg tau betapa aku rindu masa2 aku berkarya dari 9pg ke 5ptg di pejabat sebagai fulltime INTERIOR DESIGNER. Di mana aku meluangkan sepenuh masa, jiwa dan raga melakukan sesuatu yg aku betul2 minat : DESIGN! Aku suka apa shj yg berkaitan dengan art & design/ seni & rekabentuk.

Utk mengubat kerinduan ni izinkan aku melakar secebis kisah dari masa lampau..Dari kecik lg aku byk masuk competition yg berkaitan lukisan. Pernah sekali sekala jd juara. Paling sukar dilupakan dlm hidup ni pengalaman aku menang JOHAN pertandingan mewarna sempena hari kanak2 sedunia masa di tadika dlu. Mana tak nya masa tu ayah belikan pensel warna yg LUNA 36 colours tu. (zaman tu memang tak ada 48 colours lg tau) Tiap2 hari ayah latih aku cara2 mewarna yg betul. Siap dh ajar buat shading warna lg (org2 seni je kot yg fhm cite ni) Dari situ la titik permulaan tercetusnya minat yg sgt mendalam dlm dunia seni lukis ni.

ini ayah, cikgu yussof forever be my teacher!

Sampai la waktu SPM wlupun aku bdk kelas sains tulen (bio, fizik, kimia, add maths) aku memberanikan diri menambah subjek Pendidikan Seni Visual, PSV utk mencabar kebolehan aku secara professional. Menjadikan 10 subjek utk SPM. Aku belajar seni tak masuk kelas, hanya perlu berjumpa cikgu seni seminggu sekali biasanya pada waktu rehat utk mendapatkan homework. Then aku beli je satu buku SPM utk baca teori kertas satu yg merangkumi 40% from total score. Alhamdulillah aku skor A2 utk PSV & dgn bangganya aku sorang je yg dpt A utk subjek seni dlm sekolah tu. Mane tidaknye students lain tu dr kelas sastera, exam 3 jam, lepas 15 minit dewan exam dh kosong. Ada la tinggal dlm 5 org students yg btul2 habiskan exam selama 3 jam tu. Aku pulak sampai tak ckup masa lagi berkarya. Minat punya pasal, memang la aku buat sungguh2..

Masa memohon menyambung pelajaran selepas tamat SPM, aku memilih masuk ke matrikulasi berbanding ambil diploma. Padahal pada masa tu aku sudah pun ditawarkan tpt di UiTM, DIPLOMA DLM BIDANG SENI BINA, bidang yg mana menjadi cita2 aku pada asalnya. Yes, i wanna be an architect at d 1st place. Tp masa tu aku igt utk terus memasuki matrikulasi bg memendekkan tempoh pengajian utk cpt mendapat ijazah. Mana tahu aku kecundang pd keputusan matrikulasi di mana result aku agak teruk & tidak layak utk mengikuti mana2 universiti pun yg menawarkan bidang rekabentuk. Dari 8 pilihan yg di tawarkan semasa mengisi borang Ijazah, 1-7 aku isi dgn bidang Seni Bina dari semua IPTA yg ada. Ditakdirkan pada ketika itu aku layak mendapat tpt bg pilihan ke-8 yg aku pilih iaitu bidang Ijazah Sarjana Muda (Sains) Rekabentuk Industri. Bidang di mana aku berpeluang bergelar siswazah pada hari ini.

Rekabentuk Industri merupakan satu bidang yg agak baru pada ketika itu. Pada aku, whatever it is, as long as it a DESIGNS, i'll sure gonna love it! Yup, lepas masuk ke UTM & didedahkan dgn nya, mmg ternyata aku masih berpeluang utk meneruskan minat dr kecik tu. Dlm bidang rekabentuk ni sendiri terdapat beberapa pecahan di mana kami perlu belajar secara teknikal segala jenis produk yg ada dlm industri. Utk lbh specific lg rekabentuk AUTOMOTIVE, rekabentuk ELECTRICAL & ELECTRONICS products, rekabentuk HOUSESOLDS products, rekabentuk PERABOT....byk lg la klu nk disenaraikan. Pendek kata apa shj produk yg kita gunakan seharian perlukan REKABENTUK. Dan aku nampak satu benda yg aku sgt2 FALL IN LOVE masa everytime dpt project dr lecturer. Aku suka FURNITURE DESIGNS!

Furniture design pulak secara specifiknya mmg tidak ada market kerjaya dlm negara Malaysia ni. Yg ada hanyalah INTERIOR DESIGN di mana interior designer ni ialah mereka2 yg menggabungkan penggunaan furniture & furnishings utk menyiapkan sesebuah projek. Of course I wanna be an interior designer too. Jadi bermula dari practical training lagi aku dh apply masuk ke company yg buat interior design wlupun pada dasarnya aku siswazah Industrial Design. Whatever is is, it is still a DESIGN things. Mmg tidak dinafikan permulaannya agak sukar coz cara aplikasi seorang Industrial or Product Design dgn Interior Design mmg berbeza. Tapi apa yg penting asasnya memang sama di mana jika seseorang DESIGNER itu betul2 faham kesemua konsep& prinsip asas dalam REKABENTUK, tidak ada masalah utk dia memahami semua bidang design yg lain.

And yes, till now i still can be proud on how a good INTERIOR DESIGNER i am. I'm still looking forward for more designs projects even by doing freelance. I've promised myself i'll came back to the indusrti soon when i have a chance. I'll never leave my design world. Let visit my recent projects profile ☟ to c my awesome designs. Who knows i might design those for u soon

http://mvirtualdesign.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment